4 Abdul 1 Mohd

4 Abdul 1 Mohd ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Sabri Yunus dibintangi oleh Sabri Yunus dan Angeline Tan . Drama ini memulakan tayangan di Astro Ria bermula 24 Januari 2022 menggantikan I Promise Janji Anaqi. [1]

4 Abdul 1 Mohd
Genre
Ditulis olehSabri Yunus
PengarahSabri Yunus
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
Porcupine Production, Heritage Movies
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal24 Januari 2022 – 10 Februari 2022

SinopsisSunting

Mengisahkan Jabar yang sewaktu mudanya telah berkahwin dengan tiga orang wanita dan menceraikan semua isteri-isterinya dimana dalam masa yang sama mereka sedang mengandung. 50 tahun kemudian, dia mula mencari anak-anaknya untuk membetulkan kesilapannya dahulu. Jabar yang semakin sakit dan uzur berhajat untuk membahagikan hartanya. Namun begitu, Jabar terkejut apabila mendapati anak-anaknya mempunyai mirip muka yang sama! Akan tetapi, pertemuan Jabar dan anak-anaknya membawa bala dan kehancuran kepada keluarga mereka.

Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya memberitahu tentang rahsia yang disimpan selama 50 tahun lamanya. Abdul Jabar mempunyai anak dari tiga isteri yang terdahulu. Nama mereka bermula dengan Abdul sedang dia Mohd, tambah pula perangai setiap mereka tidak saperti yang Mohd Kasim harapkan. Disebabkan Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup, Abdul Jabar mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin dan Hamidon telah diarahkan untuk mencari Somad, Hakim dan Wasit.

PelakonSunting

  • Sabri Yunus sebagai Abdul Jabar, Abdul Wasit, Abdul Somad, Abdul Hakim
  • Angeline Tan sebagai Yyuen
  • Asrul Faizal sebagai Kasim
  • Cik Man (PU Azman) sebagai Salam
  • Brian Chan sebagai Robin
  • Saidi Sabri sebagai Jabar Muda
  • Issey Fazlisham sebagai Musa
  • Azizul Ammar sebagai Hamidon
  • Norra Nor sebagai Nora
  • Unku Hanafi Harun sebagai Pak Nik

RujukanSunting

  1. ^ Drama 4 Abdul 1 Mohd. MyInfoTaip. Dicapai 24 Januari 2022