2 by 2

(Dilencongkan dari 2 By 2)

Kumpulan 2 By 2 merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang ditubuhkan pada tahun 1994 di Malaysia. Mereka menyampaikan lagu-lagu Melayu.

2 by 2
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop retro
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1994 - 2000
Syarikat rakaman
Suria Records
Blackboard Indonesia
Pengkarya berkait
Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, Mazleela, Anis Suraya
Bekas ahliZul
Halim
Man
Faizal

Nama kumpulan ini mula menjadi perhatian pada tahun 1996 apabila merakamkan semula lagu lama, Mawarku secara berduet dengan penyanyi tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza yang juga merupakan pendatang baru dalam dunia muzik Malaysia ketika itu. Lagu Mawarku pernah mendaki tangga carta teratas di stesen-stesen radio tanahair pada waktu itu.[1]

Album pertama mereka yang memuatkan lagu tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran. Album kedua mereka yang berjudul Pak Pung Pak Mustape juga mencapai kejayaan dengan jualan sebanyak 80,000 unit.

Bagaimanapun ketika album ketiga mereka Juwitaku dikeluarkan, mereka terbabit dengan kontroversi yang mengaitkan perbalahan sesama anggota kumpulan menyebabkan pasaran album Juwitaku agak lembap dan hanya dijual 20,000 unit sahaja. Pada ketika ini juga industri muzik Malaysia bergelut dengan pelbagai masalah seperti cetak rompak serta kemerosotan ekonomi.

Selepas album ketiga, kumpulan 2 By 2 agak sepi daripada sebarang publisiti walaupun lagu-lagu mereka masih menjadi siulan ramai. Bahkan penyanyi utamanya, Zul telah membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat rakaman SRC sebagai Pengurus A & R.

Sementara anggota yang paling diminati, Halim juga telah mengorak langkah dengan melahirkan sebuah album solo berkonsep Hindustan dengan memakai nama Halim Khan. Sementara itu dua lagi anggota kumpulan ini, Faizal dan Man telah meninggalkan dunia hiburan dan menumpukan perhatian kepada bidang lain.

Selepas itu hanya album kompilasi lagu-lagu terbaik mereka yang dikeluarkan, iaitu The Best of 2 By 2 (2001) dan Mawar Mawar Ku (2007).

Anggota kumpulan sunting

  • Zulkefli Majid (Zul) [2]
  • A Halim Mamat (Halim) [3]
  • Neziman Romli (Man)
  • Muhammad Faizal Ismail (Faizal)

Diskografi sunting

Album studio sunting

  1. Rindu (1996)
  2. Pak Pung Pak Mustafe (1997)
  3. Juwitaku (1998)

Album kompilasi sunting

  1. The Best of 2 By 2 (2001)
  2. Mawar Mawar Ku (2007)

Penampilan lain sunting

  1. Menanti Kehadiran (duet bersama Liza Hanim dalam album Epilog)

Lagu Hari Raya: sunting

  1. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (1996)
  2. Dikir Rayo
  3. Bersederhanalah Di Hari Raya
  4. Seloka Hari Raya (duet bersama Asha Malik)
  5. Berbaju Merah Jambu (duet bersama Liza Hanim)

Pautan luar sunting

  1. ^ "2 By 2 tetap bersatu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
  3. ^ "Kedai makan terbakar angkara perbuatan khianat, kata Halim 2 By 2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-04. Dicapai pada 2021-08-14.