Pemproses
4-bit 8-bit 12-bit 16-bit 18-bit 24-bit 31-bit 32-bit 36-bit 48-bit 64-bit 128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit 64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Integer, alamat ingatan, dan unit data 8-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 8 bit (1 oktet) lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 8-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

8-bit juga merupakan istilah yang diberikan kepada generasi komputer yang pemproses 8-bit merupakan norma.

Integer 8-bit dapat menyimpan 28 (256) nilai yang unik. Unit pemprosesan pusat 8-bit biasanya menggunakan bas data 8-bit dan bas alamat 16-bit. Oleh itu, ruang alamatnya terhad kepada 64 kilobait. Walaupun demikian, had ini bukannya "hukum tabii" dan terdapat juga kekecualian.

Mikropemproses 8-bit pertama yang digunakan secara meluas ialah Intel 8080. Biasanya dijalankan pada sistem pengendalian CP/M, ia digunakan untuk banyak kad pintar dan komputer penggemar pada lewat dekad 1970-an dan awal 1980-an. Zilog Z80 (serasi dengan 8080) dan Motorola 6800 juga digunakan untuk komputer yang serupa, dengan Z80 dan MOS Technology 6502 8-bit digunakan secara meluas untuk komputer rumah dan konsol permainan dalam dekad 1970-an dan 1980-an. Banyak mikropemproses atau mikropengawal 8-bit merupakan asas kepada sistem terbenam yang biasa digunakan pada hari ini.

Selepas membangunkan mikropemproses 4-bit pada awal dekad 1970-an (mulai dengan Intel 4004), Intel dengan pantasnya mengeluarkan pemproses 8-bit, dengan pesaingnya turut mencontohinya. Prestasi dan ingatan pemproses 4-bit yang terhad bermakna bahawa pemproses ini tidak lagi digunakan untuk atur cara penggunaan yang memerlukan prestasi tinggi dan jumlah ingatan yang besar.

Sebilangan contoh pemproses 8-bit adalah seperti yang berikut: