358 SM
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingMengikut tempat
suntingEmpayar Parsi
sunting- Artaxerxes III ("Ochus") mewarisi Artaxerxes II sebagai raja Parsi dan memulihkan kuasa pusat terhadap satrap-satrap empayar Parsi. Untik naik takhta, beliau membunuh kebanyakan saudaranya.
Republik Rom
sunting- Tentera Rom menewaskan tentera Volsci dan mengilhakkan kebanyakan wilayah mereka serta menetapnya dengan banyak kolonis-kolonis Rom. Rom juga memaksa Liga Latin supaya membaharui perikatan rapatnya dengan Rom, sebuah perikatan yang telah dilemahkan oleh kekalahan Rom di tangan tentera Gaul pada tahun 390 SM.
Yunani
sunting- Philip II dari Macedon menyerang puak-puak bukit di Paeonia dan menewaskan mereka dengan muktamad. Beliau memperluas kuasanya ke kawasan pedalaman Paeonia sejauh Tasik Ohrid.
- Alexander dari Pherae, pemerintah kuku besi Pherae di Thessaly, dibunuh oleh abang (atau adik) isterinya atas desakan isterinya.
- Cersobleptes, bersama-sama dengan Amadocus dan Berisades, adik-beradiknya, mewarisi dominion-dominion Cotys I, raja Thrace, selepas pembunuhan Cotys. Bagaimanapun, pengurusan keseluruhan tentang hal ehwal Thrace terletak di bawah Charidemus, penggembara Euboea, yang mempunyai hubungan dengan keluarga diraja melalui perkahwinan dan yang memainkan peranan yang utama dalam perundingan-perundingan yang menyusul dengan Athens untuk penguasaan Semenanjung Thrace.
Kelahiran
sunting- Seleucus I Nicator, pegawai Macedon kepada Alexander Agung serta pengasas Dinasti Seleucid (maut 281 SM).
Kematian
sunting- Artaxerxes II, raja Parsi.
- Alexander dari Pherae, pemerintah kuku besi Pherae di Thessaly, Yunani.
- Cotys I, raja Thrace.