AF2014 Hits
AF2014 Hits adalah sebuah album studio yang memuatkan 8 buah lagu nyanyian 8 peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia Musim 11 yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan seterusnya. Ia memuatkan lagu-lagu pop yang dicipta oleh komposer terkenal baru dan lama seperti M. Nasir, Awi Rafael, DJ Fuzz, dan AG Coco. Ia juga mendapat sentuhan dalam susunan muzik oleh tenaga pengajar Akademi Fantasia sendiri iaitu Acis dan Hattan. Album ini juga menyaksikan buat pertama kali seorang finalis diberi peluang untuk merakamkan lagu ciptaan sendiri, iaitu Nuha.
AF2014 Hits | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh Artis-artis Akademi Fantasia Musim 11 | ||||
Dilancarkan pada | 8 November 2014 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd | |||
Penerbit | Raqim Ahmad | |||
Kronologi Artis-artis Akademi Fantasia Musim 11 | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Pertama Kali" (Nuha) | Nuha | Nuha | 3:40 | |
2. | "Harus Akhiri Ceritanya" (Azwan) | Sheikh Qalam | Ajai | 3:31 | |
3. | "Di Pintumu" (Firman) | Dato' M. Nasir | Dato' M. Nasir | 4:24 | |
4. | "Kembalikan Semula" (Ewal) | Adeep Nahar | DJ Fuzz | 3:33 | |
5. | "Without You" (Aman) | Awi Rafael | Awi Rafael | 4:33 | |
6. | "Misteri" (Nina) | Amir Jahari | Amir Jahari, AG Coco | 4:31 | |
7. | "Kau Bernama Cinta" (Zarif) | Dato' M. Nasir | Dato' M. Nasir | 4:13 | |
8. | "Hati" (Adel) | Kuncidemak | Kuncidemak | 4:16 | |
Sambutan
suntingLagu "Di Pintumu" nyanyian juara, Firman Bansir serta lagu "Without You" dendangan naib juara Aman Aziz berjaya memikat hati pendengar sejak ia mula dipasarkan. Lagu-lagu finalis lain dijadualkan akan dipromosikan secara berperingkat. Terdapat juga kritikan berkenaan beberapa lagu ciptaan komposer berpengalaman yang disifatkan agak ketinggalan zaman dan kurang menepati citarasa pendengar.