7 Keajaiban Dunia Baharu

7 keajaiban Dunia Baharu merupakan kempen bermula pada 2000 untuk memilih tujuh keajaiban daripada 200 monumen bersejarah dari seluruh dunia. Diperkenalkan oleh New7Wonder Foundation dan berpusat di Zurich,   Switzerland. 7 keajaiban ini telah dipilih berdasarkan undian lebih 100 juta pengundi dari serata dunia. Para pemenang telah diumum dengan gilang-gemilangnya pada 7 Julai 2007 bersiaran di kaca televisyen dari Lisbon.

Pemenang-Pemenang sunting

Keajaiban Lokasi Gambar Dibina Catatan
Tembok Besar China   Republik Rakyat China   700 tahun S.M Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada abad ke-3 SM untuk melindungi Utara China dari serangan orang gasar dan Puak Mongol.
Petra   Jordan   312 S.M Dibina sebagai ibu kota Empayar Nabatea dan ia juga dikenali sebagai Kota Mawar kerana warna batu yang di mana ia diukir.
Koloseum Rom,   Itali   80 Masihi Tapak dibina oleh Maharaja Vespasianus sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno
Chichen Itza Yucatán,   Mexico   600 Masihi Kota purba yang dibina oleh Tamadun Maya sebelum tibanya penjajah Eropah
Machu Picchu Urubamba,   Peru   1450 Masihi Bandar dibina oleh Empayar Inka yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas paras laut.
Taj Mahal Agra,   India   1643 Masihi Makam dibina Maharaja Shah Jahan sebagai memperingati kemangkatan permaisuri kelima baginda, Mumtaz Mahal.
Kristus Penebus Rio de Janeiro,   Brazil   1931 masihi Patung ini dibina untuk meraikan ulang tahun ke-100 tahun kemerdekaan Brazil dari Portugal.

Rujukan sunting

  • "How the New7Wonders movement all began - World of New7Wonders". World of New7Wonders.
  • "The project founder Bernard Weber - A Short History - World of New7Wonders". World of New7Wonders.
  • "Voting Analysis". World of New7Wonders. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-26. Dicapai pada 2017-09-16. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Interesting questions and answers". World of New7Wonders. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 2017-09-16.