8 September
tarikh
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2023 |
8 September merupakan hari ke-251 (hari ke-252 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 114 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Republik Macedonia (1991);
- Hari Kemenangan di Malta dan Pakistan;
- Hari Kebangsaan di Andorra;
- Hari Celik Huruf Antarabangsa.
Peristiwa sunting
- 1331 - Stefan Uroš IV Dušan daripada Dinasti Nemanjić dimahkotakan sebagai Raja Serbia.
- 1504 - David, arca batu marmar yang dihasilkan Michelangelo, dipamerkan di Florence.
- 1888 - Liga bola sepak profesional tertua di dunia The Football League bermula di England dengan 12 pasukan.
- 1900 - Taufan Galveston, salah satu taufan paling berbahaya di Atlantik, melanda Galveston, Texas, mengorbankan 6,000 orang.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Jerman memulakan Pengepungan Leningrad.
- 1966 - Star Trek: The Original Series, siri televisyen Star Trek pertama, muncul di NBC.
- 1974 - Skandal Watergate: Presiden A.S. Gerald Ford memberikan pengampunan penuh, namun berkontroversi, kepada bekas presiden Richard Nixon yang baru meletak jawatan bagi sebarang jenayah yang beliau lakukan ketika masih menjawat.
- 1978 - Revolusi Iran: Sekurang-kurangnya 88 penunjuk perasaan di Teheran (gambar) terbunuh dalam peristiwa Jumaat Hitam.
- 2007 - Tumpuan persidangan APEC di Sydney ialah pemanasan global.
- 2011 - Rusia membuka bahagian pertama paip gas Sakhalin–Khabarovsk-Vladivostok sepanjang 1,800-kilometer.
- 2011 - Tanya siasat awam terhadap kematian Baha Mousa mendapati askar British bersalah "berlaku ganas berat dan tidak sepatutnya".
Kelahiran sunting
Kematian sunting
- 2009 - Mohamed Yaacob, seorang Menteri Besar Kelantan ke-16