7 Hari Mencintaiku (siri drama)

7 Hari Mencintaiku ialah siri drama televisyen romantik Malaysia ciptaan Siti Rosmizah Semail dan arahan Jamal Khan, dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Musim pertama drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 7 November 2016 sehingga 22 Disember 2016. Susulan kejayaan musim pertama, drama ini kemudian diperbaharui untuk musim kedua yang disiarkan dari 2 Julai 2020 sehingga 17 Ogos 2020, diikuti dengan musim ketiga yang disiarkan dari 16 April 2022 sehingga 20 Mei 2022.

7 Hari Mencintaiku
Genre
Berdasarkan daripada
7 Hari Mencintaiku oleh
Siti Rosmizah Semail
PenciptaSiti Rosmizah Semail
Ditulis olehAina Hanez (1–2)
Rozie Rashid (2)
PGRS Team (2)
Chinta Nadessha (2)
Siti Rosmizah Semail (3)
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod96
Penerbitan
Penerbit eksekutifIbrahim Junid Abdullah
Kamisah Abd Manap Megat
Jufri Megat Junid
Muhd Haiqal Mazelan
Muhd Haziq Mazelan
Puteri Julia Megat Junid
PenerbitDato' Hajjah Ziela Jalil
Siti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
PenyuntingMin Johari
Kas Roshan
Herman Shah Abdul Hamid
Tempoh siaran41 minit (musim 1)
42 minit (musim 2)
41 minit (musim 3)
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures (musim 1)
SR One (musim 2-3)
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 November 2016 – 20 Mei 2022

Ringkasan siri sunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
1287 November 201622 Disember 2016TV3
2332 Julai 202017 Ogos 2020
33516 April 202220 Mei 2022

Musim 1 (2016) sunting

Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama sejak di bangku sekolah menjadikan dia seorang pencinta dan perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Musim 2 (2020) sunting

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya. Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain kelihatan begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain. Khuzairi rasa begitu tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Walau puas Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Khuzairi pinta, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun,Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati Khuzairi bersama deraian air mata.

Musim 3 (2022) sunting

Rumah tangga Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia Adriana (Siti Saleha) diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka.

Pada masa yang sama, Pak Samad (Kazar Saisi) sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.

Penarafan sunting

Tahun Drama Jumlah Tontonan (dalam juta) Ruj.
2016 7 Hari Mencintaiku 12 [1][2]
2020 7 Hari Mencintaiku 2 12 [3][4]
2022 7 Hari Mencintaiku 3 10.5

Anugerah dan pencalonan sunting

Nama majlis penganugerahan, tahun yang diserahkan, penama anugerah, kategori anugerah, dan hasil pencalonan
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Aktor Pilihan Shukri Yahaya Menang
Aktress Pilihan Siti Saleha Tercalon
Pasangan Pilihan Shukri Yahaya & Siti Saleha Menang
Antagonis Pilihan Faye Kusairi Tercalon
Pengarah Pilihan Jamal Khan Menang
Skrip Pilihan PGRs Team Menang
Lagu Tema Pilihan Lelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah) Menang
Drama Pilihan Pena Creative Sdn Bhd Menang
Anugerah Juara Lagu Lagu Terbaik Lelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah) Menang
Anugerah Skrin Drama Rantaian Terbaik Pena Creative Sdn Bhd Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Lelaki Popular Shukri Yahaya Tercalon
Gandingan Serasi Drama (Atas Talian) Shukri Yahaya & Siti Saleha Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Drama TV MeleTOP Pena Creative Sdn Bhd Tercalon
Pelakon TV MeleTOP Shukri Yahaya Tercalon
2021 Anugerah Drama Sangat Pelakon Lelaki Terbaik Shukri Yahaya Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Siti Saleha Tercalon
Pasangan Drama Terbaik Shukri Yahaya & Siti Saleha Menang
Pelakon Antagonis Terbaik Liza Abdullah Menang
Babak Tular Drama Terbaik 7 Hari Mencintaiku 2 Tercalon
OST Terbaik Aku Bidadari Syurgamu (Nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza) Tercalon
Drama Popular SR One Sdn Bhd Tercalon
Drama Adaptasi Novel Terbaik SR One Sdn Bhd Menang
Drama Terbaik SR One Sdn Bhd Tercalon
Anugerah Juara Lagu Lagu Terbaik Aku Bidadari Syurgamu (Nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Gandingan Serasi Drama Shukri Yahaya & Siti Saleha Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Pecah Rekod & Viral Trending!". Budiey. 23 Disember 2016. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  2. ^ "MIA DAN KHUZAIRI BERTEMU DENGAN PEMINAT". 7 Klik. 16 Januari 2017. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Ogos 2020). 7 Hari Mencintaimu 2 catat 12 juta tontonan untuk 33 episod Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
  4. ^ Farihad Shalla Mahmud (25 Ogos 2020). Penangan 12 juta penonton Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2020.