7 Hari Mencintaiku 3

7 Hari Mencintaiku 3 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Jamal Khan (FDAM), dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya.[1] Merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku 2 (2020). [2] [3] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 16 April 2022 menggantikan Harith Fayyadh. [4]

7 Hari Mencintaiku 3
Genre
Ditulis olehSiti Rosmizah Semail
PengarahJamal Khan (FDAM)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanKaulah Syurga - Khai Bahar & Lia Aziz
Lagu penutupKaulah Syurga - Khai Bahar & Lia Aziz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod35 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Syed Muhammad Izzuddin Bin Syed Akil
  • Muhammad Haziq Mazelan
  • Muhammad Haiqal Mazelan
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Sr One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 & IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 April 2022 – 20 Mei 2022
StatusTamat
Kronologi
MengikutiHarith Fayyadh
Diikuti olehBisik Bisik Gelora

Drama ini berjaya meraih sebanyak 10.5 juta penonton sepanjang 35 episod siaran dan mencapai 1.14 bilion di aplikasi TikTok serta kerap menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim-musim terdahulu.

SinopsisSunting

Rumah tangga Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia Adriana (Siti Saleha) diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka.

Pada masa yang sama, Pak Samad (Kazar Saisi) sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

  • Dhia Irdina sebagai Alisa
  • Nur Damia Danisha sebagai Harlina (Kenit)
  • Mohamad Zydan Suffian sebagai Faiq

PenerbitanSunting

7 Hari Mencintaiku 3 dijadualkan untuk tayangan di Slot Akasia TV3 sepanjang bulan Ramadan bermula 01 April 2022 namun penulis novel asal dan penerbit drama ini, Siti Rosmizah, menyatakan bahawa tarikh tayangan drama ini telah ditunda kepada 16 April 2022.

SambutanSunting

Drama ini tetap mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminatnya walaupun terdapat segelintir penonton yang mengkritik drama ini yang masih memaparkan jalan ceritanya yang hampir sama dengan musim-musim terdahulu.

Selain itu, musim ini memperlihatkan watak-watak seperti watak Khuzairi (lakonan Shukri Yahaya)[6] dan watak Nurul (lakonan Wafariena Roslan)[7] yang mendapat kecaman daripada peminat dan penonton drama ini. Difahamkan, kebencian terhadap watak Khuzairi tercetus selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan bernikah dengan Nurul yang dikatakan hamil anak Pak Samad sehingga sanggup menengking isterinya sendiri iaitu Mia Adriana.

Di samping itu, watak-watak seperti Dr Fatin (lakonan Reen Rahim) dan Taufik (lakonan PU Azman) mendapat perhatian daripada peminat dan penonton drama ini yang menyukai perwatakan mereka yang 'gila-gila' dan bersahaja.

Drama ini terus mencatatkan peningkatan dalam bilangan penontonnya pada setiap episod dan kesemua pelakon kekal memberikan impak besar kepada emosi penonton. Setiap episod drama ini mendapat sambutan hangat dan kerap menjadi sohor kini di media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim-musim terdahulu.

Secara keseluruhannya, jumlah tontonan drama 7 Hari Mencintaiku 3 adalah 10.5 juta tontonan sepanjang 35 episod dan mencapai 1.14 bilion di aplikasi TikTok.

PenarafanSunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR JUMLAH TONTONAN TIKTOK SUMBER
N/A N/A
10.5 juta
1.14 bilion
[8]

Runut bunyiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (23 April 2022). "Serasi dalam sengketa". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2022.
  2. ^ Azra Anuar (17 Mac 2021). "Sah 7 Hari Mencintaiku 3 bakal ditayangkan jom tonton trailer dulu". Hot FM. Dicapai pada 21 Februari 2022.
  3. ^ "Ini scam ke? Peminat drama 7 Hari Mencintaiku 3 kecewa tarikh siaran bertukar lagi". Ohmymedia. 4 April 2022. Dicapai pada 8 April 2022.
  4. ^ Drama 7 Hari Mencintaiku 3. MyInfoTaip. Dicapai 15 April 2022
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (14 April 2022). "Tercabar pastikan 'Mak Leha' kekal relevan". Berita Harian. Dicapai pada 15 April 2022.
  6. ^ Satu Malaysia kecam Khuzairi, Shukri Yahaya. Kosmo!. Dicapai 1 Jun 2022
  7. ^ Wafariena terima ugutan santau sebab Nurul Ain. Kosmo!. Dicapai 1 Jun 2022
  8. ^ Rating 7 Hari Mencintaiku 3. Instagram TV3MALAYSIA. Dicapai 1 Jun 2022

Pautan LuarSunting