A. Karim Abdullah

penulis Malaysia

Abdul Karim Haji Abdullah atau Bung Karim ialah seorang tokoh sastera dan politik di Malaysia. Beliau mula giat dalam kesusasteraan ketika terlibat dalam Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penyusun dan penyelenggara buku tokoh-tokoh sastera[1].

A. Karim Abdullah
Kelahiran
Abdul Karim bin Abdullah

6 September 1937
Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang
Meninggal dunia5 Februari 2001(2001-02-05) (umur 63)
Hospital Universiti, Petaling Jaya
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Nama lainBung Karim
PekerjaanPendokumentasi sastera, setiausaha sulit ahli politik, guru
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Latar belakang sunting

A. Karim berasal dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang dan dilahirkan pada 6 September 1937. Bapa beliau bernama Haji Abdullah Mohd. Ali dan ibu beliau bernama Hajah Selamah Mohd She[1]. Kerjayanya bermula sebagai guru dan kemudiannya berminat menjadi seorang penyusun dan penyelenggara buku tokoh-tokoh sastera. Beliau turut berpengalaman sebagai setiausaha sulit kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman ketika Fauzi menyandang jawatan dalam kabinet.

A. Karim bertugas sebagai penterjemah buku-buku pelajaran dan umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1962-1968. Pada tahun berikutnya,1969, beliau bertugas sebagai penyunting majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka dan terdedah kepada kerja-kerja penerbitan majalah yang menjadi asas kepada penyuburan minatnya sebagai pendokumentasi sastera dan sejarah bangsa.

Beliau juga merupakan anggota pengasas Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) pada tahun 1957, ahli jawatankuasa Persatuan Kayu Kayan Bumiputera Malaysia, naib yang dipertua Dewan Persuratan Melayu Pahang dan juga pernah menjadi Presiden Klas 33 Dale Carnegie Course In Public Speaking & Human Relation pada tahun 1967.

Bung Karim meninggal dunia pada jam 6.50 pagi Isnin, 5 Februari 2001 di Hospital Universiti, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.[2][3]

Keterlibatan politik sunting

Beliau aktif dalam kegiatan politik semasa hayatnya. Beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh (1974-1978), ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh (1974 1978), penolong setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang (1974-1979), ahli jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Bahagian Temerloh (1974-1978), ahli jawatankuasa Biro Agama, Pelajar dan Kebajikan UMNO Bahagian Temerloh (1974-1978), pengerusi Biro Penerangan Pemuda UMNO (1975-1978) dan ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Negeri Pahang (1976-1978)[3].

Selepas bersara, beliau bertugas sebagai pegawai seranta di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah Malaysia pada tahun 1982-1988. Kemudian, beliau bertugas sebagai setiausaha sulit kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia pada tahun 1994-1995. Pada tahun 1995-1996, beliau menyambung tugas sebagai setiausaha sulit kepada Datuk Fauzi selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia. Beliau turut menjadi setiausaha sulit kepada Datuk Fauzi ketika Datuk Fauzi dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1997[3].

Hasil penulisan sunting

  1. Abdul Karim Abdullah; Ghazali Basri (1979). Latar belakang & sejarah Malaysia moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi.
  2. Abdul Karim Abdullah, penyunting (1991). A. Samad Ismail: Ketokohan Dan Kewartawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836216545.
  3. Abdul Karim Abdullah (1993). Perjuangan suci UMNO : cetusan pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.
  4. Abdul Karim Abdullah, penyunting (1993). Pemimpin dan sasterawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836236287.
  5. Keris Mas (1993). Abdul Karim Abdullah (penyunting). Dua Novel Keris Mas: Pahlawan Rimba Malaya & Korban Kesuciannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836235381.
  6. A. Samad Ismail (1997). Abdul Karim Abdullah (penyunting). Antara Pemikiran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. ISBN 9789676540812.
  7. Abdul Karim Abdullah (1998). Melayu hilang keberanian?: suatu polemik. Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency.
  8. Abdul Karim Abdullah; A. Rahim Abdullah, penyunting (2001). Sasterawan negara Keris Mas : tanggapan tokoh dan sarjana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836269509.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "BIODATA BUNG KARIM ( ABDUL KARIM ABDULLAH )" (PDF). Perpustakaan Negara Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  2. ^ "Kenali Tokoh Berjasa". Docbox. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  3. ^ a b c Alang (Mei 7, 2021). ""Bung Karim" pendokumentasi sastera dan sejarah bangsa terulung". Jagadita. Dicapai pada 21 Julai 2022.