Tujuan penubuhan adalah seimbang dengan dasar kerajaan untuk membesarkan Angkatan Tentera Darat Khasnya. Pada masa itu juga, kerajaan Negeri Sarawak berkehendakkan sebuah Batalion Infantri yang mana anggota-anggota terdiri daripada rakyat Sarawak sendiri. Kehendak itu tidak dapat dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan tetapi sebaliknya menubuhkan pasukan 8 Renjer dengan anggota-anggota campuran dari semua Pasukan Renjer pada masa itu.

8 RRD (Para)
Emblem of 8 RRD (Para)
Aktif1 Mac 1973
Negara Malaysia
Cawangan10 Briged (Para)
JenisPasukan Elit
PerananPasukan Payung Terjun
SaizBatalion Infantri Para
Nama samaran8 Para
MotoAgi Idup Agi Ngelaban
Komander
Pegawai MemerintahZahari Affandi bin Haji Mat Nor

Pengenalan sunting

Sejarah Penubuhan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) sunting

Tujuan penubuhan awal Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) adalah seimbang dengan dasar kerajaan untuk membesarkan Angkatan Tentera Darat khasnya dan Kor Rejimen Renjer Malaysia amnya. Pada masa itu juga, kerajaan negeri Sarawak berkehendakkan sebuah pasukan infantri di mana anggota-anggota pasukan tersebut terdiri daripada rakyat Sarawak sendiri. Sejarah awal penubuhan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) bermula dengan penerimaan Kem Wellington, Terendak, Melaka daripada 1st Battalion of Royal New Zealand Infantry Regiment (1RNZIR) pada awal tahun 1973. Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1 Mac 1973 dan seramai 500 orang rekrut daripada Sarawak telah dipilih untuk mengikuti latihan intensif di Kem Wellington mulai 12 Mac 1973 hingga 4 Sep 1973 selama 6 bulan. Upacara tamat latihan telah diadakan di Kem Wellington dan tabik hormat telah diambil oleh DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 4 Sep 1973. Dengan tamatnya latihan asas rekrut itu maka pusat latihan rekrut di Batalion Ke-8 Rejimen Renjer telah dibubarkan. Pasukan telah diisytiharkan sebagai Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Malaysia dan Lt Kol Mokthar bin Ismail sebagai Pegawai Memerintah yang pertama. Pada 1 Jan 1987, pasukan ini telah diberi mandat sebagai pasukan infantri pertama dalam sejarah Tentera Darat untuk diubahsuai daripada Batalion Infantri Biasa ke Batalion Infantri Para. Keanggotaannya adalah terdiri daripada anggota-anggota asal pasukan ini dan juga anggota-anggota dari pasukan-pasukan Renjer yang lain secara sukarela. Program pengubahsuaian daripada Batalion Infantri Biasa kepada Batalion Infantri Para telah berjalan dengan lancar sehinggalah pasukan ini menerima taraf pengoperasiannya sebagai Pasukan Pertama Payung Terjun pada Jul 1990.

Lokasi Sejarah Penempatan Pasukan sunting

Bil Lokasi Tahun
(a) (b) (c)
1.       Kem Wellington, Terendak, Melaka Mac 1973 - Oktober 1973
2.       Kem Tasik Mas, Bau, Sarawak November 1973 - Julai 1974
3.       Kem Wong Padong, Sri Aman, Sarawak Julai 1974 - Disember 1974
4.       Kem Semanggo, Kuching, Sarawak Januari 1975 - Disember 1976
5.       Kem Suvla Line, Ipoh, Perak Januari 1977 - November 1981
6.       Kem Oya, Sibu, Sarawak Disember 1981 - November 1984
7.       Kem Terendak, Melaka November 1984 - sekarang

Senarai Pegawai Memerintah sunting

Bil Nama Tahun
(a) (b) (c)
1 Lt Kol Mokhtar bin Ismail (12125) 4 Sep 1973 - 1 Jul 1974
2 Lt Kol Raja Abdul Rashid bin Raja Badiozaman (12220) 2 Jul 1974 - 1 Jan 1976
3 Lt Kol Sulaiman bin Kudus (12164) 2 Jan 1976 - 26 Dis 1977
4 Lt Kol Khairudin bin Shaarin (12095) 27 Dis 1977-6 Ogos 1978
5 Lt Kol C. A. Loone (200104) 7 Ogos 1978-30 Jun 1980
6 Lt Kol Wan Mohamed bin Ahmad (12273) 1 Jul 1980 - 31 Dis 1981
7 Lt Kol Vethakan Pakian Nathan (200808) 1 Jan 1982 - 31 Jan 1984
8 Lt Kol Pak Wan Chek bin Hashim (410223) 1 Feb 1984 - 31 Dis 1986
9 Lt Kol Muhamad Afifi bin Hj Kasim (410239) 1 Jan 1987 - 13 Ogos 1989
10 Lt Kol Aziz bin Rashid (410769) 14 Ogos 1989 - 12 Jan 1992
11 Lt Kol Awie bin Suboh (411456) 13 Jan 1992 - 30 Jun 1994
12 Lt Kol John Derick @ Osman bin Ab Jalil (411769) 1 Jul 1994 - 30 Jun 1996
13 Lt Kol Ranjit Singh Ramday (370488) 1 Jul 1996 - 9 Okt 1999
14 Lt Kol Toh Choon Siang (370941) 10 Okt 1999 - 2 Jul 2002
15 Lt Kol Shaari bin Baba (3001007) 3 Jul 2002 - 29 Jul 2004
16 Lt Kol Lim Kiat Choy (3001685) 30 Jul 2004 - 1 Ogos 2006
17 Lt Kol Khalid Sah bin Hamzah (3003928) 2 Ogos 2006 - 14 Jan 2008
18 Lt Kol Zainuddin bin Mustafa (3003566) 15 Jan 2008 - 30 Jun 2008
19 Lt Kol Rosli bin Hj Bahrun (3004441) 1 Jul 2008 - 3 Ogos 2010
20 Lt Kol Ivan Lee Synn Leng (3002649) 4 Ogos 2010 - 15 Jul 2012
21 Lt Kol Norulhisyam bin Md Shuib (3005776) 16 Jul 2012 - 15 Jul 2014
22 Lt Kol Akasah bin Mastar (3005574) 16 Jul 2014 - 10 Jan 2017
23 Lt Kol Muhammad Samzie bin Gusang (3006778) 11 Jan 2017 - 21 Mac 2019
24 Lt Kol Zulkifli bin Raub (3008234) 22 Mac 2019 - 20 Ogos 2020
25 Lt Kol Zahari Affandi bin Haji Mat Nor (3007310) 21 Ogos 2020 - Sekarang


Senarai Sarjan Mejar Rejimen Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) sunting

Bil Nama Tahun
(a) (b) (c)
1 202247 PW I Yassin bin Kassim 1 Mac 1973 - 14 Apr 1973
2 10476 PW I A. Rahman bin Sharif 15 Apr 1973 - 15 Okt 1976
3 202341 PW I Md Yusuf bin Ali PJK 16 Okt 1976 - 2 Jul 1980
4 925648 PW I Tahir bin Osman 3 Jul 1980 - 23 Dis 1984
5 19516 PW I Aziz bin Kancil PJK 24 Dis 1984 - 12 Mei 1992
6 1028986 PW I Mohd Ezzaudin bin Abdullah 13 Mei 1992 - 20 Dis 1993
7 1015418 PW I Ali bin Abd Hamid 21 Dis 1993 - 31 Jul 1995
8 1025079 PW I Che Harun bin Husin 1 Ogos 1995 - 2 Nov 1999
9 1032318 PW I Zulkhairi bin Ayob 3 Nov 1999 - 11 Jun 2000
10 1063912 PW I Ahyad bin Hj Ahmad 12 Jun 2000 - 8 Ogos 2002
11 532953 PW I Roslan bin Saad 9 Ogos 2002 - 12 Feb 2005
12 1083884 PW I Lasim bin Gilada 13 Feb 2005 - 20 Jun 2006
13 1083359 PW I Azman bin Mohd Arif 21 Jun 2006 - 9 Nov 2007
14 1084172 PW I Ramlee bin Salleh 10 Nov 2007 - 18 Jan 2010
15 1091781 PW I Abdul Razak bin Omar 19 Jan 2010 - 19 Jun 2012
16 1083060 PW I Mohd Idham Daniel bin Abdullah 20 Jun 2012 - 7 Okt 2015
17 1112738 PW I Mushaidi bin Ismail 8 Okt 2015 - 13 Jun 2016
18 1124206 PW I Basil ak Ajon 14 Jun 2016 - 31 Dis 2018
19 1119661 PW I Simon Geleuk bin Polus 1 Jan 2019 – 3 Dis 2019
20 1127978 PW I Sapolrizan bin Mat Abu 4 Dis 2019 - Sekarang


Penganugerahan Panji-panji Pasukan sunting

Di dalam Angkatan Tentera Malaysia, Panji-panji dikurniakan kepada sesebuah rejimen sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Setiap rejimen mempunyai dua Panji-panji. “Panji-panji Rejimen” adalah sebagai tumpuan kesetiaan oleh semua anggota batalion dan “Panji-panji Agong” adalah sebagai kesetiaan Rejimen kepada Raja. Panji-panji Rejimen dikurniakan kepada pasukan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau salah seorang dari Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai wakil Baginda. Selepas 26 tahun penubuhannya, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) sekali lagi telah mengukir sejarah apabila pasukan telah dikurniakan Panji-panji Rejimen pada 29 Jun 1999 bersamaan 15 Rabiulawal 1420 Hijrah yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibnu Almarhum Syed Hassan Jamalullail selaku Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Renjer ketika itu. Perbarisan penganugerahan Panji-panji tersebut telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan, Kem Terendak, Melaka. Lt Kol Ranjit Singh Ramday selaku Pegawai Memerintah Pasukan ketika itu diberikan penghormatan sebagai Ketua Perbarisan. Perbarisan upacara Panji-panji ini menyaksikan penglibatan seramai 26 orang Pegawai dan 595 anggota LLP.


Susunan perbarisan kawad penganugerahan Panji-panji adalah seperti berikut:

a. Ketua Perbarisan - Lt Kol Ranjit Singh Ramday

b. Pen Ketua Perbarisan - Mej Shaari bin Baba

c. Ajutan Perbarisan - Kapt Ismar bin Ismail

d. Kuatermaster - Kapt (KM) Segar a/l Govindasamy

e. SMR Perbarisan - PW I Che Harun bin Hussien

f. Peg Panji-panji - LtM Elnizam bin Elias

g.Komp Pengiring - Mej Rusman bin Sanip

h.Kawalan No.2 - Mej Shafei bin Sulaiman

i. Kawalan No.3 - Kapt Adzmurin bin Mat Khalib

j. Kawalan No.4 - Kapt Mohd Asri bin Asmuni

k. Pengawal Medan - Pasukan 1 RRD dan 7 RRD

l. Ketua Kump Tambor - SSjn Nyaling ak Changgai

 
Upacara penyerahan panji-panji oleh DYMM Tuanku Raja Perlis kepada Pegawai panji-panji
 
Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer menepung tawar panji-panji Rejimen semasa upacara istiadat penganugerahan panji-panji.



Penganugerahan "Battle Honour" Daulat Februari 2013 sunting


Penganugerahan "Battle Honour" DAULAT Feb 2013 kepada Panji - panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Panji - panji Rejimen ini telah diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Ogos 2017 yang telah melibatkan seramai 2000 Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Perbarisan Penganugerahan ini bersempena insiden berdarah pencerobohan Lahad Datu pada 11 Feb 2013 di dalam melaksanakan OP DAULAT demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Turut hadir adalah Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Johari bin Haji Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima - Panglima Perkhidmatan, Ahli-ahli Yang Berhormat Negeri Sabah, Pegawai Kanan ATM dan PDRM. Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) telah diberi penghormatan menerima anugerah tersebut dan pada ketika itu, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) Ke-23, Lt Kol Muhammad Samzie bin Gusang telah dijemput mewakili pasukan bagi menerima anugerah “Battle Honour” yang telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim.


Perubahan Pada Panji-Panji Pasukan sunting

 
Panji-panji pasukan setelah dibuat perubahan dengan penambahan pingat Op Daulat Feb 2013


Pada 11 Ogos 2017, pasukan telah dianugerahkan Battle of Honour Op Daulat Feb 2013 di atas kejayaan serta penglibatan pasukan telah terlibat di dalam Op Daulat mulai 13 Februari hingga 29 Jun 2013 di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah menentang penceroboh Sulu. Justeru itu panji-panji pasukan telah ditambah pingat Battle of Honour bagi membuktikan bahawa pasukan ini pernah terlibat di dalam pertempuran menentang penceroboh dan menjaga kedaulatan negeri Sabah.


Ragaan Pasukan sunting

Topi Besi Pasukan sunting

 
Topi Besi 8 RRD (Para)


Pada suatu ketika dahulu pasukan ini terkenal dengan penggunaan topi besi terutamanya bagi unit-unit di bawah naungan Rajang Area Security Command (RASCOM). Walau bagaimanapun pada ketika itu penggunaan topi besi tidak begitu banyak seperti siri latihan-latihan Gonzales Lasak. Penggunaan topi besi di dalam pasukan ini bermula semasa  pasukan bertugas di Malaysia Timur buat kali pertama dibawah pemerintahan Lt Kol Raja Abdul Rashid bin Raja Badiozaman pada tahun 1974 hingga 1975. Ketibaan Pegawai Memerintah telah disambut oleh semua ketua kompeni serta para Pegawai. Beliau telah bermalam di Kem Balai Ringgin dan pada keesokan harinya beliau turut serta menjalani latihan jasmani bersama-sama anggota. Kapt Ropee Adnan, Ketua Kompeni C yang terkenal dengan perangainya yang rugged telah mengarahkan semua anggota kompeninya untuk melaksanakan latihan jasmani berpakaian kasut kombat, seluar loreng tanpa baju dan bertopi besi. Semua anggota Kompeni C berlari mengikut jalanraya menghala ke Serian iaitu kira-kira dua batu daripada kem. Pada mulanya anggota tidak menyangka yang Pegawai Memerintah akan lari bersama mereka sejauh itu.

Semasa latihan, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan bertubi-tubi menyebabkan anggota Kompeni C telah berpecah dan mengambil perlindungan sebelum melaksanakan kawad tempur seksyen. Perkara ini telah berlaku beberapa kali semasa latihan di mana latihan jasmani bertukar menjadi latihan kawad tempur seksyen. Walau bagaimanapun di akhir latihan, Pegawai Memerintah berpuas hati dengan tindakan serta merta yang telah diambil oleh anggota Kompeni C. Mereka mempamerkan kesiapsiagaan yang cepat dan pantas apabila diserang musuh walaupun semasa latihan jasmani. Setelah tamat latihan, Pegawai Memerintah telah melawat kawasan kem dan beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua anggota membuat latihan jasmani dengan memakai topi besi seperti yang telah dilakukan oleh Kompeni C. Untuk mengekalkan kenangan ini, Pegawai Memerintah telah menggunakan topi besi yang telah disadur perak dan dilekatkan lambang Renjer sebagai lambang pemerintahan pasukan ini. Tradisi penyerahan topi besi ini diteruskan sehingga kini semasa Upacara Serah Menyerah Pegawai Memerintah.

Piala DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail sunting


 
Ragaan 8 RRD (Para)

Ragaan Utama pasukan adalah “Piala DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail”. Bentuknya yang terbuka menadah itu melambangkan bahawa warga pasukan ini sentiasa bersedia menerima apa sahaja tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan. Ia juga melambangkan pasukan ini akan cuba sedaya upaya untuk berada di barisan hadapan dan di puncak kejayaan dalam segala aktiviti yang disertai. Piala ini telah dikurniakan oleh DYMM Kol YDP RRD, Tuanku Syed Putra Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail pada 5 Okt 1989 semasa keberangkatan lawatan baginda ke Pesta Pantai di Kem Terendak, Melaka. Piala ini berukuran lilit 108 cm dengan ketinggian termasuk tapak 24.5 cm dan berat 2.76 kg. Ia diperbuat daripada tembaga tulen dan bernilai RM 2,500.00.

Keris Kurniaan KDYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail sunting


Pada 10 Oktober 1994, Pasukan ini bersama-sama pasukan-pasukan lain di bawah naungan 10 Briged (Para) telah diisytiharkan sebagai elemen darat Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dengan penyampaian beret merun oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad semasa penutup Eksesais Halilintar Siri 1/94 di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi. Ragaan pasukan seterusnya adalah “Keris kurniaan KDYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail” pada 29 Jun 1999 sempena Istiadat Penganugerahan Panji-panji Rejimen. Keris yang bersalut dengan hiasan perak ini telah dikurniakan oleh Kol YDP RRD sempena Istiadat Penganugerahan Panji-panji yang telah diadakan di Padang Kawad, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para). Signifikan keris ni memberi makna kepahlawanan dan kedaulatan Raja-raja Melayu mengalir di dalam darah perwiraperwira Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para). Keris ini juga memberi tanda pertabalan serta pengisytiharan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) menerima Panji-panji daripada Kol YDP RRD.


Sayap Penerjunan Pegawai Memerintah sunting


 
Sayap Penerjunan Pegawai Memerintah


 
 

Ragaan ini telah diilhamkan oleh Lt Kol Zulkifli bin Raub iaitu Pegawai Memerintah Ke-24 dan merupakan cenderamata yang dihadiahkan kepada pasukan pada 1 Mac 2020 semasa Perbarisan Mengarak Panji-panji Rejimen sempena Hari Ulang Tahun Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) yang Ke-47. Sayap Penerjunan yang bersalut perak ini memberi signifikan melambangkan sebuah Pasukan Pioneer Paracut yang menggabungkan keberanian dan kepakaran serta mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi demi mempertahankan kedaulatan negara. Ragaan ini mempunyai ketinggian 32 cm, panjang 65 cm, lebar 16.5 cm serta beratnya 7 kg dan nilai harga semasa RM 8,888.00.


Bendera Pasukan sunting


 
1973 Sehingga 1994

1973 Sehingga 1994

Pada zaman ini, batalion diiktiraf sebagai Batalion Infantri Biasa dan reka bentuk bendera melambangkan lambang Kor Renjer di tengah-tengah bendera dan nombor 8 di sebelah kiri atas bendera melambangkan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja.



 
1995 Sehingga 2018


1995 Sehingga 2018

Selari dengan penubuhan 10 Briged (Para) pada 10 Okt 1994, bendera pasukan juga diubah bagi menepati taraf pasukan yang telah diiktiraf sebagai Batalion Infantri Para. Penambahan sayap penerjunan di bahagian bawah kanan bendera melambangkan pasukan ini berada di bawah naungan 10 Briged (Para) dan merupakan Batalion Infantri Para.



