Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa sunting

Mengikut tempat sunting

Empayar Parsi sunting

  • Xerxes II memerintah sebagai raja Parsi hanya selama kira-kira 45 hari sehingga dibunuh. Baginda dilaporkan dibunuh semasa dalam keadaan mabuk oleh Pharnacyas dan Menostanes atas perintah Secydianus (atau Sogdianus), putera kepada salah satu gundik Artaxerxes I, Alogyne dari Babylon.

Yunani sunting

  • Negarawan Hermocrates dari Syracuse memujuk kota-kota Sicily supaya bersetuju untuk berdamai dan menegaskan keperluan untuk mencegah campur tangan kuasa-kuasa asing. Oleh itu, perang tiga tahun antara kotanya dengan kota-kota pro-Athens Sicily tamat dan angkatan-angkatan tentera Athens yang dihantar ke Sicily untuk membantu petempatan-petempatan Yunani terpaksa berundur.
  • Demosthenes dan Hippocrates cuba menawan Megara, tetapi mereka ditewaskan oleh tentera Sparta di bawah jeneral Brasidas. Demosthenes kemudian mara menuju Naupactus untuk membantu pemberontakan demokrasi, serta untuk mengumpulkan askar-askar bagi serangan Boeotia. Bagaimanapun, Demosthenes dan Hippocrates tidak berupaya menyeleraskan serangan-serangan mereka dan Hippocrates ditewaskan dalam Pertempuran Delium oleh Pagondas dari Thebes. Semasa pertempuran ini, Socrates telah dikatakan menyelamatkan Alcibiades. Demosthenes menyerang Sicyon tetapi ditewaskan juga.
  • Selepas menghalang serangan Athens ke atas Megara, Brasidas mengetuai 700 orang hamba dan 1,000 orang askar upahan mara merentasi Boeotia dan Thessaly menuju Chalcidice untuk menyertai Perdiccas II, raja Macedon. Tidak rela diperalatkan untuk melanjutkan cita-cita Perdiccas yang tinggi, Brasidas mendapatkan sokongan daripada kota-kota penting di Acanthus, Stagirus, Amphipolis dan Torone, serta juga sebilangan kota yang kurang penting. Suatu serangan ke atas Eion digagalkan oleh ketibaan Thucydides yang mengetuai sebuah skuadron Athens.
  • Penawanan Brasidas terhadap kota Amphipolis merupakan kekalahan yang utama bagi Athens yang menyebabkan Thucydides, jeneral Athens dan bakal ahli sejarah, dipertanggungjawabkan terhadapnya dan dibuang negeri. Ini memberikan Thucydides kesempatan untuk menumpukan perhatiannya kepada mengkaji untuk karyanya, Sejarah, serta untuk membuat perjalanan-perjalanan dan menjalin hubungan-hubungan yang lebih meluas, khususnya dengan pihak Peloponnesus (Sparta dan sekutu-sekutunya).
  • Cleon menawan pulau Peloponnesus di Cythera, dan mempergunakannya untuk memporak-perandakan tentera Sparta.

Mengikut topik sunting

Drama sunting

Seni bina sunting

  • Candi kepada dewi Athena Nike (juga sebagai Kemenangan Tanpa Sayap) di Akropolis, Athens, disiapakan. Candi itu direka bentuk oleh Callicrates, arkitek Athens.

Kelahiran sunting

Kematian sunting