Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin

program kerajaan Malaysia bagi mengurangkan pendatang tanpa izin
(Dilencongkan dari 6P)

Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P merupakan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia bagi menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia pada tahun 2011[1][2]. Program 6P dilaksanakan dengan objektif memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, membantu mengawal kemasukan baru pekerja asing, membantu pengurusan aktiviti ekonomi nagara ini dan membantu mengawal perkembangan jenayah. Program tersebut terbahagi kepada 6 fasa iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran[3].

Hasil daripada program ini, Kerajaan Malaysia telah berjaya memutihkan seramai 521,734 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dibenarkan bekerja secara sah bagi tempoh penggajian 3 tahun untuk sektor dibenarkan dan 2 tahun untuk sektor beku dan sektor luar dasar.

Pendaftaran sunting

Pendaftaran Program 6P boleh dilakukan di kaunter Jabatan Imigresen seluruh negara sehingga 21 Ogos 2011. Majikan dan pekerja asing tanpa izin juga boleh terus berdaftar dengan syarikat-syarikat pengurus yang dilantik sehingga 31 Ogos 2011.[4]

Sehingga 14 November 2011 seramai 2,320,034 pendatang asing telah berdaftar dengan 1,016, 906 adalah pendatang yang sah, manakala 1,303, 126 (977, 140 lelaki dan 325,986 perempuan) adalah pendatang haram.. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan terdapat 400,000 warga asing dari Bangladesh tetapi 300,000 dari mereka adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).[5]

Seramai 50,000 dikenal pasti berkerja di sektor yang tidak dibenarkan.50,000 pekerja itu akan diserap ke lima sektor yang dibenarkan iaitu perkilangan; peladangan; pertanian; pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.Proses ini akan mengambil masa jika ada kekosongan dalam lima sektor berkenaan dan semua mereka akan diagih-agih mengikut permohonan daripada syarikat yang terbabit dalam sektor tersebut.[6]

Seramai 2.3 juta tadi mendaftar secara sukarela dan tidak termasuk pembantu rumah, tak termasuk Sabah dan Sarawak dan secara perinciannya.Ia tidak termasuk pelarian jumlah yang lebih daripada 100,000 orang.[7]

Pelbagai agensi terlibat termasuk Rela. Briged Sempadan ditugaskan menjaga / mengawal pantai ,daratan dan laut sepanjang 535 kilometer di Sempadan Malaysia-Thailand bertujuan mengekang kemasukan PATI ke Malaysia.Tiga juta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), 125,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 110,000 anggota ATM.[8]

Pemutihan sunting

Selepas pendaftaran, majikan degil pula akan diburu dan dihadapkan ke mahkamah.Tidak ada pengampunan akan diberikan kerana kerajaan sudah menyediakan peluang yang mencukupi kepada mereka untuk mendaftar dengan sistem biometrik.

Setiap permohonan pemutihan akan ditentukan oleh kementerian atau agensi kawal selia yang bertanggugjawab terhadap sektor dan subsektor yang berkenaan.Proses pemutihan melibatkan dua kategori iaitu majikan yang menggaji pendatang tanpa izin yang telah didaftarkan boleh mengemukakan permohonan agar pekerja mereka diputihkan, dan bagi pendatang tanpa izin yang tidak ada majikan akan dipertimbang untuk mengisi kekosongan mengikut keperluan majikan yang memohon pekerja asing.

Permohonan untuk proses pemutihan perlu dikemukakan dengan menggunakan khidmat syarikat pengurus yang sama ketika proses pendaftaran.Kerajaan telah menetapkan kadar bayaran maksimum bagi caj perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh syarikat pengurus iaitu tidak lebih RM300.[9]

Beberapa kelemahan dikesan seperti pendatang asing bertindak sebagai syarikat pengurus.Syarikat pengurus dikesan cuba mengambil wang bayaran lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.Ada cuba mengubah suai sistem biometrik.[10]

Langkah-langkah sunting

Sistem Advance Passenger Screening System (APSS) akan dilaksanakan bagi memerangi jenayah rentas sempadan apabila Program 6P berjaya dan stabil. Pelawat akan diperiksa sebelum mereka masuk ke negara ini.Pegawai penguatkuasa akan menyemak latar belakang setiap pelawat dan mendapat maklumat dari negara asal pelawat sama ada mereka mempunyai rekod jenayah atau disenaraihitamkan di negara asal.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Gooch, Liz (7 June 2011). "Malaysia Considers Amnesty for Illegal Immigrants". International Herald Tribune. Dicapai pada 11 June 2011.
  2. ^ "Kenyataan Media Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen" [Press Release of the Secretary of Immigration Affairs]. Ministry of Home Affairs. 8 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-11. Dicapai pada 11 June 2011.
  3. ^ Singh, Sarban (6 June 2011). "Comprehensive exercise soon to legalise and send illegal immigrants home". The Star. Dicapai pada 11 June 2011.
  4. ^ Imigresen buka hingga malam esok untuk Program 6P
  5. ^ Polis sudah lengkapkan kertas siasatan
  6. ^ Program pemutihan 6P bermula Isnin ini
  7. ^ Pelaksanaan proses pemutihan 6P diketahui selepas 4 Okt
  8. ^ ATM sedia bantu operasi Program 6P
  9. ^ Komponen kedua Program 6P dilaksana Sept - KDN
  10. ^ Syarikat pengurus Program 6P didalangi pihak asing
  11. ^ Pelaksanaan APSS bermula apabila Program 6P stabil