 
2019 Sehingga Kini


2019 Sehingga Kini

Pada 18 Apr 2018 bertempat di Padang Kawad, Kem Muara Tuang, Sarawak, Pengerusi Kor RRD ketika itu, Lt Jen Datuk Wira Mohd Zaki bin Hj Mokhtar telah menyempurnakan Perbarisan Pertukaran Bendera Rejimen Renjer DiRaja (RRD) daripada yang lama iaitu bendera berwarna rifle green kepada yang baru berwarna merah, kuning dan hitam. Selaras dengan itu, bendera pasukan diubah mengikut bendera Kor Renjer terkini. Sayap penerjunan di bahagian bawah lambang Kor Renjer bagi mengekalkan identiti Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) sebagai Batalion Infantri Para.

Pengertian Logo Pasukan sunting

Logo berbentuk perisai berlatarbelakangkan warna merun serta hijau dan merah sebagai pelapik kepada lambang RRD yang tersergam indah di tengahtengah, menjunjung mahkota KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Sayap penerjunan melambangkan identiti Pasukan Para dan moto rejimen AGI IDUP AGI NGELABAN tersergam teguh di sebelah bawah, sudut atas kiri tulisan angka roman VIII yang melambangkan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para).


 
1973 Sehingga 1987
 
2019 Sehingga Sekarang
 
1987 Sehingga 2019


Mahkota KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Letaknya di kemuncak lencana, melambangkan RRD tetap taat, setia dan jujur kepada KDYMM serta menggambarkan kesediaan berkhidmat dan berkorban untuk Raja dan Negara. Tulisan Allah di dalam mahkota memberi pengertian bahawa RRD patuh kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan RRD sentiasa mengharapkan limpah rahmat daripada Allah SWT serta berkat daulat Seri Paduka Baginda di dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab.


Keris Bersilang Duku Ilang.

Memberi makna kualiti perajurit RRD. Dua senjata melambangkan cantuman dua kualiti iaitu kehandalan dan kegagahan Pahlawan Melayu dan Sarawak yang menggabungkan dua Nusantara iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menjadi satu rumpun bangsa. Kedudukan Duku Ilang di atas Keris adalah pengiktirafan bahawa RRD pada awalnya berasal dari Pasukan Sarawak Rangers.


Kalung Bunga Padi.

Mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk melambangkan sikap perajurit serba handal, gagah, bersemangat dan hanya menunjukkan kepintaran dan kegagahan pada masa yang diperlukan.


Pelapik Hijau dan Merah.

Pelapik hijau dan merah melambangkan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para). Warna hijau bererti sedia untuk berjuang dan warna merah bersedia menghadapi sebarang cabaran.

Sayap Penerjunan.

Melambangkan sebuah pasukan payung terjun yang menggabungkan keberanian dan kepakaran serta mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi demi mempertahankan kedaulatan negara.


Lagu Pasukan dan Sejarah Penciptaannya sunting

Lagu pasukan yang diberi tajuk “Perajurit Para” bertujuan untuk menyuntik semangat cintakan  yang tinggi kepada semua warga pasukan. Lagu ini juga menggambarkan semua Pegawai dan anggota pasukan ini yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam perjuangan mempertahankan tanah air tercinta. Senikata lagu ini ditulis dan digubah oleh 1025061 Sjn Abdul Aziz bin Mohammad sewaktu pemerintahan Lt Kol John Derick @ Osman bin Ab Jalil, Pegawai Memerintah yang Ke-12 pada tahun 1995. Lagu pasukan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh warga pasukan semasa perbarisan jasmani pagi pasukan bagi mengukuhkanserta menguatkan lagi semangat perjuangan dan ikatan persaudaraan sesama anggota

Perajurit Para sunting

Kami Perajurit Para,

Sedia dan Taat Setia,

Berkorban Menyabung Nyawa,

Berkorban Untuk Negara,


Lapan Renjer Nama Diberi,

Hutan Rimba Kami Rentasi,

8 Para Itulah Kami,

Sedia Untuk Berbakti,


Sayap di Dada Sebagai Tanda,

Perajurit Para Megah dan Bergaya,

Sedia dan Taat Setia,

8 Renjer Para Tetap Terus Mara,


Semangat Para Tidak Akan Luntur,

Jasa Kami Akan Terus di Tabur,

Walaupun Jasad Terkubur,

Lapan Renjer Para Tetap Tidak Undur.

Ikrar Para, Visi, Misi dan Wawasan Pasukan sunting

Ikrar Para

Kami (Perajurit Para)

Dengan Menyebut Nama Tuhan Yang Maha Esa,

Berikrar,

Akan Berjuang Dengan Penuh Semangat Dan Keberanian Perajurit Para,

Dan Rela Berkorban Demi Mempertahankan Meruah Pasukan, Bangsa, Kesucian Agama Dan Kadaulatan Negara Malaysia,

Kami Rela,

Dikenakan Tindakan Tatatertib,

Sekiranya Kami Gagal Menjaga Nama Baik,

10 Briged (Para).


Misi

Menjadi Sebuah Battalion Aturgerak Cepat Yang Mampu Diaturgerakkan Dengan Pantas Melalui Darat, Laut Ataupun Udara. Melaksanakan Tugas Secara Bersendirian Atau Sebagai Sebahagian Daripada Angkatan Bersama Atau Gabungan Dalam Semua Aras Konflik Serta Mampu Membantu Pihak Berkuasa Awam Menjaga Keamanan Dalam Negara Dengan Cekap Dan Berkesan.


Visi

Menjadi Sebuah Batalion Infantri Para Yang Terbaik di 10 Bgd (Para).


Wawasan

Menyediakan Batalion Yang Mantap, Terlatih, dan

Sentiada Bersiapsiaga Tinggi Yang Mampu Diaturgerakkan Untuk

Melaksanakan Tugas dan Tanggungjawab Melalui Latihan

Bersistematik dan Berkerja


Identiti Rejimen Renjer DiRaja sunting



Pakaian kepala adalah salah satu pakaian tentera yang menentukan identiti seseorang anggota, beret telah menjadi komponen pakaian seragam kebanyakan angkatan tentera seluruh dunia sejak pertengahan abad ke-20. Warna beret menandakan bahagian ketenteraan yang dimiliki oleh individu; membawa lencana Perkhidmatan, Kor, Regimen atau pasukan; dan ketika dipakai dalam pertempuran, topi kepala yang digunakan dengan segera memberitahu para pejuang tentang siapa mereka menghadapi. Salah satu penggunaan baret tidak rasmi pertama oleh tentera Eropah adalah Blue Bonnet, yang pada mulanya merupakan topi biru yang lembut dengan mahkota tebal rata, ia memberikan nama samaran mereka kepada Blue Bonnet kepada Highlanders. Ia menjadi simbol de facto pasukan Scotland pada abad ke-16 dan ke-17.





Pelapik pada beret pula mengekalkan identiti anggota yang mewakili sesebuah pasukan diletakkan di bahagian hadapan beret mencerminkan imej pasukan yang sentiasa diletakkan di tempat yang tinggi dan bermaruah. Pelapik hijau dan merah melambangkan Batalion Kelapan Rejimen Renjer DiRaja (Para) iaitu warna hijau bererti sedia untuk berjuang dan warna merah bersedia menghadapi sebarang cabaran.




Hackle adalah sebahagian daripada pemakaian kepala kepada beret yang diperkenalkan oleh pihak Tentera British semasa penubuhan Askar Renjer Malaysia pada tahun 1963. Hackle ini melambangkan Rejimen Renjer DiRaja atau Askar Renjer Malaysia pada masa itu adalah sebuah pasukan infantri yang membezakannya daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja yang telah wujud lebih lama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa tersebut. Pemakaian hackle juga berkait rapat dengan identiti Sarawak Ranger yang telah diserapkan dalam rejimen ini. Pada awal penubuhannya hanya Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja yang memakai hackle ini yang mempunyai identiti yang tersendiri dan mengikut warna pasukan masing-masing. Bagaimanapun, selepas penyerahan dari kerajaan British kepada Malaysia pada 04 Oktober 1975, Jawatankuasa Rejimen Renjer DiRaja telah mencadangkan penyeragaman kepada pemakaian hackle ini khusus untuk semua batalion Rejimen Renjer DiRaja sahaja dan usul ini telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera. Bermula pada detik itu, warna Rejimen Renjer DiRaja adalah ‘rifle Green’ bagaimanapun warna hitam digunakan menyeluruh sebagai warna identiti Rejimen Renjer Diraja di mana warna ini telah digunakan dalam alat-alat pakaian seperti lencana pangkat, lencana bahu, lencana kolar, butang baju dan lain-lain. Bagi mengekalkan identiti Rejimen, Jawatankuasa Pakaian Angkatan Tentera telah meluluskan pemakaian ‘hackle’, lencana kolar dan butang baju berwarna hitam. Justeru itu, Rejimen Renjer Diraja adalah merupakan satu-satunya Rejimen Tentera Darat yang telah diberi penghormatan untuk memakai “hackle hitam” secara rasminya telah diterima sebagai salah satu pemakaian bagi Rejimen Renjer DiRaja dan dimasukkan ke dalam Skala Pemakaian Tentera Darat.

Identiti 10 Bgd (Para) sunting

Bagi maksud persamaan dengan pasukan-pasukan payung terjun tentera antarabangsa, 10 Briged (Para) telah dianugerahkan dengan beret berwarna merun. Pemakaiannya dilancarkan secara rasmi oleh YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad pada 10 Okt 1994 di Pulau Langkawi. Beret ini hanya dipakai oleh semua warga yang berkhidmat di dalam 10 Briged (Para) tanpa mengira Kor/Unit. Ianya melambangkan perpaduan dan semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi di kalangan warga 10 Briged (Para).




Sayap berlapik kain merun ini, hanya dipakai oleh anggota-anggota yang telah lulus Kursus Asas Payung Terjun dan berkhidmat di dalam 10 Briged (Para) kedudukan lencana tersebut adalah dibahagian atas kiri kocek pakaian seragam Angkatan Tentera. Ianya juga dipakai oleh mereka yang keluar dari 10 Briged (Para) sebagai satu tanda pengenalan bahawa mereka adalah “Bekas - 10 Briged (Para)”.




Lencana sayap berkeris berlapik kulit berbentuk baji berwarna hitam ini dilekatkan di beret merun yang dipakai oleh semua peringkat anggota yang berkhidmat di dalam 10 Briged (Para). Ianya diperbuat daripada logam campuran dan berukuran 6 cm panjang dan 2.8 cm lebar. Kedudukan lencana tersebut adalah disebelah kiri bahagian kepala dan hujung kanan selari dengan hujung kiri mata sebelah kiri.












Lambang ini dipasang di bahu kanan pada pakaian seragam tentera. Ia melambangkan bahawa anggota tersebut telah lulus Kursus Asas Payung Terjun  dan boleh diaturgerakkan melalui udara.







Lambang ini dipasang di bahu kiri pada pakaian seragam tentera. Ia melambangkan bahawa 10 Briged (Para) adalah sebuah Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM).



Sejarah Paracut sunting

PARACUT telah dicipta hampir 500 tahun yang lalu, fungsi kegunaan paracut pada masa itu adalah sangat terkenal dan berbeza dari paracut yang terdapat masa kini. Teknologi paracut berkembang pesat di mana industri pembuatannya lebih maju dan berbagai rekaan dan kegunaan telah dicipta dari semasa ke semasa. Paracut berasal dari hasil cantuman dua bahasa yang berlainan. Bahasa Itali iaitu “PARARE” yang bermaksud pelindung (to sheild) kemudian dari bahasa Perancis “CHUTE” yang bermaksud jatuh (to fall). Maka terbitlah perkataan menyeluruh iaitu “PARACHUTE”. Rekod ciptaan payung terjun yang pertama ialah dalam tahun 1945. Rekod ciptaan ini oleh seorang bangsa Itali bernama Leonado Da Vinci. Penciptaan ini menerangkan kiraannya seorang terjun dari tempat tinggi dengan menggunakan kain linen selebar 18 kaki dan 18 kaki panjang, ianya boleh turun dengan tidak membahayakan dirinya. Lain-lain sejarah yang berkaitan adalah seperti berikut:


a. Tahun 1793 - Jean Francis Peltrated Rozier terjun dengan paracut rekaannya dari belon udara panas (hot air balloon) dengan selamat.

b. Tahun 1793 - Andrew J Ganerin adalah orang pertama yang terjun paracut dari ketinggian 2000 kaki.

c. Tahun 1802 - Andrew J Ganerin telah terjun dari jarak 8000 kaki dan mendarat dengan selamat.

d. Tahun 1805 - Orang yang pertama terjun dari belonnya yang terbakar ialah Jodaki Kaparacate berbangsa Polish.

e. Tahun 1912 - Kapt Albert Berry telah terjun dari kapal terbang yang pertama di St Louis dengan menggunakan harness berukuran 10.976m.

f. Tahun 1917 - Grant Marton telah terjun dari pesawat Wright bertempat di Divenci Beach, California.

g. Tahun 1922 - Lesile Irvin telah terjun dari pesawat bersama paracut yang kanopi berukuran 8.5m yang mempunyai 40 petak vent diperbuat

    dari sutera.

h. Tahun 1925 - Kapt Thomas Badwin dari Tentera Amerika memperkenalkan paracut sutera yang mudah lipat dan mendapat kepujian kerana

    mencipta “harness assembly”.

i. Tahun 1928 - Brig Jen Williams Michell telah menerjunkan 6 orang bersama senjata.

j. Tahun 1936 - Satu operasi besar yang menggugurkan 5,000 orang penerjun di Kiev, Russia.

k. Tahun 1939 - 1945, Rekaan paracut yang cukup kemas dibuat oleh Jerman dan British semasa Perang Dunia Kedua.

Kelayakan Dan Peralatan Para sunting

SAYAP JURULATIH PAYUNG TERJUN





Lulus Kursus Jurulatih Payung Terjun (4 bulan) Lulus melatih 3 siri kursus.



SAYAP KETUA PENERJUNAN






Lulus Kursus Ketua Penerjunan (6 minggu) 21 x penerjunan (18 dengan peralatan).



SAYAP TERJUN BEBAS



Lulus Kursus Payung Terjun Bebas (6 minggu).

Minimum 18 x penerjunan (4 dengan peralatan).

Maximum 21 x penerjunan (4 dengan peralatan).


SAYAP BINTANG REMAJA






Lulus 50 x penerjunan statik.



SAYAP PELIPAT PAYUNG



Lulus Asas Payung Terjun.

Lulus Asas Rigger (4 bulan).

2 x penerjunan dengan payung lipatan sendiri.


SAYAP ASAS PAYUNG TERJUN



Lulus Kursus Asas Payung Terjun (1 bulan).

Minimum 6 x penerjunan (2 dengan peralatan).

Maximum 8 x penerjunan (2 dengan peralatan).



SAYAP PANDU ARAH








Lulus Kursus Asas Payung Terjun (1 bulan).

Lulus Kursus Asas Pandu Arah (6 minggu).








Peralatan Penerjunan Statik sunting

PAPARAN HADAPAN
















PAPARAN BELAKANG  














PAPARAN SISI






























































Peralatan Penerjunan Bebas

PAPARAN HADAPAN














PAPARAN BELAKANG













PAPARAN SISI












































Emblem Pasukan sunting



 
EMBLEM 8 RRD (PARA)

Logo Kompeni sunting

Pada tahun 2019, Lt Kol Zulkifli bin Raub, Pegawai Memerintah Ke-24 telah merasmikan lambang kompeni yang baru bagi setiap kompeni di bawah naungan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para). Setiap lambang kompeni mempunyai elemen kepakaran dan cogan kata kompeni masing-masing. Lambang kompeni ini diwujudkan adalah untuk menggantikan konsep DZ Flash berwarna yang digunakan sebagai penandaan sesuatu kumpulan penerjun selepas diterjunkan daripada pesawat.

 


Cenderahati Pasukan sunting

 



8 Para Challenge Coin sunting

 
 


Lokasi Penting sunting

Wisma Perwira 8 RRD (Para) sunting



Wisma Perwira 8 RRD (Wisma Perwira 8 Renjer telah ditubuhkan pada Mac 1973 di Kem Wellington, TerendakMelaka serentak dengan latihan Rekrut Batalion Ke-8 Rejimen Renjer. Pada ketika itu, Wisma Perwira berada dalam keadaan serba kekurangan, sungguhpun demikian Wisma Perwira telah ditadbirkan dengan baik dan tambahan keanggotaan yang ramai pada masa itu telah memberi dorongan yang menggalakkan. Jentera pentadbiran Wisma Perwira mulai berjalan dengan lebih baik sungguhpun usia yang masih begitu muda. Sumbangan dari semua Pegawai dan orang awam menambahkan lagi harta milik Wisma Perwira terutama semasa pasukan ini berada di Kem Semanggo, Kuching. Majlis-majlis seperti Makan Malam Rejimental, Ladies Night dan majlis keramaian sering kali diadakan di samping itu segala jenis adat istiadat wisma telah mula diperbaharui dari masa ke semasa. Semasa pasukan ini bertugas di Kem Suvla Line, Ipoh, Perak pada tahun 1977 hingga 1980, kedudukan kewangan serta harta-harta wisma sungguh menggalakkan kerana ahli-ahli wisma telah menderma sebulan Elaun Malaysia Timur (EMT) kepada wisma bagi menambahkan lagi keselesaan untuk ahliahli dan pengunjung-pengunjung wisma. Pada Jun 1980, Wisma Perwira 8 Renjer telah dijadikan Wisma Perwira Kor Renjer dan DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail selaku Kolonel Yang Di-Pertua Kor Renjer telah memperkenankan bilik rehat Wisma Perwira dinamakan Indera Kayangan sempena nama Istana Tuanku Raja Perlis dan dengan ini Wisma 8 Renjer dikenali sebagai Wisma Perwira Indera Kayangan. Pada Dis 1980, Wisma Perwira Indera Kayangan telah berpindah ke Kem Oya, Sibu, Sarawak. Jentera pentadbiran wisma terus memainkan peranannya dari masa ke semasa untuk kemudahan semua Pegawai yang bertugas di Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja. Kini, Wisma Perwira Indera Kayangan bertempat di Kem Terendak, Melaka. Tugu Wisma Perwira 8 RRD (Para) dibina pada tanggal 29 Jan 2020 yang telah diilhamkan oleh Pegawai Memerintah Ke-24. Ahli Seumur Hidup adalah status yang diberikan khas kepada Mantan Pegawai Memerintah 8 RRD (Para) sebagai tanda penghargaan atas jasa dan perjuangan mereka dalam menjaga nama baik, memelihara prestasi serta kecemerlangan batalion ini sejak ia ditubuhkan. Buku undang-undang Wisma Perwira direka sebagai panduan kepada setiap ahli Wisma Perwira Indera Kayangan dan telah dikemaskini pada 1 Mac 2020.





