26 Disember
tarikh
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2023 |
26 Disember merupakan hari ke-360 (hari ke-361 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 5 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Boxing di Negara-Negara Komanwel;
- Hari St. Stephen;
- Kwanzaa bermula (A.S. dan Kanada).
PeristiwaSunting
- 1790 - Revolusi Perancis: Louis XVI dari Perancis memberi Perkenan Diraja terhadap Perlembagaan Sivil Paderi.
- 1806 - Perang Pakatan Keempat: Askar Perancis Napoleon bertempur dengan angkatan Rusia dalam Pertempuran Pultusk dan Golymin.
- 1825 - Pegawai Tentera Darat Rusia Imperial memimpin kira-kira 3,000 askar membantah kenaikan Nikolai I ke takhta selepas abangnya Constantine keluar daripada susunan penggantian.
- 1898 - Di Akademi Sains Perancis, Pierre dan Marie Curie (gambar) mengumumkan penemuan unsur baharu yang kemudian dinamakan radium.
- 1908 - Jack Johnson menjadi Johan Tinju Heavyweight Dunia Amerika Afrika yang pertama selepas menewaskan Tommy Burns.
- 1975 - Pesawat komersil pertama melepasi Mach 2, Tupolev Tu-144 memulakan perkhidmatan.
- 1991 - Soviet Agung membubarkan dirinya dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet secara rasmi.
- 1996 - JonBenét Ramsey ditemui mati di tingkat bawah tanah rumahnya di Boulder, Colorado, satu kes pembunuhan yang mendapat liputan meluas media A.S.
- 2004 - Gempa bumi di Lautan Hindi, berhampiran pantai Sumatera, Indonesia, menghasilkan tsunami (gambar) yang mengorbankan lebih 225,000 orang di 11 negara.
KelahiranSunting
- 1896 - Sheikh Ahmad Mohd Hashim, seorang Menteri Besar Perlis ke-2
- 1924 - Mohamed Ghazali bin Jawi, seorang Menteri Besar Perak ke-2
- 1949 - José Ramos-Horta, Presiden Timor Leste ke-2
- 1990 - Aaron Ramsey, pemain bola sepak Arsenal F.C.
KematianSunting
- 1972 - Harry S. Truman, Presiden Amerika Syarikat ke-33
- 2017 - Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon bin Ahmad, seorang sasterawan negara dari Malaysia.