35MM ialah sebuah filem cereka sains komedi Malaysia 2022 arahan bersama Syahmi Sazli dan Senibayan dengan idea asal dan skrip oleh Syahmi dan Senibayan. Dibintangi oleh Syahmi sendiri bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey, ia mengisahkan tentang tiga sahabat yang terperangkap dalam pengembaraan ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Filem ini ditayangkan pada 21 Jun 2022 di Astro First[1][2][3] dan menerima pelbagai ulasan positif.[4][5]

35MM
Pengarah
Penulis
  • Syahmi Sazli
  • Senibayan
Dihasilkan oleh
  • Ahmad Zhafiran Abdul Karim
  • Abdul Karim Abdul Rahim
  • Hafiz Afifi Ahmad (eksekutif)
Dibintangi
Sinematografi
  • Mohd Ridhuwan Zainal Abidin
  • Ungku Hazim
Disunting oleh
  • Indra Putra Jamin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
21 Jun 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
107 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM1 juta
Pecah panggungRM12 juta

Sinopsis sunting

Selepas membeli sebuah kamera antik, tiga sekawan, Syahmi, Asif dan Yoe menghadapi mimpi ngeri apabila mereka terperangkap dalam masa lalu, melalui pengembaraan ke beberapa buah zaman yang berlainan.

Mereka perlu bertahan di zaman yang dilewati, antaranya pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British dan era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an yang mengimbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi. Walau bagaimanapun, mereka menghadapi kesukaran semasa cuba melepaskan diri dari satu era ke era yang lain.

Apabila berada di tahun 1997, Yoe mendapat peluang untuk mengembara buat pertama kalinya berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Namun, mereka mesti kembali ke tahun 2020 dalam apa juga keadaan dan dengan apa cara sekalipun.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Penampilan khas sunting

  • Kenji Sawahi sebagai Kapitan Hung (seorang Cina yang bawa Syahmi berlawan)
  • Hushairy Hussein sebagai Bahadur (Tali barut British)
  • Yaakob Abdul Aziz sebagai Sir Mac Mouse (Pegawai British)

Pelakon sampingan sunting

  • Katherin Teng sebagai Shang (Puteri Kapitan Hung)
  • Melanie Tan sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung
  • Ainul Yakin sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung
  • Abe Mat sebagai Mahaguru Cina
  • MN Badri sebagai Mejar Fujikura
  • Wea Selambos sebagai Buang
  • Mamu Abu sebagai Talibarut Jepun
  • Andika Aziz sebagai Sir J. Cowly
  • Pok Tar sebagai Pak / Pok Tar (Tali barut British)
  • Nawi Mohd sebagai Talibarut British
  • Abrar sebagai Talibarut British
  • Epul sebagai Talibarut British
  • Nash Hashim sebagai Talibarut British
  • Aween Ismail sebagai Mek Siti
  • Abe Yoh sebagai Pemuda 1
  • Pokjacks sebagai Pemuda 2
  • Cikgu Ismi sebagai Pemuda 3
  • Ustaz Khali sebagai Pemuda 4
  • Pok Da sebagai Pemuda 5
  • Ayie sebagai Pemuda 6
  • Mohd Firdaus Jamil sebagai Pemuda 7
  • Imad Jaka sebagai Pemuda 8
  • Emie Sukmasari sebagai Penyanyi di Kampung
  • Poyie Gasi sebagai Penyanyi di Kampung
  • El Sazly sebagai Tengku Mohamad
  • Fareth Rudy Agang sebagai Tengku Kamal
  • Arazmi Seman sebagai Tok Man
  • Syahidatul Munirah sebagai Ibu Yoe
  • Syahmiey Odd sebagai Ayah Yoe
  • Meliu sebagai Penjaga Muzium/Anak Yoe

Pelakon tambahan sunting

  • Sanji sebagai Pemuda Indonesia 1
  • Nabil Fiqrie sebagai Pemuda Indonesia 2
  • Fattah Fazwy sebagai Pemuda Indonesia 3
  • Che Din sebagai Pemuda Indonesia 4
  • Achad sebagai Pemuda Indonesia 5
  • Matachem sebagai Pemuda Indonesia 6
  • Rozan Rizak sebagai Pemuda Indonesia 7
  • Wan Baker sebagai Pemuda Indonesia 8

Penerbitan sunting

35MM diarahkan oleh Syahmi Sazli yang sebelum ini mengarahkan filem pertamanya, Mael Totey The Movie (2020). Idea asal filem ini datang daripada beliau sendiri.[6] Beliau turut berkhidmat sebagai pengarah bersama dan penulis skrip bersama Senibayan.[1]

Untuk filem ini, Syahmi memilih jalan cerita yang berkonsepkan pengembaraan masa dengan penggunaan imej janaan komputer (CGI). Ia bermula dari zaman Dinasti Cina, kemudian memasuki zaman jajahan Jepun dan British, era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an, imbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi.[7][8] Beliau menjelaskan, antara sebab tema berkenaan dipilih ialah kerana keinginan untuk mengimbau masa lampau dan sekali gus mengangkat kenangan-kenangan lalu menerusi layar lebar.[6] Bagaimanapun kata Syahmi, lawak-lawak spontan yang menjadi identiti karyanya seperti dalam Mael Totey The Movie dan drama spontan sebelum ini tidak diketengahkan.[2] 35MM juga menandakan kerjasama kedua Syahmi bersama Ahmad Hashim atau Senibayan selepas Syif Malam Raya.[9]

