8 Oktober
tarikh
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
8 Oktober merupakan hari ke-281 (hari ke-282 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 84 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Tentera Laut di Peru (1821).
- Hari Kemerdekaan di Croatia (1991).
Peristiwa
sunting- 1600 – San Marino, republik tertua yang masih wujud, menerima perlembagaan bertulisnya.
- 1871 – Dua kebakaran bersejarah, Kebakaran Chicago Besar dan Kebakaran Peshtigo Wisconsin terjadi di Barat Tengah A.S.
- 1879 – Perang di Pasifik: Tentera Laut Chile menewaskan Tentera Laut Peru dalam Pertempuran Angamos (gambar).
- 1895 – Maharani terakhir Korea, Ratu Min dibunuh.
- 1932 – Tentera Udara India diasaskan sebagai angkatan udara bantuan Empayar India.
- 1962 – Skandal Spiegel: Majalah akhbar Der Spiegel mendedahkan keadaan teruk angkatan tentera Jerman Barat (Bundeswehr). Ia dituduh khianat tidak lama kemudian.
- 1967 – Ketua revolusi Marxisme dan gerila Che Guevara ditangkap berhampiran La Higuera, Bolivia.
- 1985 – Muzikal Les Misérables, berdasarkan novel oleh Victor Hugo, mula dipentaskan di Barbican Centre London, kini menjadi muzikal West End paling lama bertahan dalam sejarah.
- 1998 – Lapangan Terbang Gardermoen, hab domestik dan antarabangsa utama Norway, mula beroperasi sementara Lapangan Terbang Oslo, Fornebu ditutup.
- 2001 – Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat ditubuhkan.
- 2005 - Satu gempa bumi besar terjadi di Kashmir yang mengorbankan lebih 74,500 nyawa di Pakistan, India dan Afghanistan.
- 2007 – Atlet wanita Amerika Syarikat Marion Jones dipaksa memulangkan 5 pingat emas Olimpik kerana kesalahan menggunakan steroid.
- 2008 – Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
- 2010 – Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel.
- 2016 - Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dimashyurkan sebagai Raja Muda Selangor, Malaysia selepas dilantik pada 3 Mei 2002.
Kelahiran
sunting- 1949 – Sigourney Weaver, pelakon A.S.
- 1980 – Sherine, pelakon dan penyanyi Mesir.
- 1990 – Bryan Mckenzie, pelakon lelaki Indonesia.
Kematian
sunting- 1869 - Franklin Pierce, Presiden Amerika Syarikat ke-14
- 2020 - Paimuzi Yahya, seorang Ketua Pengarah JAKIM