7 Hari Kisah Cinta Langkawi

7 Hari Kisah Cinta Langkawi ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2019 arahan Anwardi Jamil.[1] Ia mengisahkan seorang vlogger terkenal yang menggunakan laman vlognya untuk memuat naik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya berkenaan permasalahan cinta remaja serta cara mengatasinya. Dibintangi oleh Mark Adam, Josiah Hogan, Peter Davis, Amai Kamarudin dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 31 Oktober 2019.[2]

7 Hari Kisah Cinta Langkawi
PengarahAnwardi Jamil
PenulisAnwardi Jamil
Sarah Tang Yen Yen
Dihasilkan oleh
  • Yoki Chan
  • Han Chung Huat
  • Tiar Mohd Shariff
  • Kelvin Lee
Dibintangi
Disunting olehHafeez Mohd
Syarikat
penerbitan
  • Q-Plex Communications
  • Point Studios
Tarikh tayangan
31 Oktober 2019
Masa tayangan
130 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 12 ribu

Sinopsis sunting

Berkisahkan seorang vlogger popular bernama Adira (Chi Azim) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.

Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari, seorang lagi vlogger di Langkawi bernama Joe (Josiah Hogan) mencabarnya untuk membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira enggan melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli (Tengku Norsaili) mendesak Adira untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di media sosial.

Cabaran yang dilontarkan kepada Adira bukanlah untuk Joe jatuh cinta dengannya dalam 7 hari tetapi untuk Adira menawan kawan Joe bernama Ben (Peter Davis) yang berasal dari UK. Lebih-lebih lagi situasi ini menjadi rumit dengan kehadiran kawan Joe iaitu Nik (dijayakan oleh Mark Adam) yang sering mengganggu pelan Joe untuk merosakkan reputasi Adira dengan cara yang tak sengaja.

Pada masa yang sama, ayah Adira, Datuk Rahim (Shaharuddin Thamby) telah memaksa anak rakanniaganya, Zul (Amai Kamarudin) segera ke Langkawi untuk memikat hati Adira, kerana dia inginkan Zul untuk menjadi menantunya. Siapakah yang akan berjaya? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben?

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

7 Hari Kisah Cinta Langkawi diarahkan oleh Anwardi Jamil yang sebelum ini mengarahkan filem Budak Lapok (2007) dan Kerja Kahwin (2017). 95 peratus penggambaran filem ini dijalankan di Pulau Langkawi, Kedah dan menerima sokongan Pondok Keladi dan Cassa Kaseh Guest House dan juga Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Ulasan kritis sunting

Menulis untuk The Malay Mail, Aidil Rusli berkata: "inilah rom-kom Malaysia, bahawa ia adalah sesuatu yang berbeza, segar, dan yang paling penting, lucu.".[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Che (31 Oktober 2019). 7 Hari Kisah Cinta Langkawi: Bagaimana memikat hati lelaki Diarkibkan 2019-11-02 di Wayback Machine STAIL.my. Dicapai pada 30 November 2019.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 Oktober 2019). Vlogger dicabar pikat lelaki Harian Metro. Dicapai pada 30 November 2019.
  3. ^ Aidil Rusli (9 November 2019). Four films you can still catch in Malaysian cinemas this week The Malay Mail. Dicapai pada 30 November 2019.

Pautan luar sunting