A. Gnanapragasam

(Dilencongkan dari A.Gnanapragasam)

A. Gnanapragasam (kk. 1957 - 2009) ialah orang India Malaysia dari Bukit Lanjan, Selangor yang maut di dalam lokap Balai Polis Damansara Damai pada 14 Jun 2009. Ditahan pada 10 Jun kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah, dia ditemui terbaring di tandas lokap oleh seorang pengawal yang sedang membuat rondaan.

Dapatan autopsi sunting

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan punca kematian Gnanapragasam sebagai "toksemia sekunder sehingga peritonitis spontan", iaitu keracunan darah, akibat jangkitan bakteria di dalam usus. Dr Prashant Smberkar, ahli patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), membuat autopsi. Dikatakanya tidak terdapat sebarang kesan lebam mahupun kecederaan, jadi orang awam dinasihati agar tidak membuat sebarang tekaan. Tan Sri Ismail Omar menambah bahawa kematian Gnanapragasam berhubungkait dengan dadah, memandangkan dia penagih dadah yang tegar [1]. Bagaimanapun, Elizabeth Wong, EXCO kerajaan Selangor dan Adun Bukit Lanjan, mengatakan bahawa Gnanapragasam pernah dipukul lalu mengalami kesan lebam pada mata kanannya. Justera, beliau mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat kematian dalam tahanan polis, susulan kematian sejumlah orang tahanan yang kini menjadi isu negara.[2]

Rujukan sunting