Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Pengawal Pantai Malaysia
(Dilencongkan dari APMM)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (atau Maritim Malaysia dan APMM), secara rasmi, untuk pengecaman antarabangsa, ia dipanggil Pengawal Perairan Malaysia[2], merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan perairan di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. Selain dari itu, tugasan penting Maritim Malaysia ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
اڬينسي ڤڠواتكواس ماريتيم مليسيا
Lambang APMM
Lambang APMM
Panji APMM
Panji APMM
Nama biasaMaritim Malaysia
SingkatanAPMM / MMEA
MotoMengawal, Melindung, Menyelamat
To Guard, To Protect, To Save
Gambaran keseluruhan agensi
Ditubuhkan15 Februari, 2005
Pekerja4,500[1]
Personaliti undang-undangKerajaan: Agensi kerajaan
Struktur bidang kuasa
Agensi negaraMalaysia
Agensi persekutuanMalaysia
Bidang kuasa operasiMalaysia
Perbadanan umum
Bidang kuasa pakar
  • Rondaan pesisir pantai, perlindungan sempadan marin, mencari dan menyelamat marin.
  • Rondaan sempadan antarabangsa, keselamatan, and integriti.
Struktur operasi
Ibu pejabatPutrajaya
Pegawai bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som, Ketua Pengarah
Agensi indukKementerian Dalam Negeri Malaysia
Kemudahan
Kapal Peronda
Bot
Kapal Terbangs
Bombadier
Helikopters
Eurocopter
Agusta Westland
UAVs
Fulmar
Notables
Ulang tahun
  • 15 Februari
Anugerah
  • Anugerah Agensi Keselamatan Maritim Asia Pasifik Tahun 2009
Laman web
http://www.mmea.gov.my

Latar belakang sunting

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal perairan nasional. Penubuhannya diluluskan kabinet pada 21 Ogos 2002. Seterusnya pada 16 April 2003 satu jawatankuasa pemandu dan pasukan nukleus diwujudkan bagi membantu kelicinan pelancarannya. Pada 15 Februari 2005 Akta APMM (Akta 633) mula berkuatkuasa dan APMM memulakan operasi pada 30 October 2005. Bagaimanapun pelancaran rasmi APMM hanya berlangsung pada 21 Mac 2006. Ketua Pengarah APMM yang pertama ialah Laksamana Maritim Datuk Mohammad Bin Nik.

Organisasi sunting

Senarai Ketua Pengarah sunting

  1. Laksamana Maritim Dato’ Mohamad bin Nik (30 November 2005 – 14 Mac 2008)[3]
  2. Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish (5 Mei 2008 – 9 September 2015)[3]
  3. Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar (9 September 2015 – 27 Mei 2017)[3]
  4. Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar (1 Jun 2017 – 5 Ogos 2019)[4]
  5. Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som (19 Ogos 2019 – 17 Mac 2023)[5]
  6. Laksamana Dato Saiful Lizan (pemangku, 18 Mac 2023-10 Ogos 2023)
  7. Laksamana Maritim Dato Hamid Amin (11 Ogos 2023-sekarang)

Operasi sunting

Mengikuti langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim, APMM menjalankan pemantauan 24 jam setiap hari. Berbeza dengan agensi yang serupa dari negara lain, APMM bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang tetapi juga berkuasa melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim. Bagi memudahkan kawalan dan pemantauan, kawasan maritim di Malaysia dibahagikan kepada lima wilayah dan setiap satu mengandungi tiga hingga lima daerah maritim.

