Muhammad (Idris) Nuridris atau lebih dikenali sebagai ATREZ atau A'trez merupakan seorang komposer, penyanyi dan pelakon lelaki Singapura dan bekas ahli X-clusive.

Idris atau A'trez
Latar belakang
Nama lahirMuhammad Nuridris Bin Mohamed Samshuddin
Juga dikenali sebagai
Atrez atau A'trez
Kelahiran (1986-07-18) 18 Julai 1986 (umur 37)
Singapura
Berasal dariSingapura
KediamanDamansara, Selangor, Malaysia
GenreHip hop, rap
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktifPenyanyi (2004 - Kini)
Penulis Lirik (2004 – kini)
Syarikat rakaman
Koolfellerz Group (2007 - Kini)
Pengkarya berkait
Altimet, Erwin Dawson, Sheikh Haikel, Yacko, Ilaa Damia, Diana Danielle, Noorhaqmal Mohamed Noor
Laman sesawang
a-trez.com , go-jer.com

Kehidupan Awal sunting

ATREZ atau A'trez dilahirkan pada 18 July 1986 di Kandang Kerbau Hospital Singapura dan merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Mohamed Samshuddin bin Haji Hamzah dan Roziah bte Abdul Rahim.Atrez membesar di Bedok hingga umur beliau 10 tahun dan berpindah ke Kawasan Jurong , barat Singapura sejurus selepas itu. Pendidikan awal beliau di Sekolah Rendah Bedok Town , kemudian di Sekolah Rendah Yuhua , Sekolah Menengah Hong Kah , ITE College East (Tampines) & ITE College East (Simei).Mula didedahkan dengan Muzik Hiphop sejak berusia 12 tahun oleh The Tarik Crew, Triple Noize, Too Phat , Eminem , LL Cool J.Kerana minat dalam muzik baru dipupuk, beliau mengambil Certificate in Music Production and Home Recording dari MusicTec / Creative Lab Academy , Singapura

Kerjaya sunting

Perjalanan hiphop Atrez bermula dengan penglibatan beliau di dalam Hiphop Family , StreetBloodz Clan & Zero Fam pada 2004

Kemudian kerjaya muzik  dengan menganggotai Kumpulan Verbalize Flo yang ditubuhkan pada 2006 , disertai oleh Faliq abdul Rahman aka Phalique , yang merupakan Finalis Projek Rentak Pertama , anjuran Mediacorp Radio , dengan lagu mereka Niatku.Niatku merupakan lagu pertama yang mendapat putaran di Radio diikuti dengan Hit Single mereka ,”YOK GOYANG YOK” menampilkan Maiya Rahman & Altimet , pada 2009 , sebelum kumpulan ini berpisah.Atrez kemudian menubuhkan kumpulan baru trio , X-Clusive , dipengaruhi oleh konsep genre kumpulan Fabulous Cats , Ahli Fiqir , Black Eye Peas , One Nation Emcees .

Pada Tahun 2010 , X-Clusive menyertai pertandingan PROJEK RENTAK anjuran Mediacorp Radio dan kali ini , menjuarai pertandingan itu , dengan single pertama mereka , Kau Inspirasiku.

X-Clusive dianggotai oleh Razlyna Ajis & Ize Suliman , dimana mereka telah menyiapkan 3 radio single , Kau inspirasiku, Illusi , Sang Suara . Tak lama kemudian , Razlyna menarik diri dan diganti oleh Nora Rahman.X-clusive menerbitkan album pertama , FENOMENA , edaran Life Records Singapore . Lineup ini bertahan selama 3 tahun sebelum Nora Rahman digantikan oleh Ikah Jamil.

Bersama Ikah Jamil , X-clusive telah dapat menembusi industry music Malaysia dan Indonesia dengan beberapa siri Jelajah sekitar rantau ini.Lineup ini mengeluarkan 3 radio single , Ooh La La menampilkan Rapper Indonesia , Yacko , Karma dan Seindah Syawal menampilkan Aqmal N.Kumpulan  itu berpecah pada 2013 , dan Atrez menubuhkan kumpulan beliau yang terakhir , sebuah duo yang dinamakan A-OK  Bersama pelakon Erwin Shah Dawson , yang lebih memberi tumpuan kepada Music Industri Malaysia , dimana mereka telah mengeluarkan 3 Radio Single , yang telah mendapat putaran di merata radio Malaysia .Single yang dimaksudkan adalah BUJENG , Terbaik menampilkan Pelakon dan Penyanyi , Diana Danielle dan OKJER. Kumpulan ini bertahan 2 tahun sebelum duo ini berpecah pada 2017 , namun mulalah perjalanan Solo Atrez.

