Buka menu utama

30 Pesanan Suara ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 istimewa Ramadhan 1440H arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Ain Edruce dan Izzue Islam. Siri ini bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 6 Mei 2019 dan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.[1]

30 Pesanan Suara
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahMohd Fazli Yahya
Dibintangi oleh
Hannah Delisha
Shukri Yahaya
Saharul Ridzwan
Zarina Zainuddin
Izzue Islam
Ruzana Ibrahim
Erwin Dawson
Ain Edruce
Farisha Irwayu
Badrul Muhayat
Azhar Amir
Hanna Aqeela
Riz Amin
Lagu pembukaanBisa Aja nyanyian Faizal Tahir
Lagu penutupBisa Aja nyanyian Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod30 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
PenyuntingNoor Idayu Habib
Zat Azmi
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal6 Mei 2019 – 4 Jun 2019
StatusTamat
Kronologi
MengikutiKamar Kamariah
Diikuti olehBukan Cinta Aku

Isi kandungan

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Izman (Shukri Yahaya), Syafira (Hannah Delisha) dan Iman (Saharul Ridzwan). Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira demi arwah Iman walaupun ditentang keras oleh ibunya sendiri, Puan Intan (Zarina Zainuddin).

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Muzik dan runut bunyiSunting

RujukanSunting

  1. ^ "30 Pesanan Suara". MyInfoTaip. 9 April 2019. 

Pautan luarSunting

TV3: Akasia, Isnin–Ahad, 7:00 petang
Sebelumnya 30 Pesanan Suara Berikutnya
Kamar Kamariah Bukan Cinta Aku