Wilayah Maritim Ibu Pejabat Wilayah Daerah Maritim Ibu Pejabat Daerah Pangkalan Maritim Pos Maritim
Utara Langkawi, Kedah DM 1 Bukit Malut, Langkawi Kuala Perlis, Perlis -
Kuala Kedah, Kedah -
Teluk Ewa, Langkawi -
DM 2 Batu Uban, Pulau Pinang - -
DM 3 Lumut, Perak Kuala Kurau Pulau Pangkor
Selatan Johor Bahru, Johor DM 4 Pelabuhan Klang, Selangor Kuala Selangor, Selangor -
DM 5 Kuala Linggi, Melaka Port Dickson, Negeri Sembilan -
DM 6 Johor Bahru, Johor Pelabuhan Tg. Pelepas, Johor -
Batu Pahat, Johor -
DM 7 Tanjung Sedili, Johor Pengerang, Johor -
Mersing, Johor -
Timur Kuantan, Pahang DM 8 Kuantan, Pahang Rompin, Pahang Pulau Tioman
DM 9 Kuala Terengganu, Terengganu Kemaman, Terengganu -
DM 10 Tok Bali, Kelantan Tawang, Kelantan -
Sarawak Kuching, Sarawak DM 11 Kuching, Sarawak Tg. Manis, Sarawak -
DM 12 Bintulu, Sarawak Mukah, Sarawak -
DM 13 Miri, Sarawak Beting Patinggi Ali, Sarawak -
Sabah Kota Kinabalu, Sabah DM 14 Labuan - -
DM 15 Kota Kinabalu, Sabah - Pulau Mengalum
DM 16 Kudat, Sabah - Pulau Jambongan
Beluran
DM 17 Sandakan, Sabah Lahad Datu, Sabah Pulau Tambisan
DM 18 Tawau, Sabah Semporna, Sabah Pulau Si Amil

Pangkat sunting

Pegawai APMM sunting

Laksamana Maritim Laksamana Madya Maritim Laksamana Muda Maritim Laksamana Pertama Maritim Kepten Maritim Komander Maritim Leftenan Komander Maritim Leftenan Maritim Leftenan Madya Maritim Leftenan Muda Maritim
                   

Lain-lain pangkat sunting

Pegawai Waran I Maritim Pegawai Waran II Maritim Bintara Kanan Maritim Bintara Muda Maritim Laskar Kanan Maritim Laskar Kelas I Maritim Laskar Kelas II Maritim
             

Pasukan Khas sunting

Pasukan Khas dan Penyelamatan atau dikenali sebagai STAR (Special Team and Rescue) telah ditubuhkan pada 25 April 2005 dengan bantuan ahli-ahli pasukan khas PASKAU dari TUDM dan PASKAL dari TLDM yang dipindahkan ke unit APMM.Pasukan ini ditugaskan untuk tugas-tugas khas seperti penyelamatan tebusan dan pengiring VIP. Penubuhan pasukan ini lagi mengukuhkan kekuatan agensi ini.

Aset semasa APMM sunting

 
Kapal peronda kelas Marlin
 
Halilintar 8 merupakan bot peronda kelas Halilintar
 
Eurocopter AS365 Dauphin

APMM yang diberikan tugas bagi memastikan undang-undang maritim di zon ekonomi eksklusif Malaysia dikuatkuasa serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat, memulakan operasi awal dengan hanya beberapa buah kapal.

Ketika ini aset APMM telah berkembang mempunyai lebih 113 buah kapal serta bot laju, 6 helikopter 2 kapal terbang pelbagai guna dan 6 pesawat tanpa pemandu. Kebanyakan kapal diterima daripada Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia. Sementara itu, sayap udaranya dirancang akan diwujudkan untuk memperkuatkan pasukan itu.

APMM juga sudah menubuhkan satu pasukan khas/pasukan elit yang akan bergabung tenaga dengan unit khas ATM dan PDRM dalam meningkatkan keselamatan perairan negara yang dikenali sebagai STAR.

