29 Syaaban merupakan hari ke-239 dalam kalendar Hijriah. Bilangan bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. [1]

Umat Islam digalakkan berpuasa tiga hari terakhir pada bulan Syaaban [2] sebagaimana hadis:

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).[3]

Peristiwa sunting

Rujukan sunting