Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

sunting

Mengikut tempat

sunting

Yunani

sunting
  • Tentera Sparta cuba menaklukkan kubu Gunung Ithome di Messenia yang melindungi sekumpulan besar pemberontak hamba. Sparta meminta bantuan daripada sekutu-sekutunya yang bertempur dalam Perang-perang Parsinya, termasuk Athens.
  • Kimon meminta penduduk-penduduk Athens untuk membantu Sparta. Walaupun Ephialtes mendesak bahawa Sparta ialah pesaing Athens untuk kuasa dan harus dibiarkan menjaga diri sendiri, pandangan Kimon mengatasi pandangannya. Kimon kemudian mengetuai 4,000 orang hoplit (askar infantri) ke Gunung Ithome.
  • Selepas percubaannya untuk menggempur Gunung Ithome gagal, Sparta mula mencurigai Athens kerana risau bahawa mereka mungkin menyebelahi pihak hamba. Mengekalkan sekutu-sekutunya yang lain, Sparta menghantar Kimon dan askar-askarnya balik. Penolakan yang menghina ini mengakibatkan kepopularan Kimon jatuh di Athens. Kemarahan terhadap pemecatan itu menyebabkan pendapat Athens berubah kepada pandangan Ephialtes.
  • Ephialtes meluluskan undang-undang dalam eklesia Athens yang membaharui mahkamah Areopagus melalui pengehadan kuasanya kepada menghakimi kes-kes homisid dan jenayah agama. Beliau menganggap Aeropagus sebagai sebuah pusat konservatisme, dan kemenangan Ephialtes dilihat sebagai suatu kekalahan para ahli konservatisme dan ahli oligarki.
  • Argos yang mengambil kesempatan yang diwujudkan oleh keasyikan Sparta terhadap pemberontakan hamba-hambanya, akhirnya menewaskan Mykenai. Penduduk-penduduk kota itu berselerak, dengan sesetengah mereka masuk ke Makedon.
  • Perikles mula menjadi ketua Athens secara berkesan.

Mengikut topik

sunting

Falsafah

sunting
  • Anaxagoras, ahli falsafah Yunani, berpindah ke Athens dan memulakan pengajarannya di sana.

Kelahiran

sunting

Kematian

sunting