8TV Unzipped ialah siri gig muzik yang dianjurkan oleh saluran televisyen 8TV dengan kerjasama syarikat rakaman, Monkey Bone Records. Siri ini merangkumi 12 acara persembahan yang menampilkan para pemuzik dan penyanyi tempatan Malaysia, Acara 8TV Unzipped juga dirakam untuk disiarkan di kaca TV. Unzipped dianjurkan bertujuan untuk "menyediakan sokongan untuk artis-artis atau kugiran-kugiran indie tempatan untuk meluaskan pengaruh dalam persada muzik Malaysia"[1]. Ia juga bertujuan untuk dapat meningkatkan lagi jumlah peminat dan menarik perhatian penyokong baru[2].

8TV Unzipped
FormatGig
Dibintangi oleh
Negara asal Malaysia
Bilangan episod10
Syarikat penerbitan
8TV
Monkey Bone Records
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal14 November 2008 – 16 Januari 2009

Siri perintis 8TV Unzipped diadakan di kelab Ruums KL, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, sepanjang bulan Jun dan Julai 2008, dan disiarkan di 8TV dari November 2008 hingga Januari 2009. Program ini mendapat pencalonan dalam Anugerah Skrin 2009 bagi kategori rancangan muzikal terbaik[3].

Acara sunting

# Artis Tarikh acara Tarikh siaran
1 Meet Uncle Hussain 2008-06-29 2008-11-14
2 Gerhana Ska Cinta & Friends 2008-06-29 2008-11-21
3 They Will Kill Us All 2008-07-13
4 Estranged 2008-07-06 2008-11-28
5 Pop Shuvit 2008-07-05
6 One Buck Short 2008-07-13 2008-12-05
7 Jaclyn Victor 2008-06-15 2008-12-12
8 Hujan 2008-06-22 2008-12-19
9 Nitrus 2008-12-26
10 Tempered Mental; Deja Voodoo Spells 2008-07-12 2009-01-02
11 Love Me Butch 2008-07-06 2009-01-09
12 Bittersweet 2008-07-20 2009-01-16

Rujukan sunting

  1. ^ N. Rama Lohan (17 Julai 2008). "Rock till you drop". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-01. Dicapai pada 23 Julai 2021.
  2. ^ Budiey (14 November 2008). "Meet Uncle Hussain, One Buck Short, Tempered Mental & Deja Voodoo Spells di Unzipped". Budiey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2017. Dicapai pada 23 Julai 2021.
  3. ^ "[FULL] ANUGERAH SKRIN 2009 #ASK2009". Dicapai pada 2020-02-24.

Pautan luar sunting