Wisma ini telah ditadbir berdasarkan peraturan-peraturan Undang-Undang Wisma Perwira yang telah dikemaskini pada tahun 2020. Sejak penubuhan, wisma ini telah ditadbirkan oleh 49 Yang Di-Pertua dan senarai nama adalah seperti berikut:

BIL NAMA TEMPOH
1. Kapt Zamrah bin Yusoff 09 Sep 73 – 27 Nov 74
2. Mej Jelani bin Asmawi 27 Nov 74 – 25 Jan 75
3. Mej Aros bin Othman 25 Jan 75 – 19 Jan 76
4. Mej Luckman bin Hashim 19 Jan 76 – 10 Jul 76
5. Mej Mansor bin Harun 10 Jul 76 – 01 Feb 77
6. Mej Azzam Bin Haniff 01 Feb 77 – 19 Ogos 77
7. Mej Tan Chwee Gin 19 Ogos 77 – 07 Mei 79
8. Mej Kartar Singh 07 Mei 79 – 18 Dis 79
9. Mej Ng Yoon Pun 18 Dis 79 – 01 Jan 81
10. Kapt Shamsuddin bin Hj Kudus 01 Jan 81 – 29 Dis 81
11. Mej Che Rose bin Mohd Zain 29 Dis 81 – 26 Dis 83
12. Mej Tea Boon Kai 26 Dis 83 – 05 Jan 85
13. Mej Shakri bin Mohamed 05 Jan 85 – 01 Jul 85
14. Mej Zulkifli bin Wahab 01 Jul 85 – 01 Jul 86
15. Mej Osman bin Chat 01 Jul 86 – 27 Jan 87
16. Mej Omar Hamzah bin Zahari 27 Jan 87 – 09 Jul 88
17. Mej Ranjit Singh Ramday 09 Jul 88 – 19 Jan 90
18. Mej Sangaran a/l Muthappan 19 Jan 90 – 12 Jan 91
19. Mej Willie S K Teo 12 Jan 91 – 30 Sep 91
20. Mej Ishak bin Mohd Isa 30 Sep 91 – 25 Okt 92
21. Mej Ravindran a/l Karupiah 25 Okt 92 – 01 Jun 93
22. Mej Ramli bin Ibrahim 01 Jun 93 – 01 Feb 94
23. Mej Zaidee bin Abdullah 01 Feb 94 – 20 Jan 95
24. Mej Malek bin Abdullah 21 Jan 95 – 15 Ogos 95
25. Mej Ranjit Singh Ramday 16 Ogos 95 – 15 Ogos 96
26. Mej Ishak bin Shamsudin 16 Ogos 96 – 20 Sep 97
27. Mej Khalid Sah bin Hamzah 21 Sep 97 – 30 Mac 98
28. Mej Jamaludin bin Yaakob 01 April 98 – 30 Dis 99
29. Mej Adzmurin bin Mat Khalib 01 Jan 00 – 16 Jan 00
30. Kapt Abu Bakar bin Kamarozaman 17 Jan 00 – 09 Dis 00
31. Mej Adzmurin bin Mat Khalib 09 Dis 00 – 09 Jan 02
32. Mej Rosli bin Hj. Bahrun 10 Jan 02 – 14 Mei 03
33. Mej Norulhisyam bin Md Shuib 15 Mei 03 – 13 Feb 04
34. Mej M. Hajazi bin Kamis 14 Feb 04 – 20 Jun 05
35. Mej Earl Macaine Stevenson 21 Jun 05 – 15 Jan 06
36. Mej Faridul Anwar bin Amran 16 Jan 06 – 01 Jan 07
37. Mej Samzie ak Gusang 02 Jan 07 – 18 Sep 07
38. Mej Zulkifli bin Raub 19 Sep 07 – 14 Mac 09
39. Mej Akasah bin Mastar 15 Mac 09 – 02 Dis 09
40. Mej Zahari Affendy bin Mat Nor 03 Dis 09 – 02 Sep 10
41. Mej Elnizam bin Elias 03 Sep 10 – 10 Jan 12
42. Mej Mohd Nizar Bin Hj. Yusof 11 Jan 12 – 08 Dis 12
43. Mej Larry Mike ak Joshua 09 Dis 12 – 10 Ogos 14
44. Mej Gawreason a/l Vengadalson 11 Ogos 14 – 27 Jul 15
45. Mej Peter Dunggi 28 Jul 15 – 04 Jan 16
46. Mej Kamarularifin bin Kamarulzaman 05 Jan 16 – 15 Feb 16
47. Mej Zuljamal Muhaimin Hakim bin Shamsudin 16 Feb 16 – 11 Jan 19
48. Mej Mohd Nazim bin Sazali 12 Jan 19 - 17 Dis 19
49. Mej Afzaridi bin Muhammad 18 Dis 19 - 20 Jul 20
50. Mej Muhammad Saufi bin Hasan 21 Jul 20 - 06 Jan 21
51. Mej Dennis Liew Jia Yi 06 Jan 21 - Sekarang


 
D'Pioneer Wisma Perwira


 
Rendezvous Point Wisma Perwira


 
Dining Hall Wisma Perwira


 
Antee Room Wisma Perwira


Wisma Bintara 8 RRD (Para) sunting

Selaras dengan penubuhan Wisma Perwira 8 RRD (Para), Wisma Bintara telah ditubuhkan sebagai tempat istirahat dan bersosial selepas waktu bekerja. Budaya di dalam wisma ini sama seperti Wisma Perwira dan aktiviti rejimental seperti Majlis Makan Malam Rejimental dan Hari Pengajian serta aktiviti rejimental lain masih lagi diteruskan. Ahli Wisma ini terdiri daripada PTT Kanan yang berpangkat Sjn keatas dan wisma ini telah ditadbir oleh 47 Yang Di-Pertua.



Kelab Petanda dan Kelab Para 8 RRD (Para) sunting

Selain daripada Wisma Perwira dan Wisma Bintara, terdapat dua kelab yang telah ditubuhkan bagi anggota berpangkat Kpl dan ke bawah iaitu Kelab Petanda dan Kelab Para yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Medan Para. Kelab Petanda atau lebih dikenali sebagai “Corporal’s Club” terletak bersebelahan dengan Kelab Para. Ahli kelab ini terdiri daripada anggota berpangkat Kpl dan LKpl. Pada 9 Mac 1996, Lt Kol John Derick @ Osman bin Ab Jalil telah merasmikan Kelab Para yang ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan sebuah fasilitas bagi anggota Lain Lain Pangkat (LLP) berpangkat Rjr/Pbt untuk beristirahat dan bersosial di luar waktu bekerja agar semangat kesatuan di antara satu sama lain dapat dipupuk bagi mengukuhkan hubungan di antara anggota 8 RRD (Para). Kelab ini juga dilengkapi dengan fasilitas seperti televisyen, sofa, ruangan membaca, ruang makan, serta kemudahan rekreasi seperti karaoke dan peralatan indoor games. Sehingga kini, Cpl Club dan Rgr Club bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti kesatuan atau sukan yang dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain.






Permata Para / Black Diamond sunting

Pada 20 Jul 1996, Lt Kol John Derick @ Osman bin Ab Jalil iaitu Pegawai Memerintah Ke-12 telah merasmikan Tugu Permata Para atau lebih dikenali sebagai Black Diamond dan tugu ini berdiri megah di sebelah Dataran Kenyalang Para. Tugu ini memberi makna yang signifikan menjurus kepada penubuhan pasukan sebagai satu-satunya batalion di dalam Kor Renjer yang membawa taraf Batalion Infantri Para.

 
Tugu Black Diamond


Dataran Kenyalang Para sunting

Dataran Kenyalang Para telah dirasmikan pada 1 Mac 2020 bersempena dengan HUT Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) yang Ke-47. Dataran ini diilhamkan oleh Pegawai Memerintah Ke-24 bagi tujuan memperingati sejarah penubuhan awal pasukan kepada generasi baru. Ia juga akan digunakan sebagai tempat perbarisan bagi menyambut HUT Pasukan dan memperingati peristiwa pertempuran, jasa dan pengorbanan warga terdahulu dalam memartabatkan serta menjadikan batalion ini terbaik dan sentiasa cemerlang. Di setiap bendera kompeni, terdapat bintang yang melambangkan jumlah musuh yang telah dibunuh semasa melaksanakan operasi. Penceritaan pertempuran tersebut tercatat di tugu setiap kompeni yang terlibat. Selain itu, sejarah penubuhan batalion ini dan sejarah pengasas transformasi Batalion Infantri Biasa kepada Batalion Infantri Para juga dicatat di tugu ini.

 
Dataran Kenyalang Para


Wellington Line dan Nama Jalan di Pasukan sunting

Bagi mengekalkan kenangan dan tradisi yang ditinggalkan oleh 1st Battalion of Royal New Zealand Infantry Regiment (1RNZIR), Bataltion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) telah mengekalkan nama jalan yang terdapat di dalam kawasan kem. Antara nama-nama jalan tersebut adalah Taranaki Rd, Waitangi Rd, dan Auckland Rd. Kesemua jalan ini dihubungkan dengan jalan utama yang dinamakan Wellington Line.

 
Taranaki Rd


 
Waitangi Rd


 
Auckland Rd


 
Wellington Line


Tugu Pengasas 8 RRD (Para) sunting

Tugu Pengasas 8 RRD (Para) ditubuhkan bagi memperingati Pegawai dan anggota terawal yang mentadbir sewaktu memegang status Batalion Payung Terjun pada tahun 1987. Tugu bersejarah ini mencatat suatu detik yang penting semasa perubahan pasukan ini daripada Batalion Infantri Biasa kepada Batalion Infantri Para. Tugu ini telah dirasmikan pada 24 Jul 1990 oleh Brig Jen Dato’ Mohd Ariff bin Ali, Panglima Briged Infantri Pertama Malaysia pada ketika itu. Carta Organisasi Pengasas Batalion Ke-8 RRD (Para) yang terpahat megah pada tugu ini mempamerkan pucuk kepimpinan pasukan yang diterajui oleh Lt Kol Muhamad Afifi bin Hj Kasim, Pegawai Memerintah Ke-9.

 
Tugu Pengasas 8 RRD (Para)


 
Plat Perasmian Tugu Pengasas 8 RRD (Para)



Hornbill Operation Centre (HOC) dan Dewan Kanang sunting

Pada 17 Sep 2013, Lt Kol Norulhisyam bin Md Shuib, Pegawai Memerintah Ke-21 telah merasmikan Bilik Gerakan Pasukan atau lebih dikenali sebagai Hornbill Operation Centre (HOC) bagi tujuan Pengendalian Operasi, Penyampaian Perintah, Pengendalian Aktiviti Gerakan dan Perisikan serta Rancangan Kontijensi (RANKON) Pasukan. HOC juga digunakan sebagai bilik mesyuarat di mana para Pegawai dan anggota daripada pasukan serta Briged bersidang bagi membincangkan perihal berkaitan operasi, latihan dan pentadbiran.

 
Hornbill Operation Centre (HOC)


 
Dewan Kanang


Dewan ini telah dinamakan Dewan Kanang bersempena nama perwira pasukan, mendiang PW I Kanang ak Langkau. Dewan ini digunakan sebagai tempat penyampaian Perintah Operasi dan Latihan pasukan. Selain itu juga, ia digunakan sebagai tempat pengajian bagi anggota yang sedang berkursus di 8 RRD (Para) dan tempat Hari Pengajian bagi PTT Rendah. Dewan ini boleh memuatkan seramai 100-150 orang pada satusatu masa. Lokasi dewan ini terletak bersebelahan dengan Bangunan HOC.



Bangunan Gerakan Udara sunting

Pada 9 Dis 1991, Mej Jen Dato’ Abdul Ghani bin Abdullah, Panglima 11 Divisyen (Strategik) telah merasmikan Bangunan Gerakan Udara yang bertujuan untuk pengendalian dan pentadbiran bahagian operasi dan latihan yang melibatkan aktiviti penerjunan pasukan.

 
Plat Perasmian Bangunan Gerakan Udara 8 RRD (Para)


 
Perasmian Bangunan Gerakan Udara Oleh Panglimas 11 Div (Strategik)


Surau Al-Amin sunting

Surau Al-Amin telah diasaskan pada 1 Nov 1984 oleh Lt Kol Pak Wan Chek bin Hashim, Pegawai Memerintah Ke-8. Tapak asal bangunan ini merupakan Pejabat Pos bagi Tentera New Zealand ketika bertapak di Kem Wellington, Melaka. Surau 8 RRD (Para) kemudian diberi nama Al-Ghafirin pada 5 Sept 2006 yg membawa maksud “Orang-orang yang memohon keampunan”. Idea pemberian nama surau ini telah diberi oleh Lt Kol Khalid Sah bin Hamzah iaitu Pegawai Memerintah Ke-17. Pada 16 Jul 2015, Pegawai Memerintah Ke-22 iaitu Lt Kol Akasah bin Mastar telah menukar nama surau kepada Surau Al-Amin yg membawa maksud “Sifat kejujuran dan amanah”. Pada 24 Mei 2019 iaitu bersamaan dengan 19 Ramadan 1440H, Surau Al-Amin telah didaftarkan di Majlis Agama Islam Melaka. Idea ini telah dilhamkan oleh Lt Kol Zulkifli bin Raub, Pegawai Memerintah Ke-24 agar nama surau ini kekal. Lanjutan daripada itu, Akaun Bank Surau Al-Amin juga telah didaftarkan pada 31 Ogos 2019 dengan sumbangan sebanyak RM 5000 daripada Yayasan Taqwa iaitu badan bukan kerajaan milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada Pegawai dan anggota pasukan yang beragama Islam.

 
Surau Al-Amin 8 RRD (Para)


 
Ruang solat Surau Al-Amin 8 RRD (Para)


Dewan Siti Hajar sunting

Pada 2 Dis 2007, Dewan Makan 8 RRD (Para) telah dinamakan sebagai Dewan Siti Hajar bagi memperingati Allahyarhamah 5005448 Rjr Siti Hajar binti Yaakub yang telah terkorban semasa latihan penerjunan bagi upacara perasmian Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007). Rjr Siti Hajar juga merupakan salah seorang anggota pranita/parawin yang telah berkhidmat di Batalion Infantri pada 30 Dis 2005 sehingga 22 Ogos 2008. Bagi tujuan perekodan, 8 RRD (Para) pernah dianggotai oleh 10 pranita infantri mulai 30 Dis 05 sehingga 22 Ogos 08. Projek ini merupakan satu uji nilai yang dilaksanakan oleh Tentera Darat bagi menguji keberkesanan penglibatan pranita di dalam Pasukan Infantri.

 
Plat senarai nama pranita yang pernah mengangotai 8 RRD (Para)
 
Gambar Alayarhamah Rjr Hajar dan Nurul Wahid.


 
Dewan Makan Siti Hajar 8 RRD (Para)



Litar Mencakar sunting

Pada 14 Jan 1991, Litar Mencakar 8 RRD (Para) telah dirasmikan oleh Mej Jen Abdul Ghani bin Abdullah, Panglima 11 Divisyen (Strategik). Jarak litar ini sejauh 2.8km bermula daripada Wisma Perwira 8 RRD (Para) dan berakhir di gelanggang bola keranjang pasukan. Laluan trek ini merangkumi kawasan bukit-bukau dan laluan hutan serta jalan berturap yang mempunyai kecerunan yang tidak sekata bagi menguji ketahanan mental dan fizikal anggota. Trek ini seringkali digunakan sewaktu latihan jasmani pagi pada hari Jumaat, berpakaian baju merun pasukan dan seluar loreng digital serta kasut sukan.

 
 

Perkampungan Ikhtiar Hidup (Survival Village) sunting

Perkampungan Ikhtiar Hidup ini telah dibina pada awal Feb 1994 dan telah diilhamkan oleh Lt Kol Awie bin Suboh, Pegawai Memerintah Ke-11. Seramai 15 anggota pasukan ini telah terlibat dalam projek pembinaan perkampungan ini. Kawasan ini mempunyai keluasan 200 meter keliling dengan keadaan asalnya. Semasa pemerintahan Pegawai Memerintah Ke-12, Lt Kol John Derick @ Osman bin Ab Jalil telah menaik taraf fasilitas serta kemudahan Perkampungan Ikhtiar Hidup dengan bantuan anggota Platun Rintis Serang. Kini, Perkampungan Ikhtiar Hidup ini ditadbirkan oleh anggota pasukan ini sendiri yang terlatih dan mahir khususnya dalam aspek ikhtiar hidup. Perkampungan Ikhtiar Hidup ini didirikan untuk melatih serta memberi pendedahan khususnya kepada anggota baru mengenai kepentingan segala aspek berkenaan ikhtiar hidup seterusnya pengetahuan tersebut dapat dipraktikkan ketika dalam kecemasan ataupun ketika perlu. Selain itu, objektif perkampungan ini ditubuhkan adalah bagi menentukan segala kemahiran dan pengalaman daripada mereka yang pakar dapat diperturunkan kepada generasi baru agar ia tidak hilang atau luput oleh peredaran zaman dan melengkapkan anggota pasukan ini sebagai anggota yang terlatih dari segala aspek selaras dengan tugas dan peranan yang dimainkan. Perkampungan ini juga terbahagi kepada beberapa kawasan seperti kawasan tanaman herba, kawasan demonstrasi, kawasan jerat serta sebuah dewan terbuka bagi penyampaian taklimat kepada pengunjung yang hadir. Kawasan tanaman herba kampung ini dilengkapi dengan pelbagai jenis herba, lebih kurang 25 jenis herba yang berbeza dengan pelbagai kebaikan tersendiri. Kawasan demonstrasi perkampungan ini adalah kawasan tanah lapang yang menempatkan pelbagai jenis pondok dan penempatan sementara yang dibina menggunakan hidupan semulajadi. Seterusnya, kawasan jerat dan perangkap pula dilengkapi dengan pelbagai jenis jerat dan perangkap yang boleh digunakan jika keadaan memerlukan. Sehingga kini, Perkampungan Ikhtiar Hidup ini seringkali menjadi perhatian apabila pasukan menerima lawatan daripada delegasi dari dalam dan luar negara. Aktiviti-aktiviti seperti ikhtiar hidup dan kem jati diri dilaksanakan di perkampungan ini dan telah mendapat banyak pandangan dan maklumbalas yang positif serta membangun bagi kemajuan dan penambahbaikan Perkampungan Ikhtiar Hidup ini

 
Dewan Taklimat Perkampungan Ikhtiar Hidup 8 RRD (Para)


 
Pintu Gerbang Perkampungan Ikhtiar Hidup 8 RRD (Para)


 
Plag "The Pioneer"


Dataran Parawood sunting

Pada tahun 2004, Dataran Parawood yang terletak di dalam Kem 8 RRD (Para) telah dirasmikan oleh Brig Jen Mazelan bin Kasap, Panglima 10 Briged (Para) pada ketika itu. Berkeluasan 36,000m2, dataran ini dilengkapi dengan pelbagai fasilitas seperti Menara Serbaguna, Tempat Latihan Penerjunan Statik, dan sebuah dataran yang digunakan sebagai tempat demonstrasi kepada pelbagai aktiviti lawatan. Dataran ini juga telah didaftarkan sebagai satu zon gugur bagi Penerjunan Bebas (Free Fall) untuk tujuan latihan dan demonstrasi. Dataran ini juga merupakan satu kebanggaan kepada warga pasukan khasnya dan warga 10 Briged (Para) amnya kerana ianya merupakan satu-satunya tempat yang digunakan bagi tujuan demonstrasi lawatan-lawatan kenamaan daripada luar dan dalam negara, mempamerkan kebolehan dan kemampuan tempur warga 10 Briged (Para). Di dataran ini terdapat sebuah bukit yang diberi nama “Bukit Parawood”. Dataran yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai fasilitas ini seperti Menara Serbaguna yang telah dibina sewaktu pemerintahan Pegawai Memerintah Ke-11 iaitu Lt Kol Awie bin Suboh sesuai bagi melaksanakan pelbagai latihan seperti Abseilling, Rappelling, Fast Roping dan Flying Fox. Dataran ini juga digunakan untuk latihan seperti Kawat Tempur Platun, Menduduki Pertahanan bagi latihan CW, pendaratan bagi Penerjunan Bebas, Pendaratan Udara menggunakan helikopter (Hoover Jump), Latihan Renang Tempur dan lain-lain lagi.

