30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia

30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia ialah sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Abdullah Hassan, salah satu ahli bahasa yang terutama di Malaysia. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987, buku ini mengesani proses yang berlaku dalam perancangan bahasa di Malaysia dalam tempoh tiga puluh tahun selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1987. Pencapaian proses itu yang amat berjaya itu telah selalu dijadikan contoh dalam perbincangan perancangan bahasa di dalam persidangan-persidangan antarabangsa.

frames
frames

Buku ini mula ditulis oleh Abdullah Hassan semasa beliau bercuti sabatikal di Jabatan Kajian Asia Selatan dan Tenggara di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, usaha itu terbengkalai untuk beberapa lama kerana kesibukan kerjanya. Usaha itu kemudian disambung semula olehnya pada akhir tahun 1986.

Isi kandungan sunting

30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia yang mempunyai 142 muka surat terbahagi kepada sepuluh bab seperti yang berikut:

  • Bab 1: Profil Bahasa-bahasa Masyarakat Malaysia
  • Bab 2: Pemilihan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Bab 3: Kelemahan-kelemahan Bahasa dan Penyelesaiannya
  • Bab 4: Agen dan Mekanisme Perancangan Bahasa
  • Bab 5: Perancangan Taraf: Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Perhubungan Luas dan Identiti Kebangsaan
  • Bab 6: Perancangan Bahan: Ejaan dan Sebutan
  • Bab 7: Perancangan Bahan: Peristilahan
  • Bab 8: Perancangan Bahan:Perkamusan
  • Bab 9: Penilaian
  • Bab 10: Meninjau ke Hadapan

Rujukan sunting

  • Abdullah Hassan. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia (1987). Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (tiada ISBN)