Syed Muhammad Adib Bin Syed Rahiman (Jawi: سيد محمد اديب بن سيد رحيما) atau lebih dikenali sebagai ADiB (lahir 25 Julai 1995) merupakan penyanyi dan komposer lelaki dari Malaysia. Mempunyai suara berjenis Alto dengan range G3-E6. beliau kini tampil dengan single Matamu hasil duet bersama Alif Abdullah dan Deanna Zully.

ADiB
Adib
Kelahiran
Syed Muhammad Adib Bin Syed Rahiman

(1995-07-20) 20 Julai 1995 (umur 28)
WarganegaraMalaysia
Tahun aktif2015–kini
EjenMap Music Malaysia (2016-2018)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal

Kerjaya sunting

Kesal EP (2015) sunting

Pada November 2015, beliau telah menghasilkan EP pertamanya yang berjudul KESAL. EP tersebut mengandungi 3 buah lagu antaranya "Aku" , "Gembira" . Kesal EP adalah hasil sepenuhnya dari beliau dengan hanya menggunakan komputer ribanya sahaja.

ADiBXHAFIZ - Manusia EP (2015) sunting

Pada November 2015 juga, beliau telah bekerjasama dengan rakan muziknya (Hafiz) , untuk menghasilkan EP bertajuk Manusia. EP ini mengenengahkan mesej dan ragam Manusia. antara lagu di dalam EP ini adalah "Jalan Lenggang" , "Jangan Lepaskan" , "SETAN" .

Dari segi komposisi lagu, secara keseluruhan, melodi dan gubahan muzik dilakukan oleh ADiB, dan lirik oleh Hafiz (kecuali "SETAN" dan "Budak Gemok" yang ditulis sepenuhnya oleh ADiB)

Artis Rakaman (2016)[1] sunting

Pada April 2016, secara rasminya ADiB dilamar oleh MAP Music Malaysia yang akan berkerjasama dalam membantu beliau dari segi promosi dan pengurusan. Peluang ini diperoleh beliau atas kepercayaan pihak Map Music ke atas beliau dari segi penulisan lagu dan penghasilan lagu. Beliau juga merasakan ini adalah langkah untuk beliau menjejakkan kaki selangkah kehadapan di dalam industri muzik Malaysia.

Matamu (Debut Single) sunting

Pada Disember 2016, Adib telah mengeluarkan Debut Single pertama beliau. ini merupakan lagu pertama beliau yang bakal di mainkan di corong radio. Matamu adalah hasil ciptaan Adib dan Alif Sleeq. lagu ini dirakam di studio milik Alif Sleeq iaitu Magic Potions. lagu ini berdurasi 3 minit dan 39 saat. Di dalam lagu ini juga, Alif Sleeq turut tampil dengan Rapnya dan Deanna Zully sebagai penyanyi latar. ianya bergenre R&B / Soul . Pada 24 November 2016, Video lirik rasmi Matamu telah di muat naik di Saluran Youtube Map Music Malaysia.


Kehidupan peribadi sunting

Sejak dari tadika beliau mula meminati bidang nyanyian dengan memasuki pertandingan Nasyid mewakili tadika beliau. dan bila masuk sahaja Sekolah Menengah, beliau mula bergiat aktif dengan memasuki bermacam macam pertandingan nyanyian dan mewakili sekolah hingga ke peringkat daerah.Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan , Malaysia .

Beliau juga pernah memasuki ujibakat Akademi Fantasia pada tahun 2014 dan hanya sampai ke saringan ke 2 sahaja. namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk membuktikan bakat nyanyian beliau.

ADiB mula menghasilkan lagu pada umur 13 tahun dengan menggunakan komputer ribanya. pada tahun 2013, ADiB telah menghasilkan lagu raya untuk Ainan Tasneem yang bertajuk Bersama Di Hari Raya atas terbitan MVM Music. selepas dari itu beliau terus menghasilkan lagu dan menghantar demo lagu kepada syarikat rakaman tempatan.

Diskografi sunting

Album sunting

Tahun Album Jenis
2015 Kesal EP Solo
2014 Manusia EP [2] Solo

Single sunting

Tahun Album
2016 Matamu ft. Alif & Deanna Zully
2019 Aku Cuba Melupakannya

Program Radio sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran Radio Catatan
2016 Baru Di Gegar Penyampai

Undangan

THR Gegar menjadi penyampai sambil mempromosikan single Matamu

Pautan luar sunting