 


 
 


 


 




Zon Gugur (ZG) Syed Sirajuddin sunting

ZG Sirajuddin atau lebih dikenali sebagai Drop Zone (DZ) Sirajuddin yang terletak di Dataran Parawood dinamakan sempena KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Kolonel YDP RRD. Kewujudan ZG Sirajuddin diilhamkan oleh Lt Kol Shaari bin Baba, Pegawai Memerintah Ke-12 bertujuan bagi pertunjukan demonstrasi latihan Para dan Penerjunan Bebas sempena HUT RRD Ke-30 di 8 RRD (Para) pada 18 Okt 2003. Seramai 9 penerjun bebas yang merupakan kumpulan pertama telah selamat mendarat di zon gugur ini semasa pertunjukan latihan Para tersebut. Pada Apr 2009, dengan kerjasama 8 RRD (Para) dan 10 Skn RAJD (Para) kerja-kerja penebangan pokok telah dijalankan bagi meluaskan kawasan ZG Sirajuddin, menggunakan jentera-jentera berat dan seterusnya penanaman rumput serta penaburan baja bagi menghijaukan kawasan di sekeliling zon gugur tersebut. Kini, ZG Sirajuddin seringkali menjadi tumpuan utama bagi aktiviti serta latihan dan demonstrasi keupayaan tempur 10 Briged (Para).

 
ZG Syed Sirajuddin


 


Operasi sunting


Operasi Yang Dilaksanakan Oleh Pasukan sunting

Sejak ditubuhkan, pelbagai operasi yang telah dilaksanakan oleh pasukan. Berikut merupakan senarai operasi yang pernah dan masih dilaksanakan sehingga kini:

BIL NAMA OPERASI KAWASAN TANGGUNGJAWAB PENGLIBATAN
1. Monsoon Buso, Bau, Sarawak Batalion
2. Tunis Senibong, Sarawak Batalion
3. Parang Bau & Lundu, Sarawak Batalion
4. JTA Sempadi, Sarawak Batalion
5. Keris Batu Kitang, Matang, Sempadi & Kuap, Sarawak Batalion
6. Jarum Balai Ringin, Sarawak Batalion
7. Paku Nonok, Sarawak Batalion
8. Tinyak Roban, Sarawak Batalion
9. Tombak Roban, Sarawak Batalion
10. Musnah Roban, Sarawak Batalion
11. Bunny Matang, Sarawak Batalion
12. Hentam Setia Tanah Hitam, Perak Batalion
13. Empat-Empat Tanah Hitam, Perak Batalion
14. Jala Perak Saiong, Perak Batalion
15. Jala Mas Alpha Saiong, Perak Batalion
16. Jala Mas Bravo Jalong, Perak Batalion
17. Para Bela Chenor, Pahang Batalion
18. Cahaya Bena Selatan Thailand Batalion
19. Setia Tanah Hitam, Slim River, Korbu, Ulu Ringat,

Ayer Kala, Tapah, Perak, Pulai,

Johor & Cameron Highland, Pahang

Batalion
20. Jala Mas Charlie Tanah Hitam, Perak Batalion
21. Temiar Perak Batalion
22. Asli Slim River, Perak Batalion
23. Jelapang Gopeng, Perak Batalion
24. Tanduk Gopeng, Perak Batalion
25. Jala Mas Jalong, Perak Batalion
26. KOTA Foxtrot Gerik, Perak Batalion
27. KOTA Foxtrot Gerik, Perak Batalion
28. Selamat Sawadee Selatan Thailand Batalion
29. Setia 26 Alpha Genting Highland, Pahang Batalion
30. Setia Alpha 1 Sungai Raya Batalion
31. Bintang Hijau Bukit Basah Batalion
32. KOTA Echo Kroh, Perak Batalion
33. Setia 1/80 Chemor/Tanah Hitam, Perak Batalion
34. Setia 2/80 Genting Highland, Pahang Batalion
35. Setia 3/80 Gopeng, Perak Batalion
36. Setia 5/80 Gerik, Perak Batalion
37. Setia 7/80 Sungai Siput/Jalong, Perak Batalion
38. Setia 10/80 Korbu/Sungai Siput, Perak Batalion
39. Kenyalang Hulu Engkabang, Sarawak Batalion
40. Selangau Selangau, Sarawak Batalion
41. Ngayan Kenyalang Mukah & Dalat, Sarawak Batalion
42. Tahun Baru Cina Bukit Tinggi, Sebintik & Kanowit, Sarawak Batalion
43. Pelagus Pelagus, Sarawak Batalion
44. Garu Ulu Oya, Sebintik, Ulu Balingian & Oya, Sibu, Sarawak Batalion
45. Gawai Madang P. Madang, Sarawak Batalion
46. Gawai Ulu Sungai Anap, Sarawak Batalion
47. Sungai Ayam Ulu Balingian, Sarawak Batalion
48. Khas Sibu & Bintulu, Sarawak Batalion
49. Sungai Anap Sungai Anap, Sarawak Batalion
50. Kemudi Ngeranau & Ulu Katibas, Sarawak Batalion
51. Ngayau Kenyalang Ngeranau & Ulu Katibas, Sarawak Batalion
52. Pilihan Raya Sungai Arau, Sarawak Batalion
53. Ngayau Langkau Ngeranau & Katibas, Sarawak Batalion
54. Ulu Sungai Anap Ulu Sungai Anap, Sarawak Batalion
55. Mukah Sebintik, Sarawak Batalion
56. Garu 2/82 Sebintik, Sarawak Batalion
57. Ngayau Seberang Nibong, Sarawak Batalion
58. Khas Sebintik Sebintik & Komplek, Sarawak Batalion
59. Ngayau Sebintik Sebintik, Sarawak Kompeni
60. Khas Ngayau Seberang Nibong, Sarawak Kompeni
61. Garu 3/82 Oya, Sarawak Kompeni
62. Song/Khas Song, Sarawak Kompeni
63. Ulu Bawan Kanowit, Sarawak Batalion
64. Khas Sungai Jih Sungai Jih, Sarawak Batalion
65. Garu 4/82 Oya, Sarawak Batalion
66. Khas Lukut Kanowit, Sarawak Batalion
67. Jala Aman Sungai Salim, Ulu Mukah, Song, Kanowit & Selangau, Sarawak Batalion
68. Agi Idup Agi Ngelaban Bukit Ulat Bulu, Sarawak Batalion
69. Sengat Cuba Sibu, Sarawak Batalion
70. Jala Aman Tahap 1 Ulu Mukah & Ulu Belingian, Sarawak Batalion
71. Jala Aman Tahap 2 Nibong & Durin, Sarawak Batalion
72. Jala Aman Tahap 3 Rongan & Durin, Sarawak Batalion
73. Idaman Stapang, Sarawak Batalion
74. Jaga Sibu & Oya, Sarawak Batalion
75. KOTA Echo/Foxtrot Gerik & Temenggor, Perak Batalion
76. Indera 4/85 Kem Puncak Mas, Raub, Pahang Batalion
77. Tuah Kuala Kubu Baru, Selangor Batalion
78. Sabre Hulu Langat, Selangor Batalion
79. Pelandok (JE) 1/99 Bukit Pelandok, Negeri Sembilan Batalion
80. KOTA Echo/Foxtrot Gerik, Perak Kompeni
81. PASIR Utara Kudat hingga Sandakan, Sabah Batalion
82. PASIR (QRF) Timur Laut, Sabah Kompeni
83 Daratan Lahad Datu, Sabah Kompeni
84. Aman KLIA, Selangor Platun
85. Berlian Kediaman PAT Platun
86. Kawal Kuala Lumpur Kompeni
87. Yaman Republik Yaman Kompeni
88. Daulat Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah Kompeni
89. COBRA United Arab Emirates Kompeni


Kejayaan Semasa Operasi sunting


OP PARANG 12/76 sunting

Operasi ini dilaksanakan pada 30 Ogos 1976 sehingga 12 Disember 1976 di Lundu, Sarawak. Operasi ini diketuai oleh Lt Kol Raja Abdul Rashid bin Raja Badiozaman, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang Ke-2. Semasa melaksanakan operasi, satu seksyen daripada Platun Kilat atau lebih dikenali sebagai Platun Ngelaban daripada Kompeni B yang diketuai oleh Sjn Gandat ak Merdan telah melaksanakan penjejakan di sekitar hutan Kg. Tembaga, Lundu Sarawak. Semasa penjejakan, seksyen ini berpecah kepada dua kumpulan kecil. Kumpulan pertama diketuai oleh Sjn Gandat ak Merdan dan kumpulan kedua diketuai oleh Rjr Beliang ak Bali. Kumpulan yang diketuai oleh Rjr Beliang ak Bali telah berjaya membunuh Lee Lip Pong iaitu salah seorang Ketua Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang dikehendaki pada masa itu.


OP TANDUK 4/77 sunting

Operasi ini dilaksanakan pada 24 Disember 1977 sehingga 23 Januari 1978 di kawasan Gopeng, Perak. Operasi ini diketuai oleh Lt Kol Khairuddin bin Shaari, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang Ke-4. Penjejakan dimulakan sesudah subuh, selepas satu seksyen daripada Platun Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) 8 Renjer yang sedang melaksanakan rondaan jarak jauh pada petang sebelumnya menemui kesan tapak kasut PGK di laluan rondaan mereka. Semasa penjejakan dilaksanakan, seksyen tersebut telah terserempak dengan sekumpulan PGK dan berlakunya pertempuran. Dalam pertempuran tersebut, seorang PGK telah berjaya dibunuh.


OP SETIA 12/78 sunting

Operasi ini telah dilaksanakan pada 8 Jun 1978 sehingga 5 Julai 1978 di Batu Tumpul, Perak. Operasi ini diketuai oleh Lt Kol Khairuddin bin Shaari, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang Ke-4. Semasa operasi ini dilaksanakan pada 19 Jun 1978, Platun UCIS 8 Renjer atau juga dikenali sebagai Platun Risik Gempur 8 Renjer sekali lagi telah berjaya mengesan sekumpulan musuh di kawasan Batu Tumpul, Perak dan telah berjaya membunuh seorang PGK wanita bernama Lip Foh yang merupakan isteri kepada anggota PGK Cheong Kuan, iaitu Ketua Kumpulan 10 Pasukan Kerja Bersenjata (Armed Work Force – AWF).


OP SETIA 8/79 sunting




















































































 






















Pada 26 Mei 1979, Panglima Briged Ke-2 Infantri Malaysia, Brig Jen Mohammed Daud bin Abu Bakar telah mengarahkan satu operasi yang dikenali sebagai Gerakan Setia 8/79 dilancarkan di kawasan Hutan Korbu sekitar sempadan negeri Perak/Kelantan. Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang Ke-5, Lt Kol C. A. Loone telah diaturgerakkan untuk mengetuai operasi tersebut. Berdasarkan maklumat perisikan, musuh di kawasan tersebut berkekuatan seramai 30 hingga 40 orang daripada Markas Pasukan Penggempur Ke – 5 (5th Assault Unit) pimpinan PGK Nam Yat. Antara kumpulan yang menyertai operasi ini terdiri daripada Kompeni C 8 Renjer, satu Kumpulan Tinjauan Khas dan dua Platun UCIS (8 Renjer dan 6 RAMD), di bawah pimpinan Kapt Othman bin Abd. Hamid selaku Ketua Kompeni C pada ketika itu.


Pada pagi 29 Mei 1979, Kompeni C dan kumpulan tersebut mula menjejaki musuh dengan bantuan daripada dua orang juruarah orang asli tempatan. Semasa melaksanakan penjejakan, anggota peninjau telah menemui tiga batang ranting yang mencurigakan berada di laluan mereka. Isyarat berhenti diberikan oleh anggota tinjau, Pegawai serta PTT Kanan berkumpul dan  berbincang untuk tindakan seterusnya. Sewaktu perbincangan, salah seorang anggota tinjau iaitu 931713 Rjr Lai Chun Min telah terserempak dengan tiga orang musuh di lokasi berdekatan. Kejadian tersebut telah menyebabkan masing-masing menjadi tergamam dan melepaskan tembakan secara membuta tuli. Pertempuran tersebut berlangsung selama 10 minit dan selepas selesai melaksanakan penggeledahan, mereka telah diarahkan berundur oleh Kapt Othman bin Abd. Hamid bagi mengelakkan serpihan tembakan meriam yang dilepaskan di kawasan tersebut. Selepas pertempuran, anggota musuh berjaya melepaskan diri dalam keadaan yang tergesa-gesa dan meninggalkan peralatan mereka. Antara peralatan mereka yang berjaya dirampas adalah beg galas, hammock, sebutir bom tangan, sebuah kompas dan ubat-ubatan. Pada tengahari 30 Mei 1979, Kompeni C bersama Kumpulan Tinjau Khas telah berjaya menemui tapak perkhemahan musuh yang dicari. Namun, setelah serbuan dilakukan didapati lokasi tersebut telah lama ditinggalkan, beberapa serangan hendap juga dilaksanakan di kawasan yang sama. Juruarah Orang Asli yang bersama dengan kumpulan ini tidak lagi mengetahui mana-mana perkhemahan musuh dan atas arahan Pegawai Memerintah, beliau telah mengaturgerakkan Kompeni C, Platun UCIS 8 Renjer dan 6 RAMD untuk berpecah menjadi kumpulan kecil dalam meneruskan penjejakan mereka.


Pada 1 Jun 1979, kumpulan tersebut telah berjaya mengesan kedudukan musuh apabila 901738 Sjn Kanang ak Langkau telah menjumpai tempat memasak yang masih lagi panas dan menjangkakan kumpulan musuh  telah meninggalkan kawasan pada pagi tersebut. Selesai makan tengahari, mereka kemudiannya telah mengikut jejak yang telah ditinggalkan oleh kumpulan musuh. Walaupun dalam keadaan cuaca hujan lebat, penjejakan diteruskan bagi mengesan kedudukan musuh dan semasa melalui kawasan denai, 901738 Sjn Kanang ak Langkau yang berada di hadapan telah ternampak kelibat seorang sentri musuh  yang berada di sebalik dua batang pokok besar di lereng bukit di hadapan mereka. Beliau seterusnya memberikan isyarat musuh kepada kumpulan mereka, Kapt Othman bin Abd Hamid telah bergegas ke hadapan untuk mendapatkan maklumat terperinci daripada 901738 Sjn Kanang ak Langkau. 901738 Sjn Kanang ak Langkau telah menunjukkan lokasi sentri musuh tersebut melalui tenangan menggunakan senjata beliau.


Oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, Kapt Othman bin Abd Hamid dan anggota yang lain tidak dapat melaksanakan tinjauan dengan lebih rapat. Jarak di antara mereka dan juga sentri adalah 50 meter dan dianggarkan jarak antara sentri musuh dan kumpulan besar adalah 100 meter. Setelah membuat perkiraan keadaan, Kapt Othman bin Abd Hamid telah merancang serangan yang akan dilaksanakan pada jam 1500. Sebelum serangan, kumpulan telah dibahagikan dan ditempatkan kepada posisi yang berbeza seperti kumpulan serangan, kumpulan penyekat dan kumpulan kedalaman. Kumpulan serangan telah diarahkan oleh Kapt Othman bin Abd Hamid untuk melepaskan tembakan secara semburan automatik terhadap musuh sebelum serbuan ke kedudukan musuh dilaksanakan. Selesai mengambil kedudukan, Kapt Othman bin Abd Hamid telah memberikan isyarat 15 minit sebelum serangan dimulakan. Selang 15 minit, Sjn Kanang ak Langkau telah melepaskan tembakan menggunakan senjata M79 bagi menunjukkan arah musuh di atas bukit disusuli oleh tembakan bertubi-tubi daripada anggota yang lain. Pihak musuh telah membalas tembakan dari lokasi mereka dan didapati bunyi tembakan musuh mengatasi bunyi tembakan kumpulan mereka. Ini menunjukkan, kekuatan pihak musuh adalah dalam satu kumpulan yang besar dan juga menggunakan senjata automatik. Walau bagaimanapun, serangan tersebut tetap diteruskan. Serangan tersebut telah membuahkan kejayaan apabila kumpulan tersebut yang diketuai oleh Kapt Othman bin Abd Hamid telah berjaya membunuh 5 orang PGK dan saki baki musuh berjaya melarikan diri semasa serangan. Walau bagaimanapun, seramai 2 orang anggota telah terkorban manakala 3 orang anggota tercedera semasa pertempuran berlaku. Dalam pertempuran tersebut, sebanyak 3 laras senjata berjaya dirampas. Antara senjata yang berjaya dirampas adalah satu laras PINDAD PM 1 (Beretta M12) SMG, satu laras Rifle AK-47, dan satu laras HK 11 Light Machine Gun (LMG). Semua musuh yang dibunuh dan barang-barang rampasan seterusnya telah diserahkan kepada Cawangan Penyiasatan Khas Perak bagi siasatan lanjut.


