ABCD: Any Body Can Dance
ABCD: Any Body Can Dance (Bahasa Melayu: ABCD:Sesiapa Pun Boleh Menari) merupakan filem genre tarian 3D 2013 dari India.Filem ini diarahkan dan tari oleh koreografer Remo D'Souza dan dihasilkan oleh Siddharth Roy Kapur dan Ronnie Screwvala. Vesi Tamil filem ini dikenali sebagai ABCD: Aadalam Boys Chinnatha Dance .
ABCD: Anybody Can Dance | |
---|---|
Pengarah | Remo D'Souza |
Penulis | Tushar Hiranandani |
Dihasilkan oleh | Siddharth Roy Kapur Ronnie Screwvala |
Dibintangi | Prabhu Deva Ganesh Acharya Kay Kay Menon Lauren Gottlieb Dharmesh Yelande Salman Yusuff Khan |
Sinematografi | Vijay Kumar Arora |
Muzik oleh | Sachin-Jigar |
Diedarkan oleh | UTV Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 145 minutes (unrated) |
Negara | India |
Bahasa | Hindi, Tamil |
Bajet | ₹250 juta (AS$3.7 juta) |
Pecah panggung | ₹1.5 bilion (AS$22 juta) |
Sekuel, ABCD 2 telah dikeluarkan pada 19 Jun 2015.
Plot
suntingBagi Sarvesh Kalangutkar (Prabhu Deva), penari terbaik India, tarian bukan satu minat sahaja. Tujuan hidup Sarvesh ialah menari! Apabila dia ditendang keluar dari akademi tarian yang diasasinya oleh rakan kongsi yang licik, ia seperti kehilangan arah. Vishnu mengambil keputusan untuk berhenti menari dan meninggalkan Mumbai dengan hati yang sedih. Pada malam sebelum dia bertolak, dia ternampak sesuatu yang menakjubkan. Sekumpulan penari sedang bersedia untuk Ganpati Dance Battle - acara tahunan yang melihat kumpulan penari terbaik Mumbai bertanding sesama sendiri. Selepas melihat potensi mereka, Vishnu mengambil keputusan untuk mengajar mereka. Dia akan membantu mereka mengatasi dendam peribadi dan sejarah silam pahit. Mereka bakal menjadi kumpulan penari terbaik India.
Pelakon
sunting- Prabhu Deva sebagai Vishnu
- Ganesh Acharya sebagai Gopi
- Kay Kay Menon sebagai Jehangir Khan
- Lauren Gottlieb sebagai Rhea
- Dharmesh Yelande sebagai D
- Salman Yusuff Khan sebagai Rocky
- Punit Pathak sebagai Chandu
- Noorin Sha sebagai Shaina
- Saroj Khan, Penampilan Tetamu
Remo D'souza Penampilan Tetamu
Runut Bunyi
suntingMuzik filem ini telah dikarang oleh pasangan komposer- Sachin-Jigar, dengan semua lirik dikarang oleh Mayur Puri.
Track # | Lagu | Penyanyi | Length |
1 | "Shambhu Sutaya" | Shankar Mahadevan & Vishal Dadlani | 4:43 |
2 | "Bezubaan" | Mohit Chauhan, Priya Panchal, rap by: Tanvi Shah, Deane Sequeira | 4:42 |
3 | "Psycho Re" | Udit Narayan & Mika Singh | 4:01 |
4 | "Mann Basiyo Sanwariyo" | Anushka Manchanda | 3:44 |
5 | "Chandu ki Girlfriend" | Raman Mahadevan, Jigar Saraiya | 3:16 |
6 | "Duhaai" | Madhav Krishna | 4:06 |
7 | "Kar Ja Re Ya Mar Ja Re" | Suraj Jagan | 2:50 |
8 | "Sadda Dil Vi Tu (Ga Ga Ga Ganpati)" | Hard Kaur | 5:27 |
9 | "Sorry Sorry" | Jigar Saraiya | 3:17 |
Penerimaan Kritikal
suntingSumber | Penarafan |
---|---|
Rediff.com | |
bollywoodhungama | |
India Weekly |
Pecah Panggung
suntingIndia
suntingABCD telah mengutip sebanyak sebanyak 4.5 Crores pada hari pertama tayangan di India. Menjelang akhir minggu pertama, filem itu telah menggutip lebih 31,2 crores.[1]
Luar Negara
suntingPada minggu petama ttayangan ABCD berjaya mengutip $ 425,000 di luar negara.[2]