Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


PeristiwaSunting

Mengikut tempatSunting

YunaniSunting

  • Sebuah kongres perdamaian dipanggil di Sparta. Dalam persidangan perdamaian, Raja Agesilaus II dari Sparta, dengan sokongan Athens, enggan membenarkan Thebai memeterai perjanjian itu bagi pihak semua Boeotia. Epaminondas yang merupakan seorang boeotark (salah satu daripada lima majistret persekutuan Boeotia), mengekalkan pendirian Thebai, walau jika perbuatannya mengakibatkan Thebai dikecualikan daripada perjanjian perdamaian tersebut.
  • Tindakan-tindakan Thebai dalam kongres perdamaian mengakibatkan perang antara Sparta dan Thebai. Sparta menempatkan sebuah angkatan tentera di sempadan barat Thebai untuk menggunakan kesempatan yang diwujudkan oleh kejayaan diplomatiknya supaya mengenakan kekalahan yang teruk pada Thebai. Bagaimanapun, yang kena teruk ialah Sparta. Dalam Pertempuran Leuctra, Epaminondas dan Pelopidas, jeneral-jeneral Thebai, mencapai suatu kemenangan yang muktamad terhadap tentera Sparta di bawah Cleombrotus I, raja Sparta yang lain, yang dibunuh dalam pertempuran ini. Epaminondas memenangi pertempuran ini melalui sebuah inovasi taktikal yang melibatkan lebih dahulu menyerang musuh dengan begitu teruk pada tempatnya yang paling kuat berbanding yang paling lemah, sehingga tidak dapat dipertahankan. Oleh sebab pertempuran ini, persekutuan Boeotia terselamat.
  • Athens tidak mengalu-alukan kemenangan Thebai, dan takut akan keagresifannya yang semakin membangkit. Selepas kemenangan Thebai, perikatan lama antara Parsi dan Thebai dipulihkan.
  • Dengan kekalahan Sparta ini oleh tentera Thebai yang tidak dijangka, Arcadia memutuskan untuk menuntut semula kemerdekaaan mereka. Mereka membina semula Mantinea, membentuk Liga Arcadia, serta membina sebuah kota persekutuan baru di Megalopolis.
  • Agesipolis II mewarisi takhta raja Sparta dari ayahandanya, Cleombrotus I.

Mengikut topikSunting

AstronomiSunting

KelahiranSunting

KematianSunting