OP SETIA 2/80 sunting

Operasi ini telah dilaksanakan pada 3 Januari 1980 sehingga 31 Mac 1980 di sekitar kawasan Chemor/Tanah Hitam, Perak. Operasi ini diketuai oleh Lt Kol C. A Loone, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang Ke-5. Pada 25 Mac 1980, semasa melaksanakan rondaan di kawasan tanggungjawab Platun UCIS daripada 8 Renjer telah bertempur dengan sekumpulan musuh. Di dalam pertempuran itu seorang PGK telah berjaya dibunuh iaitu Tan Chong Hin di kawasan Chemor/Tanah Hitam, Perak. Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk mengawal sempadan dengan ketat dan memburu saki-baki anggota PGK.


OP GAWAI sunting

Operasi ini telah dilaksanakan pada 16 Jun 1981 sehingga 30 Jun 1981 di sekitar kawasan Ulu Sg Anap, Sarawak. Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol Wan Mohammad bin Ahmad, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang Ke-6. Pada 25 Jun 1981, Platun UCIS daripada 8 Renjer telah berjaya membunuh seorang PGK bernama Ling Kui Mei @ Wai Chuen di kawasan Ulu Sg Anap, Bahagian Keempat, Sarawak. Operasi ini mempunyai nama yang unik dan agak berlainan kerana jatuh pada perayaan Gawai, yang mana perayaan ini disambut oleh kaum Iban, Bidayuh, Kayan dan Kenyah.


OP PELANDUK 1/99 sunting

Operasi ini telah dilaksanakan pada 19 Mac 1999 sehingga 20 April 1999 di sekitar kawasan Negeri Sembilan iaitu Bukit Pelanduk, Kampung Sawah, Kampung Jimah, Kampung Sungai Nipah, Kampung Chuah, Kampung India, Lukut Sektor A (Sepang), kawasan Mambau, dan Kuala Sawah. Operasi ini diketuai oleh Lt Kol Ranjit Singh Ramday, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) yang Ke-13 bersama Mej Nagalinggam a/l Karuppiah, Lt Morgan a/l Krishnan, dan LtM Samzie ak Gusang. Dalam operasi ini, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) telah berjaya membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membasmi penyakit Japanese Encephalitis (JE) dan Nipah Virus (Hendra-Like) dengan membunuh 643,829 ekor khinzir, 3785 ekor khinzir liar, dan 845 ekor anjing liar.


OP KOTA ECHO/FOXTROT 2/01 sunting

Operasi ini telah dilaksanakan pada 8 Mei 2001 sehingga 12 Julai 2001 di sekitar kawasan Hutan Simpan Royal Belum, Perak. Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) telah melaksanakan Operasi KOTA Echo/Foxtrot Siri 2/2001 yang diketuai oleh Lt Kol Toh Choon Siang, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) yang Ke-14. Semasa melaksanakan rondaan jarak jauh, LtM Zulkifli bin Raub, Ketua Platun 10 Kompeni D bersama anggota Seksyen 1 telah berjaya mengesan dan menemui tanda-tanda peninggalan kumpulan pengganas Patani United Liberation Organisation (PULO). Seksyen ini kemudiannya telah menjejaki tanda tersebut dan akhirnya menemui sekarung guni berisi beras dan barang-barang makanan seperti sardin serta susu dalam tin yang ditanam. Setelah kawasan itu digali, kesemua bungkusan-bungkusan makanan itu didapati mempunyai tulisan Thailand. Seterusnya, penemuan yang disyaki kepunyaan PULO tersebut telah dibawa pulang ke MK Platun dan dihantar ke MK Tak Batalion di Kem Sri Banding sewaktu ulang bekal berikutnya melalui helikopter. Laporan perjumpaan berkenaan insiden ini telah dimajukan kepada Pegawai Gerak Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) iaitu Mej Khalid Sah bin Hamzah.


OP PASIR (QRF) 2002 sunting

Pada 22 Ogos 2002, sekitar jam 0500, kumpulan QRF yang diketuai oleh Lt Farriz bin Ahmad Nawawi bersama lapan anggota telah terserempak dengan bot laju di sekitar perairan Pulau Tabawan. Setelah beberapa kali isyarat lampu yang diberi tidak diendahkan, tembakan amaran telah dilepaskan. Namun bot tersebut terus bertindak agresif dan hampir melanggar bot pasukan keselamatan semasa proses pengejaran. Oleh itu, ketua ronda telah melepaskan beberapa tembakan ke arah bot dan mengenai bahagian enjin yang membawa kepada penahanan bot tersebut. Hasil daripada pemeriksaan mendapati jurumudi bot cedera terkena tembakan dan tiga yang lain tidak mengalami kecederaan. Selain daripada barangan seludup, turut dijumpai sejumlah besar wang dalam pelbagai mata wang seperti United States Dollar ($), Ringgit Malaysia (RM), dan Filipina Peso (₱) yang disembunyikan dalam dinding bot tersebut.

OP DAULAT 2013 sunting

Pada 12 Februari 2013, sekumpulan 100 hingga 200 lelaki bersenjata yang memperkenalkan diri sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu, Sabah. Kumpulan penceroboh tersebut dipercayai datang dari Filipina dan dikenal pasti sebagai pewaris berketurunan Raja atau Sultan Sulu yang ingin menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah di bawah pemerintahan kerajaan Sulu yang ditadbir oleh Sultan Jamalulkiram III yang mendakwa dirinya sebagai pemegang takhta sah Kesultanan Sulu. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaturgerakkan 10 Briged (Para) selaku Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM) dan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) sebagai Follow Up Parachute Battle Group (FUPBG) pada ketika itu. Operasi ini dinamakan Op Daulat dan telah dilaksanakan pada 13 Februari 2013 sehingga 29 Jun 2013 di sekitar kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) telah dipertanggungjawabkan oleh 10 Briged (Para) untuk melaksanakan Op PASIR QRF Siri 4/2013. Operasi ini diketuai oleh Mej Peter Dunggi iaitu Ketua Kompeni C pada ketika itu. Penugasan Op PASIR QRF adalah menjaga sempadan perairan Malaysia – Filipina di samping mengekang dan menghalang penculikan oleh penceroboh di perbatasan negara.

PENGLIBATAN PEGAWAI DAN ANGGOTA DALAM OPERASI DAULAT
BIL PANGKAT NAMA
1. Lt Kol Norulhisyam bin Md Shuib
2 Mej Zulkifli bin Raub
3 Mej Peter Dunggi
4 Kapt Ahmad Azani bin Ab Rani
5 Kapt Muhammad Syazni bin Mohd Rohani
6 Kapt Muhammad Taufik bin Mespan
7 PW I Louis Apoi Merang
8 PW I Rosdi bin Ati
9 PW II Albert ak Langkop
10 PW II Norsalim bin Abdul Salim
11 PW II Jasni Kuludon
12 PW II Freaddy bin Yojod
13 SSjn Sabrin Sungkang
14 SSjn Minggu ak Ujet
15 SSjn Florin ak Anthony
16 SSjn Ngumbang ak Vynar
17 SSjn Jasimi bin Sian
18 SSjn Stewart ak Juan
19 Sjn Bimesis ak Baka
20 Sjn Encis bin Singgi
21 Sjn Sem ak Gelungan
22 Sjn Salim ak Lang
23 Sjn Mohd Firdaus bin Mansor
24 Sjn Muhammad Haikal Gobongo bin Abdullah
25 Sjn Pilo ak Uttok
26 Sjn Mohd Kholib bin Abd Aziz
27 Sjn Anthony anak Lingga
28 Sjn Henry Juanito ak Steven Ageng
29 Sjn Louis Luga ak Runie
30 Sjn Rosidan bin Yusof
31 Sjn Jason ak Ladin
32 Sjn Ujai ak Sedin
33 Sjn Howard James ak Manggie
34 Sjn Larry ak Juan
35 Sjn Mohd Junaidi bin Kamaruddin
36 Kpl Janip bin Aling
37 Kpl Ridzwan bin Mikaldo
38 Kpl Indran al Ramakrishnan
39 Kpl Ameruddin bin Mohamad
40 Kpl Rosdi bin Ramli
41 Kpl Mohd Yusoff bin Shamsul
42 Kpl Azrrimusdi ak Bah Udar
43 Kpl Lawrence Gadang
44 Kpl Maderon bin Pawi
45 Kpl Mazlan bin Sauti
46 Kpl Faizul Azly bin Mohd Yusof
47 Kpl Dennis Liah
48 Kpl Mohd Nizam bin Sharif
49 Kpl Suhaimiman al Deraman
50 Kpl Amit ak Tawi
51 Kpl Ridzuan bin Raini
52 Kpl Kenneth bin Gauchi
53 Kpl Mashri bin Guding
54 Kpl Asayah ak Remang
55 Kpl James Raymond Jugi ak Richard Muli
56 Kpl Mohd Bakri bin Mustafa
57 Kpl Shahrizal Segar bin Abdullah
58 Kpl Meor Shamsul bin Meor Halim
59 Kpl Ahmad Baharun bin Jannahatun
60 Kpl Azwan bin Ismail
61 Kpl Syed Mohd Ghazali bin Syed Rahman
62 Kpl Mohammad Hafiz bin Mohd Yusof
63 Kpl Jasni bin Husin
64 Kpl Austin ak John
65 Kpl Gabriel Foster ak Minak
66 Kpl Abdul Najib bin Abd Kasim
67 Kpl Mohd Najimuddin bin Yaacob
68 Kpl Muhammad Firdaus bin Zulkifly
69 Kpl Irwan Shah bin Tidi
70 Kpl Mohd Faizul bin Abd Lela
71 Kpl Roslim bin Yagan
72 Kpl Basman bin Amit
73 Kpl Norfaizal bin Jokin
74 Kpl Shahizan bin Damran
75 Kpl Mohammad bin Ahmad
76 Kpl Farezudden bin Md Arif
77 Kpl Abdul Hadi bin Zainol
78 Kpl Fariuddin bin Ahmad Faizi
79 Kpl Mohd Halmi bin Hassan
80 Kpl Zakaria bin Mohd Zuki
81 Kpl Shahbudin bin Shahrom
82 Kpl Mohd Hafizan bin Hashim
83 Kpl Mohd Fadzly bin Rashkan
84 Kpl Ainol Nasriq bin Abd Bee
85 Kpl Harison ak Lahat
86 Kpl Mohd Shahril bin Ghazali
87 Kpl Langan ak Jambu
88 Kpl Mohd Fadli bin Musa
89 Kpl Tamini bin Hood
90 Kpl Sundee bin Kasim
91 Kpl Johan bin Bujang
92 Kpl Shalifen ak Salleng
93 Kpl Stanley bin Mabarus
94 Kpl Junis bin Juki
95 Kpl Mohd Azri bin Alias
96 Kpl Mohd Masdi bin Musa
97 Kpl Amri bin Ahmad
98 Kpl Rozihelmi bin Ab Ghani
99 Kpl Nik Aryzal Hasry bin Abd Hadi
100 Kpl Rujiman bin Sailela
101 Kpl Farid bin Buang
102 Kpl Mohd Hafiz bin Musatafa
103 Kpl Razak bin Kamis
104 Kpl Rais bin Sabali
105 Kpl Mohd Ezuanuddin bin Pungut
106 Kpl Daniel ak Engkasan
107 Kpl Hafizuddin bin Mat Yazid
108 Kpl Yusmashaffizy bin Mohamad Yusof
109 Kpl Mazlan bin Mustafa
110 Kpl Azizul Rahim bin Duraim
111 Kpl Harmy Hansen ak Gadim
112 Kpl Mohammad Hafiz bin Sajri
113 Kpl Mohd Zulhelmi bin Ishak
114 Kpl Boy Macartney ak Ajan
115 Kpl Firdaus bin Che Shafie
116 Kpl Billyerwin Bedindang ak James Jaya
117 Kpl Madzelan bin Wahap
118 Kpl Mohd Wajihuddin bin Wazir
119 Kpl Farizan bin Ahmad
120 Kpl Mohd Idris bin Zainal Abidin
121 Kpl Khairul Hisyam bin Alias
122 Kpl Budiman bin Abdul
123 LKpl Sidney ak Tedong
124 LKpl Mohd Affendi bin Samsuri
125 LKpl Ahmad Tarmizi bin Md Isa
126 LKpl Adzlan bin Ali Baba
127 LKpl Saril bin Zainal
128 LKpl Mohd Rizal bin Abdu Talib
129 LKpl Muhammad Firdaus bin Abu Bakar
130 LKpl Awaludin bin Zainal Abidin
131 LKpl Winseon Junior ak Mad Nor
132 LKpl Shahrul Hamdan bin Ismail
133 LKpl Mohammad Izzad bin Mohamad
134 LKpl Mohd Hisham bin Zakaria
135 Sig Mohd Fidzal bin Zainudin
136 Sig Guru al Ganeson
137 Rjr Mohammad Shah bin Abdul Rahman


OP PASIR SIRI 1/2019 sunting

Operasi ini telah dilaksanakan mulai 10 Feb hingga 13 Mei 2019 di Perairan Pantai Timur Sabah. Operasi ini diketuai oleh Mej Mohd Nazim bin Sazali selaku Ketua Kompeni D. Pada 11 April 2019 jam 0945, seksyen yang diketuai oleh 1128322 Sjn Salleh bin Jakaria telah mendapat maklumat dari MK ATB 2 bahawa sebuah bot sedang bergerak laju dari perairan Filipina menuju ke perairan Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, seksyen tersebut telah diaturgerakkan dan berjaya menahan sebuah bot pelancong yang dinaiki oleh 5 orang warga tempatan di perairan Pulau Mataking. Hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama 18 butir peluru dan selaras Pump Gun bersama 31 butir peluru dijumpai di dalam bot tersebut. Setelah siasatan dibuat, semua yang ditahan tidak mempunyai pengenalan diri dan juga tidak memiliki lesen senjata api. Mereka telah dibawa ke Jeti Marin, Semporna dan diserahkan kepada pihak polis IPD Semporna.


OP PASIR SIRI 4/2019 sunting

Operasi ini telah dilaksanakan mulai 10 Nov 2019 hingga 10 Feb 2020 di Perairan Pantai Timur Sabah. Operasi ini diketuai oleh Mej Chester Merayang ak John Edward selaku Ketua Kompeni B. Pada 23 Nov 2019 jam 1030, Seksyen 1 daripada Platun 5 QRF, dua bot dari Pulau Siamil diketuai oleh 1124414 Sjn Ramba ak Kasemia telah diaturgerakkan untuk melaksanakan pintasan dan pemeriksaan terhadap sebuah bot kumpit  yang mencurigakan. Hasil pemeriksaan lanjut, 10 orang anak kapal yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu juga sepucuk pistol jenis Firestorm Contender .45 Cal bersama sembilan butir peluru, wang tunai berjumlah 263,000 Peso, lima buah telefon bimbit dan 300 tong minyak telah ditemui. Kesemua anak kapal dan barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis IPD Semporna.


Lain-lain Operasi sunting


OP KERIS 5/75 DI GUNUNG PENRISSEN, KUCHING, SARAWAK PADA 16 APR 1975 sunting


OP CAHAYA BENA 1 DI BT 14, BETONG, YALA PADA JUL 1977 sunting


LAWATAN PANGLIMA 2 BGD KE OP CAHAYA BENA 1 DI BT 14, BETONG, YALA PADA JUL 1977 sunting


OP JIWA MURNI, IPOH PADA 1980 sunting


OP PELAGUS, SIBU, SARAWAK MULAI FEB 1982 SEHINGGA APR 1982 sunting


OP IDAMAN, KANOWIT, SARAWAK PADA MAC 1984 sunting


OP KOTA ECHO/FOXTROT PADA SEP 1985 sunting


OP INDERA, KEM PUNCAK MAS PADA DIS 1985 sunting


OP PASIR SEKTOR UTARA SIRI 5/2004 MULAI 13 SEP 2004 SEHINGGA 17 NOV 2004 sunting


OP PASIR QRF SIRI 4/2008 sunting


OP DARATAN SIRI 2/16, KEM CENDERAWASIH, FELDA SAHABAT LAHAD DATU, SABAH sunting


OP NERACA SIRI 1/2018 sunting


OP KOTA ECHO/FOXTROT SIRI 4/2019, GERIK, PERAK   sunting


OP PASIR QRF SIRI 4/2019 sunting


Penganugerahan Pingat Dan Bintang sunting

BIL NAMA PAHLAWAN PINGAT
1. 901738 PW I Temenggong Datuk Kantang ak Langkau Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB)
2. 931679 PW I Beliang ak Bali Panglima Gagah Berani (PGB)
3. Mej (KM) Micheal Riman ak Bugat Panglima Gagah Berani (PGB)
4. Mej Patrick Wong Sing Nang Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
5. Kapt Othman bin Abd Hamid Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
6. 212057 LKpl Arif bin Harun Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
7. 931739 LKpl Zaidi bin Masal Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
8. 932360 LKpl Jampong ak Daong Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
9. 1011645 LKpl Raja Gopal al Subramaniam Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
10. 931952 Rjr Winnie ak Muyaie Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)

Sejarah Ringkas Pertempuran 901738 Sjn Kanang ak Langkau sunting

Semasa Gerakan Setia 8/79 di Hutan Rizab Korbu di Fort Legap pada 1 Jun 1979 ketika misi menjejaki musuh, kumpulan Sjn Kanang dari Batalion Ke-8 Rejimen Renjer telah melancarkan serangan ke atas kem musuh, dimana jumlah kekuatan musuh pada ketika itu jauh melebihi jumlah kumpulan beliau. Dalam pertempuran sengit dengan musuh, dua anggota kumpulannya telah terkorban. Lima PGK telah berjaya dibunuh dan peralatan musuh telah dirampas.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi mengetuai Platun Gempur dari Kompeni C, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer yang telah ditugaskan untuk membuat penjejakan serta memusnahkan sekumpulan musuh di kawasan gerakan yang telah berjaya membunuh seorang PGK semasa Op Setia 1/80 di kawasan Tanah Hitam, Chemor, Perak. Platun Gempur yang diketuai oleh beliau akhirnya berjaya mengesan arah musuh yang melarikan diri. Pada 19 Feb 1980 jam 1400, beliau berjaya mengesan jerangkap samar musuh yang telah dipasang dan beliau telah mengarahkan kumpulannya berhenti untuk membuat pemeriksaan. Semasa melaksanakan pemeriksaan, sekumpulan musuh yang berkekuatan 3 hingga 4 orang dipercayai kumpulan serang hendap musuh melepaskan tembakan dan telah mencederakan beliau serta salah seorang Ketua Seksyen dan anggota perubatan Platun Gempur. Walaupun beliau mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut akan tetapi dengan semangat kepahlawanan yang ditunjukkan, beliau mengarahkan anggota kumpulannya untuk membalas tembakan musuh dan seterusnya memenangi pertempuran tersebut.

