51-FORTH

51-FORTH (sebutan: "fifti-wan-forth") ialah salah satu perlaksanaan bahasa pengaturcaraan Forth untuk mikropengawal Intel 8051. Dibangunkan pada 1989 oleh Scott Gehmlich dari IDACOM Electronics (yang diperoleh oleh Hewlett-Packard pada 1990), ia dihantar kepada Giovanni Moretti dari Massey University lalu disebarluaskan. Pakej 51forth.zip yang asal dapat dimuat turun daripada banyak laman arkib, bersama-sama dengan banyak perlaksanaan Forth yang lain.

Perlaksanaan 51-FORTH bersifat pembebenangan subrutin, dengan sekitar 20 perkataan ditulis dalam bahasa himpunan. Sistem yang lengkap memerlukan sekitar 8K RAM pada keseluruhannya. Perlaksanaan ini merupakan pembangunan silang daripada VAX kepada sistem Forth RTX2000 yang disambung pada RAM dwiport yang dapat dicapai oleh mikropengawal. Kod sumber dan dokumentasinya boleh didapati daripada domain awam.

Pautan luarSunting


Bahasa pengaturcaraan (senarai penuh, perbandingan, glosari)
ALGOL | APL | Ada | BASIC| C | C++ | C# | COBOL | Common Lisp | Eiffel | FORTH | Fortran | Haskell | Java | JavaScript | Jython | LISP | LOGO | Mesa | Modula-2 | Oberon | OCaml | Objective-C | Perl | PHP | Prolog | PL/I | Pascal | PostScript | Python | Ruby | Scheme | Smalltalk | SQL | Tcl | Visual Basic