Kapal sunting

  • 1 + (2 dalam pembinaan) x Damen 1800 83m/Kelas Tun Fatimah
  • 1 x Kelas Pekan 92m (pemberian kerajaan Jepun)
  • 1 x Kelas Arau 87m (pemberian kerajaan Jepun)
  • 2 x Kelas Langkawi 75m (ex-Musytari TLDM)
  • 6 x Kelas Bagan Datuk NGPC 45m[6]
  • 1 x Kelas Marlin 40m (pemberian kerajaan Jepun)
  • 2 x Kelas Perwira 38m (pemberian kerajaan Australia)
  • 15 x Kelas Gagah 39m (ex-PZ PDRM)
  • 7 x Kelas Ramunia 32m (ex-Bahtera Kastam)
  • 9 x Kelas Gemia 29m (ex-PX PDRM)
  • 2 x Kelas Rhu 26m (ex-Siri 200)
  • 4 x Kelas Malawali 25m (ex-Bintang)
  • 5 x Kelas Nusa 22m (2 x ex-Rajawali & 3 x ex-KA)
  • 14 x Kelas Tugau 22m (ex-PA PDRM)
  • 4 x Kelas Semilang (ex-Siri 100)
  • 50 x Kelas Penggalang[7]
  • 45 x Kelas Pengawal (ex-GRP & PC)[8]
  • 10 x Kelas Penyelamat (ex-SAR & ex-PME)
  • 9 x Kelas Halilintar
  • 12 x Kelas Petir
  • 30 x Kelas Perkasa
  • 1 x Kelas Peninjau (ex-Siri 300)
  • 6 x Kelas Adal
  • 5 x Kelas Cenderawasih
  • 1 x Kelas Pengaman (ex-AL)
  • 5 x Kelas Pelindung (ex-OBM)
  • 8 x Kelas Benteng
  • 18 x Kelas Banggi
  • 40 x Kelas Kilat
  • 4 x Kelas Seahawk
  • 3 x Airboat
  • 6 x GTX LTD 300 jet ski
  • 4 x GTS jet ski

Pesawat sunting

  • 2 x Kapal Terbang Bombardier CL 415MP
    • Bombardier CL 415MP - M71-01
    • Bombardier CL 415MP - M71-02
  • 4 x Helikopter Agusta Westland AW189 (dalam pembinaan)[9]
  • 2 x Helikopter Agusta Westland AW139
    • Agusta Westland AW139 - M72-01 telah terhempas pada 2024[10]
    • Agusta Westland AW139 - M72-02
    • Agusta Westland AW139 - M72-03
  • 3 x Helikopter Eurocopter AS365 Dauphin
    • Eurocopter AS365 Dauphin - M70-01
    • Eurocopter AS365 Dauphin - M70-02
    • Eurocopter AS365 Dauphin - M70-03
  • 3 x Pesawat Tanpa Pemandu Alti Transition
  • 6 x Pesawat Tanpa Pemandu Fulmar

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ International Institute for Strategic Studies (15 February 2023). The Military Balance 2023. London: Taylor & Francis. m/s. 272. ISBN 1000910709.
  2. ^ Rahmat, Ridzwan (28 April 2017). "MMEA rebrands service as 'Malaysia Coast Guard'". www.janes.com.
  3. ^ a b c "Ahmad Puzi KP Baharu APMM". mStar. 9 September 2015. Dicapai pada 2 Februari 2022.
  4. ^ Siti A'isyah Sukaimi (2 Jun 2017). "Zulkifili dilantik Ketua Pengarah APMM". HMetro. Dicapai pada 2 Februari 2022.
  5. ^ BERNAMA (Ogos 22, 2019). "Mohd Zubil dilantik Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu". BHarian. Dicapai pada 2 Februari 2022.
  6. ^ https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1857759
  7. ^ www.malaysiandefence.com/apmm-plans/
  8. ^ https://www.malaysiandefence.com/new-boat-for-rmn/amp/
  9. ^ https://defencesecurityasia.com/leonardo-aw189-apmm-helikopter/
  10. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1067310/helikopter-apmm-terhempas-berjaya-dibawa-naik