Di atas semangat keperwiraan dan keberanian yang telah ditunjukkan di dalam kedua-dua pertempuran tersebut, beliau telah dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Sejarah Ringkas Pertempuran 931679 Rjr Beliang ak Bali sunting

Pada 2 Oktober 1975, satu seksyen daripada  Platun Kilat, Kompeni B yang diketuai oleh Sjn Gandat ak Merdan telah berpecah  di mana satu kumpulan diketuai oleh Sjn Gandat sendiri manakala satu lagi kumpulan dianggotai oleh Rjr Beliang, Rjr Frederick dan Rjr Baru untuk membuat rondaan kumpulan kecil bagi menjejak kesan-kesan yang dilalui oleh PGK.

Setelah bergerak sejauh 200 meter meninggalkan pinggir hutan, mereka terlihat seorang PGK di jarak 10 kaki. Pada mulanya, beliau berpendapat bahawa PGK tersebut merupakan salah seorang daripada anggota sentri kumpulan PGK namun beliau menyedari bahawa mereka berada berdekatan dengan Pengkalan Sementara PGK. PGK itu telah melepaskan tembakan ke arah mereka apabila menyedari kehadiran kumpulan beliau. Beliau telah melepaskan satu tembakan semburan ke arah PGK tersebut dalam masa yang sama Rjr Frederick dan Rjr Baru yang berada di belakang beliau turut memberikan tembakan bantuan. Beliau berteriak “Agi Idup” dan disambut oleh Rjr Frederick dan Rjr Baru dengan teriakan “Agi Ngelaban”. Setelah PGK yang berada di hadapan mereka berjaya dibunuh, anggota PGK yang berada di sekitar kawasan pengkalan sementara PGK itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kumpulan beliau dan melarikan diri. Apabila mendengar tembakan dari arah kumpulan beliau, Sjn Gandat membawa kumpulannya bergerak ke arah lokasi pertempuran untuk memberi bantuan.

Apabila keadaan mulai reda dan dipercayai kumpulan PGK tidak lagi berada di situ, beliau merangkak dalam keadaan waspada lalu menghampiri mayat PGK yang telah berjaya dibunuh. Pada keesokan harinya, platun ini telah membawa mayat PGK itu keluar dengan bantuan satu kumpulan yang dihantar oleh MK Tak, di Kem Lundu. Apabila tiba di Kem Lundu,  pemeriksaan terperinci dilaksanakan oleh pihak polis dan cawangan khas mengesahkan bahawa PGK yang mati itu ialah seorang Ketua Komunis yang paling dikehendaki di Sarawak bernama Lee Lip Pong.

Di atas kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan semasa menjejak dan membunuh PGK, Rjr Beliang ak Bali telah dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Sejarah Ringkas Pertempuran 931729 Kpl Micheal Riman ak Bugat sunting

Pada 1 Jun 1979, Kpl Micheal Riman merupakan salah seorang daripada anggota Platun UCIS yang diketuai oleh LtM Govinda Raj a/l Kanappan telah berpecah kepada dua kumpulan kecil bagi memperluaskan usaha menjejak pergerakan dan aktiviti PGK. Beliau telah mengetuai pergerakan kumpulannya menuju ke arah Pengkalan Sementara PGK sebelum Sjn Kanang kembali mengambil alih tugasnya dan telah memberikan isyarat bahawa PGK berada di hadapan mereka. Sjn Kanang kemudian memaklumkan kepada beliau kedudukan Kumpulan Sentri PGK yang berada di antara dua pokok besar di lereng bukit hadapan mereka. Selepas itu, beliau telah mengarahkan seksyennya untuk merapati kedudukan PGK dan kumpulan Kapt Othman juga telah merapati kumpulan mereka. Lantas, Kapt Othman bergerak ke arah Sjn Kanang untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan Kumpulan PGK tersebut. Pada ketika ini, mereka berada di sekitar 50 meter dari lokasi musuh. Setelah mengambil kedudukan, Sjn Kanang telah melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata M79 bagi menanda lokasi PGK. Selepas pertempuran tercetus, berlakunya keadaan huru-hara dimana dua anggota daripada Platun UCIS telah terkorban. Semasa pertempuran tersebut, beliau mengalami kecederaan pada sebelah lengan kanannya namun demikian di atas semangat juang dan keberaniannya, beliau juga telah berjaya membunuh seorang PGK yang membawa kepada kemenangan pertempuran tersebut.

Di atas keberanian dan semangat juang yang ditunjukkan, pada 6 Jun 1984 beliau telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Sejarah Ringkas Pertempuran Kapt Patrick Wong Sing Nang sunting

Kapt Patrick Wong Sing Nang adalah Ketua Kompeni di Batalion Ke-8 Rejimen Renjer di Kem Suvla Line, Ipoh, Perak. Semasa melaksanakan Op Tanduk pada Disember 1977 di Gopeng, Perak, beliau telah ditembak di bahagian dada semasa bertempur dengan sekumpulan PGK. Dalam pertempuran tersebut, beliau dan tiga anggotanya telah mengalami kecederaan parah akibat terkena tembakan oleh PGK dan seorang anggota telah terpijak jerangkap samar. Walaupun beliau mengalami kecederaan parah, namun beliau tidak sekali-kali menyerah kalah dan masih meneruskan perjuangan dengan terus memberi arahan kepada anggota bawahannya semasa pertempuran tersebut.

Beliau seterusnya mengarahkan anggota jururadio membuat panggilan ke MK Tak bagi memohon bantuan helikopter untuk penarikan keluar tiga anggotanya yang cedera parah. Tanpa menghiraukan kecederaan diri sendiri, beliau telah mengarahkan tiga anggotanya yang cedera parah untuk dibawa keluar terlebih dahulu dan membiarkan dirinya menjadi orang yang terakhir dikeluarkan. Semasa penarikan keluar anggotanya yang cedera parah, beliau telah memberi tembakan perlindungan.

Di atas keberanian dan sifat kepimpinan yang telah ditunjukkan, Kapt Patrick Wong Sing Nang  telah dikurniakan  Pingat  Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) pada 15 September 1979 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Pingat ini dianugerahkan kepada semua peringkat anggota yang menunjukkan sifat keberanian semasa melaksanakan operasi. Kapt Patrick Wong Sing Nang juga telah menerima Pingat Perwira Taming Sari dari kerajaan Negeri Perak.


Tribute To The Fallens Soldiers sunting

ANGGOTA YANG TERCEDERA SEMASA OPERASI
BIL NAMA TARIKH & TEMPAT KECEDERAAN KATEGORI
1 1083141 Rjr Guwel ak Tahel 20 Apr 1999, Op Pelanduk Lower Body Paralysis due to Japanese Encephalitis BE Kekal
2 1111442 Kpl Zairi bin Nordin 25 Jun 2001, Op KOTA Foxtrot Open Fracture Of The Distal Phalanz Of The Lt Index Middle,

Ring And Little Finger

BE Kekal
3 1090941 Kpl Siang ak Rant Hassan 25 Jun 2001, Op KOTA Foxtrot Open Fracture Of Proximal Phalanx Of The Rt Finger BE Kekal
4 1161095 Kpl Mohd Haizol bin Kamsiran 25 Jun 2018, Op KOTA Foxtrot Amputation Of Lt Thumb Through The Ip Joint,

Lt Index Finger Through The Hip Join Middle Finger Through The Mcp Joint

And Lt Little Finger Through The Mcp Joint and Open Fracture Of Promixal Of

Rt Index Finger And Of Rt Middle Finger

FE (Rawatan)
5 1191227 Rjr William Nisau ak Atong 25 Jun 2018, Op KOTA Foxtrot Retak Tulang Belakang dan Pinggul BE Kekal


ANGGOTA YANG TERKORBAN DISEBABKAN KEMALANGAN SEMASA OPERASI
BIL NAMA TARIKH & TEMPAT RINGKASAN KEJADIAN
1 929149 LKpl Abd Wahid bin Daing Malinda 24 Feb 1976, Lundu, Sarawak Terkena Claymore Mine
2 931868 Rjr Hamdan bin Kuncit 24 Feb 1976, Lundu, Sarawak Terkena Claymore Mine
3 932225 Rjr Jus bin Kisu 8 Apr 1976, Lundu, Sarawak Terjatuh dari kenderaan 3 tan
4 1011661 Rjr Vasant Singh 12 Feb 1978, Julong, Perak Lemas
5 931468 LKpl Jihed ak Nyamoi 10 Mac 1980, Op Setia 3/80 Perak Keracunan makanan
6 1111602 Rjr Norizan binAbdul Rahman 15 Ogos 2001, Op KOTA Foxtrot Siri 2/2001 Paru-paru berdarah (Pulmonary Haemorrage)
7 1161385 Kpl Mohamad Safuan bin Hassan 25 Jun 2018, Op KOTA Foxtrot Siri 2/2018 Dihempap pokok
8 1146141 LKpl Fahrurozi bin Abd Manaf 25 Jun 2018, Op KOTA Foxtrot Siri 2/2018 Dihempap pokok


PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN
BIL NAMA TEMPAT TARIKH RINGKASAN KEJADIAN
1 213602 Rjr Mohd Seruji bin Harun 03 Jul 1977, Selatan Thailand Op Cahaya Bena Satu, terpijak jerangkap samar musuh
2 LtM Abdullah bin Saad (411595) 19 Jun 1978, Keramat Pulai Op Setia 12, ditembak musuh
3 931631 LKpl Mohammad bin Ali Keramat Pulai 19 Jun 1978 Op Setia 12, ditembak musuh
4 20476 Rjr Saimon bin Jalal Selatan Thailand 15 Sep 1978 Op Selamat Sawadee, ditembak musuh
5 1011276 Rjr Ramli bin Othman Korbu Lasah, Perak 01 Jun 1979 Op Setia 8, ditembak musuh
6 1011919 Rjr Baharuddin bin Yahaya Korbu Lasah, Perak 01 Jun 1979 Op Setia 8, ditembak musuh
7 931657 Rjr Talip ak Tibong Tanah Hitam, Perak 24 Feb 1980 Op Setia 2/80, ditembak musuh
8 931463 LKpl Lemon ak Rona Gopeng, Perak 05 Apr 1980 Op Setia 3/80, ditembak musuh
9 1011484 Rjr Jackson ak Samuel Naman Asan, Sibu, Sarawak 24 Apr 1983 Op Jala Aman 1, ditembak musuh
10 1055708 Rjr Jalal bin Kadir Naman Asan, Sibu, Sarawak 24 Apr 1983 Op Jala Aman 1, ditembak musuh

Latihan sunting


Kitaran Latihan 24 Bulan sunting

Kitaran latihan 24 bulan adalah perancangan latihan yang sistematik dan lebih praktikal dengan melaksanakan Latihan Tempatan secara efisyen. Latihan ini dilaksanakan untuk menguji tahap kesiapsiagaan setiap kompeni di dalam pasukan ini serta melatih anggota Para bagi menghadapi sebarang bentuk operasi. Latihan ini akan menumpukan kepada perintah dan kawalan serta memahirkan setiap anggota pasukan menjurus kepada aturgerak Batalion Paracut di dalam aspek Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) bagi pelaksanaan Operasi Paracut di peringkat seksyen hingga batalion. Selain itu, latihan ini juga sebagai penanda aras keberkesanan kesiapsiagaan setiap kompeni, platun dan seksyen serta meningkatkan kefahaman dan keyakinan di kalangan Pegawai dan anggota dalam melaksanakan sesuatu misi.

Eksesais Bersama Dan Gabungan sunting

Eksesais Bersama dan Gabungan melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan menjurus kepada ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM) berdasarkan kepada Direktif Latihan dan Eksesais ATM. Eksesais ini menguji tahap kesiapsiagaan ketiga-tiga perkhidmatan dalam melaksanakan Operasi Bersama bagi melatih, mempraktik dan memahirkan semua anggota pasukan ini agar kerjasama dapat dibentuk semasa melaksanakan misi. Selain daripada latihan untuk pelaksanaan operasi, penekanan terhadap latihan bagi Operasi Bersama (Joint Operation) dan Operasi Gabungan (Combined Operation) dapat dipertingkatkan serta latihan yang dirancang mengambil kira aplikasi teknologi seperti konsep simulator-based training, e-learning dan e-doctrine agar pembelajaran lebih mudah diakses serta difahami oleh semua peringkat pemerintahan.

Eksesais Bilateral dan Multilateral sunting

Eksesais Dua Hala (Bilateral) dan Pelbagai Hala (Multilateral) adalah eksesais yang melibatkan negara-negara sahabat seperti Singapura, Indonesia, UAE, Yaman, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Eksesais ini menjurus kepada Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dimana setiap negara yang terlibat berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi meningkatkan keupayaan Operasi Bersama (Interoperability) dan kefahaman prosedur operasi gabungan ketenteraan. Selain itu, eksesais ini merupakan inisiatif bersama bagi meningkatkan persefahaman di antara negara-negara yang terlibat untuk melahirkan anggota-anggota tentera yang profesional.


KITARAN LATIHAN 24 BULAN
BIL JENIS LATIHAN KONSEP LATIHAN KAWASAN TUMPUAN LATIHAN PENGLIBATAN
1 TIGER LEAP Berkonsepkan Operasi Paracut yang dilaksanakan secara Field Training

Exercise (FTX) untuk mengekalkan tahap kesiapsiagaan pasukan.

DZ Nenas, Johor dan

DZ Nangka, Terengganu

Kompeni
2 KENYALANG RIMBA Berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi yang dilaksanakan secara

Field Training Exercise (FTX) bagi melatih Pegawai dan anggota dalam

mengimplementasikan Framework Operation, Strike Operation dan Border Operation.

Asahan, Melaka dan

Inas, Negeri Sembilan

Kompeni
3 LATIHAN SEMULA BATALION Berkonsepkan latihan yang berbentuk knowledge base terhadap individu dalam

sesebuah kumpulan mengikut peranan dan tugas masing-masing bagi menguji

serta mengukur keupayaan dan pencapaian pasukan.

Kem Suvla Line, Perak


Batalion
4 KEM KEMAHIRAN SENJATA Berkonsepkan latihan dan ujian kecekapan penggunaan semua jenis senjata

dalam pegangan pasukan oleh anggota berkenaan di dalam suasana operasi

atau peperangan.

Gemas, Negeri Sembilan dan

PULADA, Johor

Batalion
5 AMAN HORNBILL Berkonsepkan Military Operation Other Than War (MOOTW) yang menjurus

kepada Ketenteraman Awam (KA) bagi menguji tahap kesiapsiagaan dan

melatih elemen command and control setiap Kumpulan Tempur Batalion.

Kem Terendak, Melaka


Batalion
6 KANOPI KENYALANG Melibatkan aturgerak Leading Parachute Battle Group (LPBG) dan Follow Up

Parachute Battle Group (FUPBG) yang dilaksanakan secara Command Post

Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) bagi menguji tahap kesiapsiagaan

pasukan dalam melaksanakan sebarang bentuk Operasi Paracut.

Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur


Batalion
7 URBAN HORNBILL Berkonsepkan Operation in Built-Up Area (OBUA) bagi melatih Pegawai dan

anggota dalam taktik dan teknik menguasai bangunan, redeployment, reinforcement

dan meningkatkan kemahiran ketenteraan di kawasan terbina.

Kem Terendak, Melaka


Batalion
8 GERAK PANTAS Berkonsepkan Operasi Paracut dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX)

dan Field Training Exercise (FTX) yang menggabungkan elemen-elemen tempur,

bantuan tempur dan bantuan khidmat 10 Briged (Para) bagi menguji keupayaan pasukan elit TD.

Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur Briged


EKSESAIS BERSAMA DAN GABUNGAN
BIL JENIS LATIHAN KONSEP LATIHAN KAWASAN TUMPUAN LATIHAN PENGLIBATAN
1 KORBU Merupakan Eksesais Bersama iaitu kerjasama pasukan dengan Agensi Awam berkonsepkan

Peperangan Melawan Insurgensi bagi memperingati peristiwa pertempuran Platun Kilat di

Hutan Simpan Korbu semasa Op Setia 8/79.

Gunung Korbu, Perak Kompeni
2 HORNBILL HELO Merupakan Eksesais Gabungan yang dilaksanakan oleh pasukan bersama Pasukan Udara

Tentera Darat (PUTD), 1 RAD (Para) dan 10 Komp KPD (Para) berkonsepkan Air Mobile

Operation secara Field Training Exercise (FTX) menjurus kepada Operasi Hantaran Udara.

Kem Terendak, Melaka Kompeni
3 ANGKASA RAYA Merupakan Eksesais Bersama yang melibatkan kerjasama pasukan dengan Pasukan Khas

Udara (PASKAU) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berkonsepkan Operasi Paracut

bagi menguji tahap kesiapsiagaan Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM).

Gong Kedak, Terengganu. Batalion
4 HORNBILL WARRIOR Eksesais Bersepadu yang melibatkan pasukan bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

dan Agensi Awam seperti PDRM, Imigresen dan Kastam yang berkonsepkan Non-Combatant

Evacuation Operation (NEO) secara Field Training Exercise (FTX) bagi memberi pendedahan

kepada semua agensi yang terlibat.

Melaka dan Kuala Lumpur Batalion
5 BELANGKAS Eksesais Gabungan yang melibatkan pasukan bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM),

Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Grup Gerak Khas (GGK)  berkonsepkan Operasi

Amfibi secara Field Training Exercise (FTX) bagi persediaan dan persiapan dalam melaksanakan

Eksesais Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT).

Lumut, Perak dan Teluk Gong, Melaka Batalion
6 MAHSURI Eksesais Gabungan yang melibatkan pasukan bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

berkonsepkan Operasi Paracut secara Field Training Exercise (FTX) sebagai persiapan sebelum

Eksesais HALILINTAR.

Kem Terendak, Melaka Batalion
7 PAHLAWAN Eksesais Bersama yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga perkhidmatan berkonsepkan Peperangan

Konvensional dan Asymmetric Warfare secara Command Post Exercise (CPX) dan Field Training

Exercise (FTX) bagi menguji kesiagaan, keupayaan serta kemampuan di peringkat ATM.

Muadzam Shah, Pahang ATM
8 HALILINTAR Eksesais Bersama yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan berkonsepkan Operasi Paracut sempena penubuhan Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM). Langkawi, Kedah ATM


EKSESAIS BILATERAL DAN MULTILATERAL
BIL JENIS LATIHAN KONSEP LATIHAN KAWASAN TUMPUAN LATIHAN PENGLIBATAN
1 SETIAKAWAN Eksesais Bilateral yang melibatkan pasukan sebagai wakil Tentera Darat Malaysia (TDM)

dan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB) berkonsepkan Operasi Amfibi bertujuan

untuk meningkatkan interoperability di antara unit ABDB dan TDM.

