7 Petola Cinta adalah telefilem Malaysia 2015 yang bertemakan keagamaan. Telefilem ini telah ditayangkan pada 26 Januari 2015 pada jam 8.30 malam melalui saluran TV9 di slot Skrin Di 9.

7 Petola Cinta
Genre
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Penyunting
  • Jehuty EX
Tempoh siaran75 minit
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal
  • 26 Januari 2015 (2015-01-26)
[1]

Sinopsis sunting

Kamal (Fathil Dani) mempunyai seorang anak muda bernama Habibol (Johan As'ari) yang sering berfoya-foya serta menukar teman wanitanya dan pernah putus tunang tiga kali. Justeru, bapanya putus asa kerana gagal mendidik. Satu hari Kamal nekad dan menegur anaknya serta kenderaan mewah anaknya dinyatakan telah dijual. Kamal arahkan anaknya menemui Miaw (Rahim R2). Setelah menemui Miaw, Habibol diberikan sebuah basikal, kompas serta peta panduan tujuh ladang petola. Miaw berpesan di setiap ladang dapatkan satu petola serta kodnya dan ikut arahan pemilik ladang. Habibol kemudiannya ke ladang-ladang berkenaan. Setiap pemilik ladang membimbing Habibol melalui tazkirah ringkas, melakukan sedikit kerja ladang, beribadah serta mendapat cebisan maksud beberapa ayat Al- Quran yang menyarankan beribadah, mendekati Allah dan berkelakuan baik mengikut lunas keislaman. Akhirnya 7 kod di petola di bawa balik dan terdapat kod iaitu Lidah, Mata, Perut, Hati, Tangan, Kaki dan Sejadah. diserahkan kepada Miaw.

Pelakon dan watak sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "7 Petola Cinta". dramaon9.blogspot.com. 26 Januari 2015.

Pautan luar sunting