Atrez menerbitkan Hit Single “EH LAH” nyanyian Sheikh Haikel dan Ilaa Damia , yang juga dapat pencalonan di APM (Anugerah Planet Music) kemudian diikuti dengan projek solo ,diantaranya adalah lagu yang bertajuk  Setiap Detik ini , K.O.T.T (Kopi O teh Tarik) , Selaluku , Jubah Pahlawan , Quputeh (Aku ada Gaya) , PAPA , Temukanlah menampilkan Aqmal N ,Jejaga menampilkan Altimet,haiza dan Along Cham, Hit Single Jenggala Konkrit dan akhir sekali , Single terbaru , Senang menampilkan bekas Vokalis kumpulan A-OK , Erwin Shah Dawson

Perniagaan sunting

  • Menubuhkan indie label , KOOLFELLERZ GROUP pada 2007 hingga kini
  • Menubuhkan IMPAKT GROUP INTERNATIONAL
  • Founder , Owner & Managing Director of GO-JER.COM
  • Penjualan Snacks BISCOLATA dari Turkey dan Keropok tersendiri , Cheezy Chipz Baybeh

Penampilan Lain sunting

  • Terkandung dalam Compilation album MOCA FEST (Marketplace of Creative and Arts)
  • Tactical Skill Actor untuk Filem PROKSI
  • Sound Production untuk Projek Petronas
  • Penerbit untuk Lagu Tema rancangan TV Mediacorp Suria “OK SYIOK”

Kehidupan Peribadi sunting

Ayah beliau meninggal pada 2018,meningeal beliau Bersama MAMA (Roziah bte Abdul Rahim) dan 2 Adik (Iman & Izzat). Dia masih lagi Bujang

Persembahan sunting

2018 sunting

  • NYE Countdown@ The Curve
  • Starting Grid International Expo (Singapore)
  • Fiesta Sehati RTM
  • M3 Night @ Labuan
  • Ringstar WBO Championship (Singapore)
  • Labuan International Seasports Championship
  • iiUM.Fm College Showcase
  • The Shootout Singapore
  • Jakarta Dance Competition Final
  • Beefrap Battle Final Jakarta
  • Panas Dalam Showcase (Bandung)
  • Jogja Hiphop Foundation Showcase
  • Featured act with Nadir Band @ Merdekarya

Tour sunting

  • Labuan.Fm Tour
  • Indonesia Promo Tour (Jakarta-Bandung-yogjakarta)
  • Fiesta Sehati RTM

Rujukan sunting

  1. Syafil Syazwan Jefri. (2019, July 13). Erwin Dawson mabuk di Bukit Bintang? Retrieved October 12, 2019, from HM Online website: https://www.hmetro.com.my/rap/2019/07/475088/erwin-dawson-mabuk-di-bukit-bintang
  2. Syafil Syazwan Jefri. (2019, April 10). Senang definisi kehidupan. Retrieved October 12, 2019, from HM Online website: https://www.hmetro.com.my/rap/2019/04/442957/senang-definisi-kehidupan
  3. Esoof, N. D. (2018, October 4). Penyanyi rap Singapura, A’Trez, ukir nama di seberang Tambak, Berita Gah! - BeritaHarian.sg. Retrieved October 12, 2019, from Berita Harian Singapura website: https://www.beritaharian.sg/gah/penyanyi-rap-singapura-atrez-ukir-nama-di-seberang-tambak
  4. Abdul Rahman, F. (2017, June 7). Haiza trauma anak demam panas di Perth. Retrieved October 12, 2019, from BH Online website: https://www.bharian.com.my/node/290558
  5. Esoof, N. D. (2016, September 22). A’Trez mahu pacu trend muzik “rap” serantau, Berita Gah! - BeritaHarian.sg. Retrieved October 12, 2019, from Berita Harian Singapura website: https://www.beritaharian.sg/gah/atrez-mahu-pacu-trend-muzik-rap-serantau
  6. Sarhid, S. (2015, October 30). “Bujeng” duo bujang pikat Warner Music, Berita Hiburan - BeritaHarian.sg. Retrieved October 12, 2019, from Berita Harian Singapura website: https://www.beritaharian.sg/gah/hiburan/bujeng-duo-bujang-pikat-warner-music
    ‌ ‌