Brunei Kompeni
2 WIRA EAGLE Eksesais Bilateral yang melibatkan pasukan bersama United States Marine Corps (USMC)

berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi secara Field Training Exercise (FTX) untuk

melatih anggota USMC dalam ilmu ikhtiar hidup dan peperangan hutan.

Kuantan, Pahang Kompeni
3 HARINGAROO Eksesais Bilateral yang melibatkan pasukan sebagai wakil Tentera Darat Malaysia (TDM)

dan Tentera Darat Australia berkonsepkan Peperangan Konvensional dan Peperangan Melawan

Insurgensi untuk melatih kedua-dua negara dalam menghadapi Asymmetric Warfare.

Kota Belud, Sabah dan DZ Nangka, Terengganu Kompeni
4 SAMBAR Eksesais Bilateral yang melibatkan pasukan bersama Pasukan Khas Udara (PASKAU),

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan pasukan khas Amerika Syarikat berkonsepkan

Operasi Paracut yang memberi fokus kepada Operasi Mencari dan Menyelamat di kawasan laut.

Sandakan, Sabah Batalion
5 COPE BENGAL Eksesais Bilateral yang melibatkan pasukan bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

dan United States Air Force (USAF) berkonsepkan Combined Air Mobility dan Airborne Operation

bagi menguji keberkesanan aset dalam operasi pengguguran udara.

Gong Kedak, Terengganu Batalion
6 CARAT Eksesais Bilateral yang melibatkan pasukan bersama USMC berkonsepkan Operasi Amfibi

secara Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) bagi meningkatkan

kepakaran di dalam aspek perancangan dan pelaksanaan operasi.

Terengganu, Pahang dan Johor Batalion
7 SUMAN WARRIOR Eksesais Multilateral yang melibatkan Five Power Defence Arrangement (FPDA) terdiri daripada

Singapura, United Kingdom, Malaysia, Australia dan New Zealand berkonsepkan Peperangan

Konvensional secara Command Post Exercise (CPX) dianjurkan oleh Briged ke-11 Australian

Army di Gallipoli Barracks, Brisbane, Australia.

Brisbane, Australia Batalion
8 KEKAR MALINDO Eksesais Bilateral yang melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional

Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD) berkonsepkan Peperangan Konvensional dan Peperangan

Melawan Insurgensi secara Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX)

bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi kedua-dua buah negara.

Bahau, Negeri Sembilan. Batalion
9 MALINDO DARSASA Eksesais Bilateral yang dikenali sebagai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat

Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) berkonsepkan Humanitarian Assistance

and Disaster Relief (HADR) yang dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX) dan Field

Training Exercise (FTX).

Teluk Mahkota, Johor Batalion
10 LINUD MALINDO Eksesais Bilateral yang melibatkan pasukan bersama Tentera Nasional Indonesia - Angkatan

Darat (TNI-AD) berkonsepkan Operasi Paracut secara Field Training Exercise (FTX) bertujuan untuk meningkatkan sinergi antara kedua-dua ketumbukan.

Gong Kedak, Terengganu Batalion


Eksesais Tiger Leap sunting

Eksesais ini berkonsepkan latihan penerjunan yang dilaksanakan sebulan sekali bagi meningkatkan keupayaan aturgerak melalui udara di beberapa Zon Gugur (ZG) yang telah diwartakan. Eksesais ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan individu di dalam melaksanakan Operasi Paracut bagi menilai kemampuan setiap ketua dalam aspek perintah dan kawalan serta keupayaan setiap kumpulan dalam pelaksanaan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP). Selain itu, eksesais ini juga dilaksanakan bagi menentukan status readiness Pegawai dan anggota pasukan.


Eksesais Kenyalang Rimba sunting

Eksesais ini dilaksanakan di peringkat kompeni berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi bagi melatih Pegawai dan anggota dalam mengimplementasikan Framework Operation, Strike Operation dan Border Operation. Eksesais ini dilaksanakan untuk melatih anggota dalam peperangan menentang insurgen yang menggunakan taktik peperangan gerila.


Latihan Semula Batalion (LSB) sunting

Latihan ini dilaksanakan atas arahan Panglima Formasi merangkumi latihan individu dan kolektif. Latihan Semula Batalion (LSB) adalah latihan bagi sesebuah pasukan melaksanakan semua jenis latihan dalam masa yang telah ditetapkan. Latihan ini dilaksanakan  bertujuan untuk menyeragamkan pelaksanaan LSB terutamanya dari segi silibus pembelajaran, penglibatan anggota dan tempoh latihan. Latihan yang dilaksanakan juga dinilai secara objektif serta diukur bagi mengenal pasti tahap pencapaian sesebuah pasukan berpandukan kepada doktrin yang telah ditetapkan.


Kem Kemahiran Senjata (KKS) sunting

Latihan ini diuji dalam kitaran 24 bulan yang melibatkan semua peringkat pemerintahan, Pegawai dan anggota di pasukan bagi menguji keupayaan tempur dan meningkatkan kemahiran anggota mengendalikan senjata persendirian dan senjata bantuan sebelum pelaksanaan latihan kolektif.


Eksesais Aman Hornbill sunting

Eksesais ini merupakan latihan peringkat batalion yang dilaksanakan untuk menguji tahap kesiapsiagaan setiap kumpulan tempur kompeni dan batalion (Para Company Combat Team-PCCT dan Leading Parachute Battle Group-LPBG) dalam Military Operation Other Than War (MOOTW) menjurus kepada Ketenteraman Awam (KA) untuk melatih serta menilai Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) Kumpulan Tempur Batalion Para bersama PDRM dan Pihak Berkuasa Awam (PBA) dalam persekitaran geo-politik Malaysia.


Eksesais Kanopi Kenyalang sunting

Eksesais ini merupakan eksesais medan peringkat batalion yang dilaksanakan untuk menguji tahap kesiapsiagaan setiap kompeni dalam melaksanakan Operasi Paracut. Eksesais ini menumpukan kepada perintah dan kawalan serta memahirkan setiap anggota pasukan di dalam aspek Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) di peringkat seksyen hingga batalion.

Eksesais Urban Hornbill sunting

Eksesais ini merupakan latihan peringkat kompeni yang dirancang untuk melatih anggota dalam pelaksanaan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) serta meningkatkan kepakaran anggota secara berterusan semasa melaksanakan latihan Operation in Built-Up Area (OBUA) di dalam gerakan Offensive atau Defensive.


Eksesais Gerak Pantas sunting

Eksesais ini merupakan eksesais di peringkat Briged yang melibatkan aturgerak Leading Parachute Battle Group (LPBG) dan Follow Up Parachute Battle Group (FUPBG) berkonsepkan Operasi Paracut. Kumpulan ini diaturgerak melalui Operasi Paracut, Air Mobile Operation dan Tactical Air Landed Operation (TALO) sebelum melaksanakan Tactical Advance to Battle (TAB). Eksesais ini dilaksanakan bagi menguji kesiapsiagaan serta menilai dan mengukur kemampuan ketumbukan 10 Briged (Para) sebagai Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM).


Eksesais Korbu sunting

Eksesais ini berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi yang telah dilaksanakan oleh pasukan dengan penglibatan satu kompeni diketuai oleh Mej Azman A Rahman pada ketika itu. Selain daripada melaksanakan eksesais, kompeni ini turut membuat penjejakan semula sempena memperingati peristiwa pertempuran Platun Kilat di Hutan Simpan Korbu semasa Op Setia 8/79 yang melibatkan platun Sjn Kanang ak Langkau. Penjejakan ini telah dibantu dan disertai oleh Pengesan Orang Asli yang mana pernah membantu platun Sjn Kanang ak Langkau semasa serangan ke atas pihak musuh.


Eksesais Hornbill Hello sunting

Eksesais ini berkonsepkan Air Mobile Operation dengan  mengaturgerakkan kompeni tempur bersama Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bagi melatih anggota melaksanakan fast roping, rappelling dan hover jump untuk merealisasikan situasi peperangan sebenar. Selain itu, latihan guguran berat underslung turut diaplikasikan bersama unit afiliasi 1 RAD (Para) dan 10 Komp KPD (Para).

Eksesais Belangkas sunting

Eksesais ini dilaksanakan di peringkat batalion berkonsepkan aturgerak amfibi bertujuan untuk melatih staf bagi Proses Perancangan Operasi Amfibi Bersama melibatkan integrasi ketiga-tiga perkhidmatan. Pelaksanaan ini dibantu oleh Platun PANDURA, Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Eksesais Mahsuri sunting

Eksesais ini merupakan demonstrasi dan pertunjukan statik Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM) di Padang Kawad Pasukan sempena lawatan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar pada 30 Mac 1994. Lawatan ini merupakan salah satu persiapan sebelum melaksanakan Eksesais HALILINTAR yang melibatkan ketumbukan 10 Briged (Para) dibantu oleh Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).


Eksesais WIra Eagle sunting

Eksesais ini berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi dan merupakan sebahagian daripada segmen war game Eksesais CARAT. Di samping itu, pasukan ini merupakan pakar dalam peperangan hutan dan ilmu ikhtiar hidup bagi memberi pendedahan kepada USMC. Ia bertujuan bagi mempamerkan keupayaan bertempur, bertukar pendapat tentang kemahiran masing-masing dan mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. 


Eksesais Haringaroo sunting

Eksesais ini merupakan Eksesais Bilateral yang diadakan melibatkan dua buah negara iaitu Malaysia dan Australia. Eksesais HARINGAROO ini pertama kalinya dikenali sebagai Eksesais SCORPION sebelum dinamakan Eksesais HARINGAROO (harimau-kangaroo). Eksesais ini adalah sebahagian daripada lima buah negara telah diadakan di rantau Asia Tenggara secara bergilir untuk menunjukkan kekuatan kepada blok komunis sejak 1971. Lima buah negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Thailand, Australia dan New Zealand. Eksesais ketenteraan ini adalah hasil dari Five Power Defence Arrangement (FPDA) dan program pertahanan bersama Malaysia Australia Joint Defence Programme (MAJDP) sejak 1992. Objektif eksesais ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Australia dalam usaha mengekalkan keamanan di Rantau Asia. Penekanan eksesais ini menjurus kepada aspek Peperangan Melawan Insurgensi.

Eksesais Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT) sunting

Sejak 20 tahun yang lepas, United States Marines Corps (USMC) akan melaksanakan Eksesais Bilateral yang dikenali sebagai Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) bersama negara-negara yang bersekutu dengannya. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai hubungan ketenteraan yang strategik dan dinamik dengan USMC seringkali melaksanakan latihan ini. Eksesais ini dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) yang bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dan bertukar pengalaman di antara ATM dengan USMC di dalam aspek perancangan dan pelaksanaan operasi. Pendekatan latihan yang dikongsi secara bersama oleh USMC adalah Amphibious Operation manakala pasukan ini menunjukkan kemahiran dan kepakaran dalam Peperangan Melawan Insurgensi semasa segmen war game Eksesais WIRA EAGLE.

Eksesais Suman Warrior sunting

Eksesais ini melibatkan lima buah negara di dalam Five Power Defence Arrangement (FPDA) iaitu Singapura, United Kingdom, Malaysia, Australia dan New Zealand. Kelima-lima negara ini akan saling membantu jika terdapat serangan luar terhadap Semenanjung Malaysia atau Singapura. FPDA dimeterai kerana jaminan pertahanan Britain ke atas Semenanjung Malaysia dan Singapura ekoran keputusan Britain pada tahun 1971 untuk menarik tenteranya dari Timur Suez. Eksesais ini dilaksanakan untuk mengeratkan lagi persahabatan dan ikatan ketenteraan di antara kesemua negara ini serta merupakan latihan tahunan yang berkonsepkan Multilateral Security Arrangement in Southeast Asia.

Eksesais LINUD MALINDO sunting

Eksesais ini adalah Eksesais Bilateral yang melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) dilaksanakan secara penggiliran di antara negara Malaysia dan Indonesia. Eksesais ini berkonsepkan Operasi Paracut dan Peperangan Konvensional bagi menguji doktrin Lintas Udara kedua-dua negara.  


Tribute To The Fallens Soldiers sunting

PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG CEDERA SEMASA LATIHAN
BIL NAMA TARIKH, KEJADIAN & PERISTIWA KECEDERAAN KATEGORI
1 1017435 SSjn Ahmad Rozi bin Saidin 26 Jun 97, Latihan Penerjunan Terjun Bebas Tulang Belakang L4 dan L5, Kaki Kiri dan Kanan Retak BE Kekal
2 1094560 LKpl Ulaganathan a/l Muthiah 7 Dis 97, Latihan Asas Payung Terjun Siri 32/97 Patah Tulang Belakang dan Pinggang BE Kekal
3 1102770 Kpl Remond ak Mili 27 Mei 04, Latihan Penerjunan Statik Prolapse Intervertebral Disc L4-L5,L5-S1 BE Kekal
4 1096926 Kpl John ak Roland Usup 12 Nov 05, Latihan Penerjunan Statik Right Knee Anterior Cruciate Ligament Tear BE Kekal
5 1102082 Kpl Azmi bin Ismail 3 Apr 07, Latihan Penerjunan Statik semasa Eksesais KANOPI KENYALANG Compression Fracture L2 Vertebra With Pid L2/L3 BE Kekal
6 1117257 Kpl John Ujeng 18 Ogos 08, Latihan Penerjunan Statik Burst Fracture L3 Spine With Undisplaced Fracture T7/T8 BE Kekal
7 1096923 Kpl Johnson ak Muwan 7 Apr 09, Latihan Penerjunan Statik semasa Eksesais KANOPI KENYALANG Open Fracture Of The Distal Phalanz Of The Lt Index Middle, Ring and Little Finger BE Kekal
8 1145851 Kpl Zaifery bin Mohammad 06 Mei 15, Latihan Penerjuna Patah Pergelangan Kaki Kiri BE Kekal
9 Kapt Mohd Fuad bin Serah (3012441) 11 Nov 15, Latihan Penerjunan Tulang Belakang L4 dan L5 BE Kekal
ANGGOTA YANG TERKORBAN SEMASA LATIHAN
BIL NAMA TARIKH, KEJADIAN & PERISTIWA PUNCA KEMATIAN
1 5005448 Rjr Siti Hajar binti Yaakub 2 Dis 07, Latihan Payung Terjun semasa Pameran Antarabangsa LIMA   Lemas


Sukan sunting

Sukan Yang Telah DiSertai Oleh Pasukan Dan Pencapaian

Sejak tertubuhnya pasukan, pelbagai sukan telah dipertandingkan di peringkat pasukan, peringkat briged, peringkat kor dan juga peringkat Tentera Darat. Kejohanan sukan antara kompeni-kompeni juga dipertandingkan bagi tujuan mengasah bakat-bakat baru, dalam pada masa yang sama mencari Pegawai dan anggota yang kompeten untuk mewakili pasukan bagi memartabatkan nama baik Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) di peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh pasukan, sama ada dalam sukan ketenteraan, sukan teras dan sukan bukan teras. Berikut adalah rekod kejayaan sukan pasukan:

Sukan Ketenteraan sunting

UJIAN KEMAHIRAN MERENTAS HALANGAN DAN KAWAD (UKMHK) sunting

TACHTLON TENTERA DARAT (KINGSMAN) sunting


Sukan Teras sunting

BOLA SEPAK sunting

RAGBI sunting


Sukan Bukan Teras sunting

BOLA TAMPAR sunting

HOKI sunting

SEPAK TAKRAW sunting

BOLA KERANJANG sunting

TINJU sunting

OLAHRAGA sunting

MERENTAS DESA sunting


Lain-lain Sukan sunting

LARIAN JELAJAH MALAYSIA sunting

Larian Jelajah Malaysia 1989. Pada 03 Sep hingga 16 Sep 89, 8 RRD Para telah melaksanakan Larian Jelajah Malaysia melalui 16 fasa sejauh 2,335 km. Seramai 63 pegawai dan LLP dari 8 RRD Para dan seorang pegawai Australia telah mengambil bahagian. Acara pembukaan telah dilaksanakan oleh Panglima 3 Div di Markas 3 Div pada 3 Sep 1989. Manakala, penutup larian telah dilaksanakan oleh Panglima Tentera Darat di Stadium Angkatan Tentera pada 16 Sep 1989.

TRIATHLON sunting

Tim SMD, Bola Sepak, Ragbi, Hoki dan Sepak Takraw - Johan Kor RRD (Piala Morgan) tahun 2006 sunting

Kejohanan Lumba Basikal peringkat ATM tahun 2019 sunting

Jamboree 10 Briged (Para) - Mountain Bike Challenge tahun 2019 sunting

Jamboree 10 Briged (Para) - Mountain Bike Challenge tahun 2019 sunting

Pertandingan Sukan BAKAT peringkat pasukan dan Briged sunting

Sambutan Hari Keluarga peringkat pasukan tahun 2019 sunting

Hall Of Fame sunting


901738 PW1 TEMENGGONG DATUK KANANG ANAK LANGKAU sunting

Kanang anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarikei, Sarawak. Beliau telah memulakan perkhidmatannya bersama Tentera Darat British sebagai Iban Tracker pada 21 April 1962 dan menghadiri Sekolah Peperangan Hutan di Ulu Tiram. Kemudian, beliau ditumpangkan kepada 42 Commando semasa Pemberontakan Brunei dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia serta berkhidmat dengan 1st Battalion Of Royal New Zealand Infantry Regiment (1 RNZIR).

Semasa operasi di Hutan Rizab Korbu pada 1 Jun 1979 dalam misi mengesan musuh, kumpulan beliau telah menyerang pengkalan sementara musuh dan berjaya membunuh seramai 5 orang musuh manakala 2 anggota renjer telah cedera parah. Dalam satu kejadian di Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980, beliau telah memimpin platun bagi menjejaki musuh dan memusnahkan mereka. Pada 19 Februari 1980 lebih kurang jam 1500, selepas melakukan tinjauan, platun beliau telah berjaya mengesan lokasi musuh yang terletak tidak jauh dari lokasi mereka.

Beliau telah melakukan serangan rusuk ke atas musuh dari arah kanan dan semasa serangan, berlakunya perubahan kedudukan musuh di mana pasukan utama musuh berada disebelah kiri. Beliau telah menukar arah serangan ke sebelah kiri bagi meneruskan serangan tersebut dan telah berjaya membunuh lima PGK.

Beliau dianugerahkan dua pingat tertinggi iaitu Pingat Seri Pahlawan Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada Jun 1981. Beliau telah bersara sebagai PW I setelah berkhidmat selama 21 tahun. Pada 3 Januari 2013, beliau telah mengalami sakit dada di kediaman beliau di Sungai Apong, Sri Aman dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak. Beliau telah meninggal dunia di hospital dan dikebumikan di Kubur Pahlawan, Jalan Budaya, Kuching.