Beliah juga mengekalkan Yoe Parey dan Asif Suhaimi sebagai pelakon utama.[2][10][11] Syahmi dinyatakan berkata: "Rentetan daripada sambutan positif dan komen membina daripada orang ramai untuk filem Mael Totey The Movie, ia menyuntik semangat untuk saya menyahut cabaran terus berkarya menghasilkan filem [...] Untuk filem ini banyak yang saya pelajari dan harap hasilnya boleh diterima ramai. Manakala, antara cabaran lain adalah membimbing Yoe dan Asif untuk menjiwai watak dan berlakon dalam situasi yang lebih serius. Seperti umum tahu, sebelum ini skrip lakonan kami lebih bersahaja tetapi berbeza menerusi 35mm. Saya mengharapkan 35mm dapat mengubati rindu peminat terhadap konten daripada kami serta filem ini dapat menghiburkan ramai penonton,".[1]

Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM1 juta dengan penggambaran dijalankan selama 21 hari di Pulau Pinang, Pasir Puteh pada Disember 2021 dan berakhir pada Februari 2022.[1][2] Pada hari pertama penggambaran, Yoe diserang penyakit angin pasang dan penggambaran dihentikan seketika kerana Yoe perlu menjalani pembedahan.[12] Pada hari kelima penggambaran, 18 kru filem ini disahkan positif COVID-19.[9]

Muzik sunting

35MM menampilkan 3 lagu tema, terdiri daripada lagu "Munajat Suci" oleh Fajar dan Didibiola, "Mekar di Jiwa" oleh X-Ray yang dimuatkan dalam album Sungguh Tak Ku Sangka (1997) dan lagu "Geweku Ore Kelate" nyanyian Emie Sukmasari dan Sai Kamal.

Keluaran sunting

35MM dikeluarkan pada 21 Jun 2022 di Astro First tanpa ditayangkan di pawagam.[1][6][13][14]

Filem ini menjadi kejayaan secara komersial apabila ia berjaya memperoleh kutipan tertinggi sebanyak RM300,000 pada hari pertama tayangan.[15][16][17]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Khadijah Ibrahim (21 Jun 2022). "Syahmi Sazli pertaruh filem kedua, 35mm". Bebas News. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  2. ^ a b c d Aqmar Mustaza (18 Jun 2022). "Selepas Mael Totey, Syahmi Sazli pertaruh 35MM". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  3. ^ "Syahmi Sazli Pertaruhkan Filem Baharu 35mm, Kisah Tentang Pengembaraan Masa". KopiPlanet. 22 Jun 2022. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  4. ^ Siti Nur Zawani Miscon (3 Julai 2022). "Filem lain banyak tak laku, kenapa Mat Kilau, 35mm boleh kutip berjuta dalam seminggu? Ramai sokong jawapan pemuda ini". Malaysia Dateline.
  5. ^ "Filem 35MM: Antara Time Travel, Mengimbau Sejarah & Semangat Anak Bangsa". SiakapKeli. 17 Jun 2022. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  6. ^ a b c "'35mm' bawa penonton imbau masa lampau - Syahmi Sazli". Astro Awani. 18 Jun 2022. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  7. ^ "Filem '35MM' Arahan Syahmi Syazli Bakal Papar Empat Zaman Lampau". Suka Filem. 16 November 2021. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  8. ^ Ellyna Ali (21 Jun 2022). "Pengarah 'Mael Totey' Cabar Diri Bikin Filem CGI Rentas Masa, '35MM'". Getaran. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  9. ^ a b Fatin Farhana Ariffin (28 Jun 2022). "Syahmi ada bakat semula jadi - Senibayan". Berita Harian. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  10. ^ Budiey (4 Disember 2021). "Syahmi Sazli, Yoh Paree dan Asif Suhaimi Bakal Membintangi Supertele Filem 35mm". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  11. ^ Izwan Isa (25 Jun 2022). "Netizen Puji Syahmi Sazli Ambil Pelakon Istimewa Berlakon Filem 35mm - "Semoga Maju Jaya Syahmi"". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  12. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (24 Disember 2021). "Yoe Parey sakit, 'shooting' tunda". Berita Harian. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  13. ^ "Filem 35mm tak masuk dalam pawagam, ini jawapan Syahmi Sazli". MH Daily. 18 Jun 2022. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  14. ^ "Syahmi perjelas kenapa filem arahan keduanya tak masuk pawagam macam Mael Totey". Perak Today. 17 Jun 2022. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  15. ^ "Filem 35MM arahan Syahmi Sazli pecah rekod hari pertama tayangan". Gemilang Daily. 25 Jun 2022. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  16. ^ Siti Zulk (22 Jun 2022). "Filem 35MM Syahmi Sazli pecah rekod, "Sebanyak RM300,000…"". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  17. ^ "'35mm' raih kutipan RM300,000, pembukaan hari pertama paling tinggi tahun ini". Astro Awani. 23 Jun 2022. Dicapai pada 8 Ogos 2022.

Pautan luar sunting