24 Jam di Atas Pokok

Video viral dalam YouTube oleh Veveonah Mosibin

24 Jam di Atas Pokok ialah video tular YouTube yang dibuat oleh Veveonah Mosibin, seorang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Jun 2020. Video ini menampilkan Veveonah yang harus memanjat pokok untuk mendapatkan isyarat internet demi mengikuti peperiksaan universiti.

24 Jam di Atas Pokok
PengarahVeveonah Mosibin
Tarikh tayangan
  • 12 Jun 2020 (2020-06-12)
Masa tayangan
11 minit 20 saat
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Ringkasan dan penerbitan sunting

Mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, yang berasal dari Pitas, Kudat, Sabah, mengalami kesulitan ketika isyarat internet di tempat tinggalnya sukar dicapai, sambil menghadapi ujian dalam rangkaian di universitinya. Beliau harus memanjat pokok hanya untuk mendapatkan isyarat internet. Video ini dimuat naik pada 12 Jun di YouTube.[1]

Sambutan sunting

Video ini telah ditonton sebanyak 150 ribu kali hingga 16 Jun dan mendapat ulasan positif dari kalangan warganet. Universiti di mana beliau melanjutkan pelajarannya juga berkongsi video ini.[1] Video ini juga mendapat sambutan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia.[2] Mengenai sambutan hangat terhadap video yang dimuat naiknya, Veveonah mengaku terharu walau beliau tidak mementingkan jumlah penonton.[3]

Tuduhan video palsu sunting

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin menyatakan video ini ialah palsu, yang kemudian dibantahnya sekaligus meminta maaf kerana telah menuduh Veveonah.[4][5] Zahidi mengaku mendapat maklumat berkaitan Veveonah dari Abd Rahim Bakri.[6] Timbalan Menteri Kewangan, Abd Rahim menuduh Veveonah membuat drama untuk meraih simpati susulan video peperiksan universiti palsu.[7] Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin membantah kenyataan Zahidi dan Abdul Rahim di Twitter serta meminta maaf secara langsung kepada Veveonah dengan membelakangi kerajaan.[8][9] Pengurus UMS sekaligus Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan Masidi Manjun juga mengatakan Veveonah tidak berbohong dan memang menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian.[10] Veveonah sendiri menyifatkan tuduhan Zahidi dengan menyebut dirinya merasa sangat sedih dan kecewa.[11] Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjemput Veveonah dalam jamuan makan malam.[12]

Berkaitan dengan tuduhan pemalsuan video yang dimuat naik oleh Veveonah, warganet menyokong Veveonah menerusi tanda pagar #VforVeveonah.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Video tular pelajar UMS jawab peperiksaan atas pokok". Berita Harian. 16 Jun 2020. Dicapai pada 16 Jun 2020.
  2. ^ "Kisah Veveonah cari 'line' atas pokok dapat perhatian SKMM, TM". Sinar Harian. 18 Jun 2020. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  3. ^ Madiha Abdullah (16 Jun 2020). "Video panjat pokok demi jawab peperiksaan tular, pelajar UMS luah penghargaan". Astro Awani. Dicapai pada 16 Jun 2020.
  4. ^ "Sorry, my mistake, says deputy minister to Sabah girl who took exam on a tree" [Maaf, silap saya, kata timbalan menteri kepada gadis Sabah yang menduduki peperiksaan di pokok]. Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 3 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-08. Dicapai pada 3 September 2020.
  5. ^ "Saya mohon maaf atas kekeliruan isu Veveonah - Zahidi". Astro Awani. 10 September 2020. Dicapai pada 10 September 2020.
  6. ^ "Dakwa Veveonah menipu: Zahidi dedah dapat maklumat daripada ahli Parlimen Kudat". Astro Awani. 7 September 2020.
  7. ^ "Sabah MP accuses tree girl Veveonah of faking exam drama" [Ahli Parlimen Sabah menuduh gadis pokok Veveonah kerana drama peperiksaan palsu]. Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-03. Dicapai pada 7 September 2020.
  8. ^ Azman, Fareez (9 September 2020). "Jemaah Menteri sahkan kenyataan dua Timbalan Menteri terhadap Veveonah tidak betul, tidak wajar - Khairy". Astro Awani. Dicapai pada 9 September 2020.
  9. ^ Fareez Azman (10 September 2020). "KJ jumpa Veveonah, mohon maaf bagi pihak kerajaan, tawar kerjasama inovasi". Astro Awani. Dicapai pada 10 September 2020.
  10. ^ "Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi".
  11. ^ ""Sejujurnya saya sangat sedih dan kecewa" - Veveonah". Astro Awani. 3 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020.
  12. ^ "Veveonah besar hati terima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri". Astro Awani. 13 September 2020. Dicapai pada 13 September 2020.
  13. ^ Adreena, Iylia (9 September 2020). "UMS Confirms Veveonah Did Sit For Her Exam On The Day She Climbed The Tree" [UMS mengesahkan Veveonah menduduki peperiksaannya pada hari dia memanjat pokok]. Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 September 2020.

Pautan luar sunting