MEJ (B) KM MICHEAL RIMAN ANAK BUGAT sunting

Micheal Riman anak Bugat adalah anak kelahiran Sarawak yang berasal dari Saribas, Sarawak. Beliau dilahirkan pada 8 Mac 1954 dan merupakan anak keenam daripada lapan orang adik beradik. Beliau telah memulakan perkhidmatannya sebagai seorang rekrut Tentera Darat pada 22 Jun 1973 kerana tertarik dengan ketangkasan Tentera British sewaktu menghadapi konfrontasi dengan Indonesia. Kemudian, Beliau telah diserap ke dalam Batalion Ke-8 Rejimen Renjer di Kem Wellington, Melaka dengan menyertai Platun Kilat yang kemudiannya berkembang menjadi Platun Ngelaban sehingga menjadi Platun Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) yang terkenal.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah terbabit dengan beberapa siri pertempuran bermula pada 9 Oktober 1976 di Kampung Serangan, Lundu, Sarawak dan pada 26 Disember 1977 di Gopeng, Perak. Dalam kedua-dua operasi itu beliau berjaya membunuh dua orang PGK. Pada 1 Jun 1979, Platun UCIS yang dianggotai oleh beliau dan diketuai oleh Sjn Kanang anak Langkau di Hutan Simpan Korbu telah berjaya menjejaki musuh hingga ke pengkalan sementara mereka. Dalam serangan tersebut, beliau dengan berani terus menyerang dan merempuh ke arah musuh. Di atas sikap keberanian yang ditunjukkan oleh beliau, kumpulannya berjaya membunuh seramai lima orang PGK manakala seorang anggota beliau telah terkorban dan beliau telah mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kanan.

Beliau seterusnya telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 6 Jun 1984 dan merupakan anggota pertama yang ditauliahkan menjadi seorang Pegawai. Beliau telah bersara berpangkat Mej dan sebagai Kuarter Master (KM) di Rejimen 511 Askar Wataniah, Batu 7, Kuching, Sarawak setelah berkhidmat selama 31 tahun.


931679 PW1 BELIANG ANAK BALI sunting

Beliang anak Bali merupakan anak Iban yang berasal dari Rumah Tumbang, Metong Atas, Seblak, Roban, Sri Aman, Sarawak. Beliau dilahirkan pada tanggal 6 Oktober 1953 dan merupakan anak kepada seorang mantan Sarawak Rangers yang pernah bertugas semasa Koloni Mahkota Sarawak British memerintah Sarawak suatu ketika dahulu.

Pada tanggal 4 Oktober 1976, beliau telah terpilih untuk menganggotai Platun Ngelaban di dalam Batalion Ke-8 Rejimen Renjer. Perlulah diketahui bukanlah mudah untuk seorang anggota tentera diserapkan ke platun ini kerana ia merupakan platun yang dikenali sebagai Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) ataupun Pasukan Khas Risik Tempur yang diketuai oleh LtM Kuldip Singh pada ketika itu. Walaupun berpangkat rjr, sejak awal lagi beliau telah diberikan tanggungjawab yang berat sebagai Penolong Ketua Seksyen. Bersama-sama dengan beliau adalah Sjn Gandat ak Merdan (Ketua Seksyen), Rjr Frederick @ Akal ak Angau, Rjr Mathew Bandah ak Ujang, Rjr Morni bin Morshidi dan Rjr Baru ak Agong. Pada tanggal 26 Disember 1977, semasa dalam operasi di Gopeng, Perak beliau sekali lagi mempamerkan semangat kepahlawannya. Pada serangan komunis di Gopeng pada hari itu menyaksikan beliau berjuang habis-habisan melawan Pasukan Gerakan Komunis (PGK). Di dalam serangan itu, hanya beliau sahaja yang terselamat daripada peluru tembakan PGK manakala rakan-rakannya iaitu Rjr Adenan bin Aini, Rjr Manggie ak Gengga, Rjr Thomas ak Semang dan ketua platun iaitu Kapt Wong Sing Nang cedera parah. Hanya beliau yang menjadi sandaran sementara menunggu bantuan pada ketika itu.

Di atas keberanian dan kepahlawanan anak Sarawak ini, beliau telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) oleh Kerajaan Malaysia. Setelah berkhidmat selama 21 tahun, beliau telah bersara daripada perkhidmatan dengan pangkat terakhir PW I.


PLATUN UCIS (Platun Ngelaban/Platun Kilat) sunting

Platun UCIS ini telah menggantikan platun lama, iaitu Platun Ngelaban (Platun Kilat). Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1978 di bawah Perintah Ketua Platun, LtM Kaderi bin Noret (411983) dan Platun Sarjannya 901738 Sjn Kanang anak Langkau. Platun UCIS telah menempa banyak kejayaan cemerlang hasil daripada gerakan di semenanjung yang mana telah mengharumkan nama pasukan ini. Pada Jun 1979, semasa Batalion Ke-8 Rejimen Renjer berpengkalan di Ipoh, platun ini telah diarahkan membuat gerakan di kawasan sempadan Perak/Kelantan. Daripada gerakan tersebut, platun ini telah mencapai kejayaan cemerlang dengan berjaya membunuh lima orang PGK dan mencederakan anggota PGK yang lain. Atas kejayaan yang dicapai ini, beberapa anggota platun ini telah dikurniakan pingat kebesaran negara, salah seorang daripadanya ialah Sjn Kanang anak Langkau di mana beliau telah dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Perkasa (SP) oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Pada Februari 1980, platun ini telah ditugaskan menjalankan gerakan di kawasan Tanah Hitam, Perak untuk menjejaki PGK. Setelah beberapa hari membuat penjejakan, platun ini telah bertempur dengan kumpulan PGK dan telah berjaya mencederakan beberapa PGK. Selepas pertempuran itu, platun ini meneruskan penjejakan di mana platun ini sekali lagi telah bertempur dengan PGK yang sama. Hasil dari pertempuran tersebut platun ini berjaya mencederakan PGK dan merampas peralatan serta makanan. Dibawah pimpinan ketua-ketua yang berkalibar platun ini telah melaksanakan gerakan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Oleh kerana sikap anggota yang gigih dan berdisiplin banyak kejayaan yang telah diperolehi oleh platun ini. Platun ini juga dikenali sebagai “Strike Force” Pasukan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer.

SEJARAH 10 BRIGED INFANTRI DAN PASUKAN PETUGAS 083 sunting

Markas 10 Briged Infantri telah ditubuhkan secara rasminya pada 5 Oktober 1979 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kemudian ianya telah berpindah ke Kem Pengkalan Hulu, Perak untuk mengambil alih sebahagian tugas-tugas operasi dari Markas 2 Briged Infantri. Pada Disember 1982, Markas 10 Briged Infantri telah diturunkan tarafnya menjadi sebuah Pasukan Petugas 083. Markas ini seterusnya diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengawal gerakan di kawasan Operasi KOTA Echo/Foxtrot mulai 1 Januari 1983. Pada 1 Januari 1990, 10 Briged telah dinaikan ke taraf asalnya dan menjadi sebuah Briged Strategik di bawah naungan Markas 11 Divisyen (Strategik) yang secara langsung telah mengubah peranan dan tugas asalnya. 10 Briged seterusnya dijadikan sebuah Briged Pasukan Aturgerak Cepat Tentera Darat. Pada Disember 1992, Markas ini telah berpindah dari Kem Pengkalan Hulu, Perak ke Kem Terendak, Melaka. Pada awal tahun 1994, nama formasi 10 Briged telah diubah kepada 10 Briged (Para) yang dikenali sehingga kini dan menjadi satu-satunya komponen Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM) di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PENUBUHAN PASUKAN ATURGERAK CEPAT (PAC) sunting

Ketumbukan 10 Briged (Para) asasnya adalah sebuah briged infantri dalam TDM yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit dalam ATM. 10 Briged (Para) adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat yang berperanan sebagai sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh Badan Penasihat Pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970 sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan dalam sistem ketenteraan  Malaysia. Pada asalnya, rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara-negara jiran, khasnya Singapura.

Pada November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan bantuan daripada Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada ketika itu, General Tan Sri Dato’ Borhan Ahmad telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia. 10 Briged (Para) mempunyai pelbagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itu jugalah, 10 Briged (Para) diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan ke mana-mana kawasan operasi dalam masa yang singkat sejajar dengan cogan kata briged ini iaitu Tindak Pantas.

Kepantasan unit elit 10 Briged (Para) ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kemampuan, 10 Briged (Para) adalah Pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun negara luar. 10 Briged (Para) sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan Pegawai Atasan. Anggota 10 Briged (Para) memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit.


Pemerintahan Pegawai Memerintah Ke - 24 sunting

MARKAS BATALION sunting



BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : SSJN SENDSURI, KPL RODZIE, RJR TAUFIQ, KPL FARID, KPL AMIR, KPL RAZIF, SJN HAFIZI, LKPL ANDRIANUS, RJR LEORNADO, RJR SOMAI, KPL JUNIL, KPL TIMOTHY, KPL DANA, KPL RABONG, KPL MUHAMMAD, RJR IBRAHIM, RJR MUKRIZ, KPL JUMAIDIL, PBT AMIR, PW II TONY, SSJN AZMAN, RJR BOS, KPL NICHOLAS, SJN FRANKY, RJR JAROD, KPL ZAKI, LKPL STEFANUS, KPL AZLY, PW II AZRIN

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : PW I SAPOLRIZAN (RSM), LTM FAIZ, KAPT DENNIS (AJT), MEJ SUFIAN (PEN PEG MEM), LT KOL ZULKIFLI (PEG MEM),

MEJ YUSRIN (PEG GERAK), KAPT NAIM (PGUP), LT AFIQ (PEG RISIK), PW I ZAHARI (KSMJ)



KOMPENI A sunting



BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : KPL MADZELAN, KPL HAFIZ, KPL IDRIS, KPL SHABUDIN, KPL MOHD FAREZUDDIN, RJR DARRENT, RJR WILLIAM, RJR CALVIN, LKPL NASROL, KPL KHAIRI, KPL FAIZAL, KPL MAZLAN, RJR SEBASTIAN, KPL NAWAWI, KPL HAFIZAN, KPL DADDY, KPL SYED MOHD GHAZALI, KPL AWANG, RJR DANIEL

BERDIRI BARISAN TENGAH (DARI KIRI) : KPL RAO, KPL RAZMYZAN, LKPL KHAIRUL, RJR PATRICK, RJR ERICSON, KPL SUNDE, RJR MARK, RJR HELERAY, SJN MAZLAN, LKPL ALEX, KPL STEVE, KPL HALMI, LKPL SYARAFUDDIN, LKPL AMIR, KPL ASHRAF, KPL HAFIZAN, RJR RIDZUAN, KPL ALBHERT

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : SJN JUNTING, SSJN AZIZI, SSJN  MOHD KHOIRI, LTM AMIN, KAPT NIK (KET KOMP), PW II RAMSEY (KSM), SSJN TAYLOR, SSJN STEWARD, SSJN ANTHONY


KOMPENI B sunting

BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : RJR ASPALELA, KPL ALI, RJR ZAIRI, LKPL AZLAN, KPL AUSTIN, KPL BILLYERWIN, KPL FAIZAL, KPL SHAHRIL, LKPL SHAHRIL, LKPL RADEN, KPL ARIF, KPL FARIZAN, RJR MIZLAN, KPL RAMZAN, RJR ZAIDZAIRY, RJR SYAMIR

BERDIRI BARISAN TENGAH (DARI KIRI) : KPL NASRI, KPL LAWREN, KPL AMIR, KPL DYLAN, RJR NICOLE, RJR LARRY, KPL BONNEX, KPL BOY, RJR SALLIE, LKPL IRWAN, KPL AWANG, KPL HAFIZ, RJR ARIFIN, RJR WATSON, RJR RAVIN RAJ, KPL HAFIZI

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : SJN ALIF, SJN UNJA, SSJN VELLO, LT AMIR, MEJ CHESTER (KET KOMP), PW II HASMAFIZI (KSM), LT AMSYAR, SSJN MANAIR, SSJN JASIMI

KOMPENI C sunting



BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : KPL JUSLEY, LKPL SAFUAN, LKPL HUSSEIN, LKPL FRANCIS, LKPL FAHMIE, KPL HAZMAN, KPL ALIL, KPL JAMES, KPL AZEDI, KPL ROSLIM, KPL SYAHRIZAL, RJR ISKANDAR, RJR MAX COOL, LKPL JUSTINE, KPL MUSA, LKPL MUNSYI, KPL MARTIN, KPL RAYMOND, KPL GABREL

BERDIRI BARISAN TENGAH (DARI KIRI) : SJN BILLY, SJN DAVY, LKPL JACKLIN, RJR ABANG, RJR NAZMI, RJR HERONIMUS, RJR JAMES, KPL NOORHAIRI, SJN SALIM, SJN KENNEDY

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : SJN PILO, SSJN LOUIS, PW II MARCUS (KSM), MEJ SAUFI  (KET KOMP), LT HAIRULLAH, MEJ SAUFI (OC), LTM HANNAFI, SSJN MAZLAN, SSJN JEFFREY, SJN HILARYIUS

KOMPENI D sunting



BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : LKPL DOUGLAS, KPL AZNI, LKPL NORSYAFADLY, RJR AZRUL, LKPL BAHAUDDIN, RJR FAIZUL, RJR BEARRY, KPL LANGAN, KPL CLERENCE, KPL BONNEY, RJR JEFFRY, RJR KHAIRUL, RJR AMRIH, RJR FIKRI, LKPL SHAMSUDDIN, LKPL RAJIS, LKPL AZIZUL, LKPL HAFIZ, KPL MARKUS

BERDIRI BARISAN TENGAH (DARI KIRI) : RJR SYAFIQ, KPL ASRI, KPL VANSESKA, KPL LUIS, KPL ARIFF, LKPL WINSEON, LKPL AMIN, KPL GREG, LKPL HALIMI, LKPL ZULHILMY, LKPL ARIFUDDIN, LKL SUHAIDI, LKPL NAZERI, KPL FIRDAUS, KPL DENNIS

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : KPL RAMBA, SJN GAIT, SJN SEM, SSJN FIRDAUS, SSJN STEWART, LT AFIQ, MEJ NAZIM (KET KOMP), PW II SHAHRIN (KSM), SSJN PENCHING, SJN ALEX, SJN AZMEY, SJN RAJEN, KPL HISHAM

KOMPENI BANTUAN sunting



BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : KPL PARTIBAN, KPL HAFIZ, KPL KHAIRUL ASRAF, LKPL POLYCARD, LKPL ANDRE, LKPL DANZIQ, KPL WILLIAM, KPL AZZUANDI, KL AZRIMUSDI, KPL VENIT, KPL KANDAU, KPL ANDERSON, KPL SYLVESTINE, KPL ASROL, KPL AL-FADIL, RJR FAIZAL, KPL ZAKARIA, LKPL ARIFFIN, LKPL AWALUDDIN, KPL RAHMAT, KPL KHAIRUL HAFIZ, KPL MAZLAN, KPL RIHAN, KPL HAZIQ, KPL SAIFOL AMRI, KPL BOON, KPL HAFIZ, SJN KHOLIB

BERDIRI BARISAN TENGAH (DARI KIRI) : LKPL MARK DONALD, LKPL AWANG, KPL DANIEL, LKPL WILLY, KPL RICHARD, KPL AZRI, KPL FAZLI, LKPL RICHIE, KPL ABD HADI, RJR ISHAMMUDIN, KPL SYEIFUDDIN, RJR ARMANDO, RJR NAILSON, LKPL NICHOLAS, LKPL MUSLIM, KPL AZRAI, LKPL KHAIRUL, KPL JEFIAN, KPL ABD SAMAT,  RJR LEORNADO, LKPL KHAIRUL HAFIS

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : SJN NORHADI, SJN TONY, SJN YAHYA, SSJN AZMI, SSJN SHAHRUL, PW II BUDIMAN, PW II NGUMBANG (KSM), MEJ ZULJAMAL (KET KOMP), PW II NAZRI, SSJN JASIMI, SJN JENRY, KPL ROBINSON, SJN WILSON MARA, SJN JAMRIN, KPL AZHAR

KOMPENI MARKAS sunting



BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : KPL AZIZI, LKPL HAIRY, RJR AFFANDY, RJR HAIRIE, LKPL GERALD, KPL NAJIHUDDIN, KPL IZAM, KPL ISKANDAR, RJR STANLEY, LKPL LEARY, KPL TUBA, KPL FIRDAUS, KPL DICKSON, LKPL NURAMIZI, KPL SYED AMIRUL, LKPL RACHEL, LKPL ISKANDAR, RJR RAFIQ, KPL ANDY, KPL FAIZAL, KPL SHUKUR, KPL ALIF, KPL HASBULLAH, KPL FADLI, KPL LOUIS, RJR BENEDICT, KPL AZNAN, KFN SYAFIQ, KPL NAZRIN, KPL HAMKA, LKPL ALIFF, PBT KUGAN

BERDIRI BARISAN TENGAH (DARI KIRI) : SJN NOZREEN, SJN FARID, SJN MARTINO, SJN KHAIR, SJN YUSOF, SJN EZMEER, SJN ROSLEY,, SJN AMIN, PBT CHRISTIAN, RJR WILSON, KPL FERDAUS, RJR SHUKRI, LKPL KHAIREYAZLAN, KPL ZAIFERY, LKPL ZULFIKAR, KPL SHARMIN, LKPL MELVIN, PBT QUDDUS, KFN HAZWAN, RJR PETRUS, PBT MAC, KPL ASAYAH, KPL IZWANI, KPL NIZAM, KPL RAJA, LKPL ANUAR, LKPL RUSHELL, LKPL IZUAN, RJR SHAH, KPL ZUL, SSJN PATRICK, SSJN KARRY, SJN FERDAUS, SSJN LAS, LKPL ALBERT, SJN VELANTINE, SJN KHUSAIRI, SJN ROSLEY

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : PW II MATHEW, LT AYUB, KAPT (KM) AZMAN, PW II JOHNNEY (KSM), MEJ SHAUFI (KET KOMP), MEJ AFZARIDI, LT SHYIDA, PW II TUBAI, PW II AZIZUL

BAKAT sunting


BERDIRI BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) : PN ELA, PN VERONICA, PN SHELLA MAYAH, PN MAGEDELYNN, PN FARIZA

DUDUK BARISAN HADAPAN (DARI KIRI) : PN NUR FADHILLAH, PN NOORALWANI, PN SUHAINA, MEJ ELIYANA, LT KOL NURUL IZZATI SUSIE, PN  NOR SHAFINAZ,           PN NAADIFARIN, PN NOR RINAH, PN JUDITH