A.I in Love merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 di bintangi oleh Janna Nick dan Dini Schatzmann. Tayangan A.I in Love[1] bersiaran pada setiap Ahad Mulai 6 Februari 2021.

A.I in Love
GenreDrama
Ditulis olehBen Anwar, Harun Murad Kamil
PengarahNor Ashikin Zainal
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Aura" oleh NUiM
Lagu penutup"Aura" oleh NUiM
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod4
Syarikat penerbitan
Unit Drama RTM
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal6 Februari 2021 – 7 Mac 2021

Sinopsis sunting

Kisah percintaan dua remaja yang bersahabat dari zaman sekolah yang terpisah akhirnya takdir mempertemukan mereka dan dengan teknologi yang direka cipta menjadi penghubung untuk kembali menguraikan salah faham antara mereka, mampukah cinta mereka bertaut?

Audria seorang ‘Sosial Media Influencer’ yang kemurungan akibat dikecam teruk, mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di rumah dan memutuskan hubungan dengan dunia luar (termasuk media sosial).

Sejak kecil Iskandar sering dibuli sehinggalah ke zaman kerjanya. Sebagai Jurutera Programmer muda, Iskandar terpaksa akur menghadiri sesi temubual dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai projek Prototaip ‘T-Smartglass’ yang dibangunkan oleh syarikat tempat kerjanya. Melalui program inilah Audria berjaya menjejaki kekasih ‘cinta monyetnya’ dulu.

Penyamaran Audria sebagai ‘secret admire’ bernama MISSTECHLOVER (melalui e-mel) dapat dihidu oleh Iskandar melalui puisi-puisi indah yang pernah mereka kongsi dahulu. Pertemuan antara Audria dan Iskandar di alam maya mengembalikan kisah kenangan lalu hingga membibit perasaan cinta.

Audria yang kemurungan akibat kecaman netizen kembali bangkit dengan semangat dan motivasi oleh Iskandar. Hubungan antara Audria dan bapanya Tuan Borhan yang renggang selama ini juga turut pulih kembali.

Satu insiden telah membuatkan Audria tersalah sangkaan hubungan Iskandar dan Dania. Iskandar cuba pelbagai cara untuk memujuk dan menceritakan kisah sebenar. Akhirnya Iskandar membangunkan satu program ‘ARLENS’ khas buat Audria yang dapat menghubungkan mereka berdua seperti di alam realiti. Melalui ‘ARLENS’ itu Audria dapat melihat atau berbual dengan Iskandar secara virtual dalam bentuk susuk tubuh hologram. Usaha Iskandar untuk memenangi hati Audria kembali, berjaya.

Namun niat Audria dan Iskandar untuk berumah tangga terhenti apabila mendapat tahu Tuan Borhan dan Jamilah (rakan ‘reunion’ ITM yang sering berkongsi masalah) juga turut mempunyai niat yang sama. Audria dan Iskandar tidak rela ditinggalkan sekali lagi.[2]

Pelakon sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 Artis Baharu Meletop Dini Schatzmann Menang

Rujukan sunting

  1. ^ A.I in Love Unit Drama RTM. Dicapai Pada 21 Disember 2020.
  2. ^ Drama A.I in Love mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.