2011 QF99

asteroid

2011 QF99 adalah yang pertama dan, setakat 2013, satu-satunya trojan Uranus yang dikenal pasti.[2][3] Ia ditemui pada tahun 2011 sewaktu objek-objek trans-Neptun sedang dikaji selidik dengan mendalam oleh Teleskop Kanada–Perancis–Hawaii.[2][4] Ia dipercayai lebih kurang 60 km diameternya, dengan anggapan albedo 0.05.[2]

2011 QF99
Penemuan
Tarikh penemuan2011[1]
Designasi
Kategori planet minorsentora
Ciri-ciri orbit
Epok JD 2456400.5 (18 April 2013)
Afelion22.547 AU
Perihelion15.775 AU
Paksi semimajor19.090 AU
Kesipian0.1765
Tempoh orbit83.87 tahun (30,635 hari)
Min anomali266.88°
Kecondongan10.81°
Longitud nod menaik222.49°
Argumen perihelion287.51°
Ciri-ciri fizikal
Dimensi~60 km[2]
Albedo0.05 (anggapan)
Magnitud mutlak (H)9.6 (jalur r)[2]
9.7[1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

2011 QF99 mengorbit buat sementara waktu dekat titik Lagrange L4 di Uranus (yang memimpin Uranus). Ia akan terus melibrasi di keliling L4 buat setidak-tidaknya 70,000 tahun dan akan kekal seorbit bersama untuk sehingga tiga juta tahun sebelum menjadi sentora. 2011 QF99 is thus a temporary Uranus trojan—a centaur captured some time ago.[2]

Trojan-trojan Uranus pada umumnya diduga sebagai tidak stabil dan tidak satu pun yang difikirkan wujud sejak awal planetnya. Sebuah kajian simulasi telah menyimpulkan bahawa pada bila-bila masa yang tertentu, 0.4% sentora dalam populasi yang bertaburan dalam lingkungan 34 AU adalah seorbit dengan Uranus; daripada ini, adalah diduga bahaewa 64% daripadanya berada dalam orbit ladam, 10% adalah kuasisatelit, dan 26% lagi adalah trojan (terbahagi sama rata kepada kelompok L4 dan L5).[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "JPL Small-Body Database Browser: 2011 QF99". Dicapai pada 2013-03-29.
  2. ^ a b c d e f g doi:10.1126/science.1238072
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. ^ Choi, C. Q. (2013-08-29). "First 'Trojan' Asteroid Companion of Uranus Found". Space.com web site. TechMediaNetwork. Dicapai pada 2013-09-03. External link in |work= (bantuan)
  4. ^ Alexandersen, M.; Kavelaars, J.; Petit, J.; Gladman, B. (18 March 2013). "MPEC 2013-F19: 2011 QF99". IAU. Dicapai pada 3 September 2013. Cite journal requires |journal= (bantuan)