6 Progresif ialah sebuah siri drama televisyen remaja Malaysia 2011 dibintangi oleh Hanis Kamal, Zahiril Adzim, Nas-T, Bella Dally (dikreditkan sebagai Nabila Dally) dan Faralyna Idris. Premis cerita ini berfokuskan kepada kisah kehidupan para pelajar kelas 6 Progresif di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Terok.[1][2][3] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aurora TV9 dari 13 Januari 2011 dan tamat pada 31 Januari 2013.

6 Progresif
GenreDrama remaja
PenciptaAdzim Shahabuddin (idea dan konsep asal)
Ditulis olehAdzim Shahabuddin
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Muda" oleh Hujan
Lagu penutup"Muda" oleh Hujan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod27
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
Penyunting
  • Nor Hidayu Habib
  • Nurhafizul Amiri Habib
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Januari 2011 – 31 Januari 2013

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[4][5]

Sinopsis sunting

Musim 1 (2011) sunting

Seorang Budak Baru (Hanis Kamal) telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T). Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif.

Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada Budak Baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati. Kecoh memberi rekod disiplin Budak Baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan Budak Baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.

Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar "ditolak" dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu kokurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebutkan Budak Baru untuk menyertai kelab masing-masing. Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda Budak Baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang Budak Baru.

Melangkah masuk ke sekolah baru bukanlah sentiasa mudah kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dan sekaligus mengenali pelajar-pelajar baru dengan suasana dan persekitaran yang amat berbeza sekali. Persediaan mental merupakan persediaan yang paling penting ketika melangkah ke sekolah baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan pemberontakan pasti terngiang-ngiang di kepala mereka.

Musim 2 (2012–2013) sunting

Sesi baru tingkatan 6 atas bermula dan pada hari pertama persekolahan bermacam-macam perkara berlaku, Nik (Zahiril) tidak hadir ke sekolah, geng Rempit (Syazwan) dan geng Sideburns (Fauzi) pula hilang tanpa dapat dikesan. Rupa-rupanya setelah disiasat oleh Budak Baru dan Dahlia, geng Rempit dan geng Sideburns sibuk meniaga Tupperware sehingga sanggup ponteng sekolah. Dahlia dan Budak Baru menasihati supaya mereka mengutamakan pelajaran jika mereka ingin menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan mereka.

Manakala Lily (Bella) dan Kecoh (Nas-T) pula tak senang duduk apabila berjumpa, rupa-rupanya dalam diam mereka bercinta tanpa pengetahuan rakan-rakan yang lain. Nik tidak kelihatan di awal sesi persekolahan kerana kecewa tidak dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar tetapi untuk menaikkan semangat Nik, geng Rempit dan Sideburns mencadangkan agar Nik sekali lagi menjadi ketua kelas bagi kelas 6 Progresif. Kehadiran Sapuan sebagai Budak Baru telah menimbulkan kebencian kerana sikap berlagaknya yang suka membuli orang lain hanya kerana bapanya seorang yang berpengaruh.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (12 Januari 2011). "Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam 6 Progresif". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  2. ^ "6 Progresif: Kisah dunia pelajar yang menarik". Rollo de Pelicula. 28 Januari 2011. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  3. ^ "Kisah Budak Baru dalam 6 Progresif di TV9". Berita Harian. 10 Januari 2011. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  4. ^ 6 Progresif Musim 1 (2011): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 29 November 2018.
  5. ^ 6 Progresif Musim 2 (2012): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 18 Oktober 2018.