ACEC Cobra merupakan kereta perisai anggota keupayaan afimbia. Ia dibangunakn oleh Ateliers de Constructions Electriques de Charleroi -(ACEC) bersama dengan Tentera Belgian. Cobra merupakan prototaip kenderaan kelima dari projek ujian bagi mencipta kenderaan dengan transmisi elektrik. Transmisi elektrik menjadikan kenderaan itu lebih ringan dan memiliki ruang lebih luas berbanding kenderaan sebelumnya. Kenderaan ini disiapkan pada Oktober 1985, tetapi tidak pernah memasuki perkhidmatan aktif kerana Perang Dingin tamat pada 1989/1990. Apabila Cobra melalui latihan prestasi di Detroit, pemandu ujian menyatakan bahawa transmisi eletrik memberikan Cobra pergerakan dan prestasi yang setara jika tidak lebih baik berbanding kenderaan dengan transmisi mekanikal. Kenderaan ini melindungi penumpangnya dari tembakan senjata pai kecil, projektil perobek perisai kecil, dan serpihan peluru meriam.

ACEC Cobra
Jeniskereta Perisai Anggota ("Armoured personnel carrier - APC" (AFV)
Tempat asal Belgium
Sejarah pengeluaran
PengeluarACEC SA
AnekaBanyak, lihat teks
Spesifikasi
Berat8,500 kg (9,500 kg)
Panjang4.52 m (6.86 m)
Lebar2.75 m
Tinggi2.32 m (2.25 m)
Krew2 + 10 penumpang (3)

Armor7.62mm NATO ball setiap sudut pada jarak dekat, 7.62mm AP perisai hadapan, 105mm HE shrapnel sekeliling
Senjata
pertama
lihat teks
Senjata
kedua
lihat teks
EnjinCummins VT-190 super-caj, enjin disel sejukan air
190 hp pada 3,300 rpm
Kuasa/berat22.35 hp/tonne (20 hp/tonne)
TransmisiACEC eletrik
Sistem ampaianSpring berhelix Helicoidal dengan penyerap hentakan pada stesyen roda jalan pertama dan terakhir
Kelegaan bumi0.42 m (0.4 m)
Kapasiti minyak309 liter
Jarak
operasi
600 km
Kelajuan75 km/h (darat) 10 km/h (air)

Variasi sunting

Dari Cobra, dua versi asas telah dibangunkan, menggunakan komponen yang serupa:

  • Cobra APC: memiliki duw krew dan membawa sehingga 10 orang tentera infantri dengan kelengkapan penuh. Dilengkapi dengan mesingan 12.7mm M2HB di bahagian atap. Pilihan lain, mesingan kaliber .50 boleh digantikan dengan meriam sehingga 25mm. Sesetengah versi memiliki mesingan MAG 7.62mm dibahagain belakang. Versi ini boleh digunakan bagi asas bagi pembawa motar.
  • Cobra AFV: dengan tiga krew dan dipasang dengan turet bagi meriam sehingga 90mm. Satu prototaip dilengkapi dengan turet dua orang, AK 90 E , bersenjatakan meriam Cockerill's KEnerga 90/46 dan dipasang dnegan sistem kawalan tembakan OIP LRS-5 dangen komputer balistik, penglihatan siang/malam dan pencari julat laser. Satu lagi versi memiliki turet dua orang Cockerill C-25 denga meriam Oerlikon KBB 25mm dan mesingan koaxis 7.62mm.

Pautan luar sunting