AS-90 (singkatan bagi Artillery System for the 1990s atau "Sistem Artileri untuk 1990-an") adalah sebuah artileri gerak sendiri berperisai ringan yang kini sedang digunakan oleh Tentera Darat Britain. Unit pertama telah diserahkan pada tahun 1993.[1]

AS-90
Meriam SP AS-90 155 mm di Basra
JenisArtileri gerak sendiri
Tempat asal United Kingdom
Spesifikasi
Berat45 tan (100,800 lbs)
Panjang9.07 m (29.75 kaki)
Lebar3.5 m (11.48 kaki)
Tinggi2.49 m (8.16 kaki)
Krew5 (Komander, pemandu, 3 orang krew meriam)

ArmorKeluli maks. 17 mm (.66 in)
Senjata
pertama
Meriam 155 mm L31 39 48 rounds
Senjata
kedua
7.62 mm NATO MGKA L7
EnjinEnjin diesel Cummins VTA903T V8
660 hp (492.16 kW)
Kuasa/berat14.66 hp/tan
Sistem ampaianhidropneumatik (Hidrogas)
Jarak
operasi
420km (261 batu)
di atas jalan
Kelajuan53 km/j (33 bsj)

AS90 digunakan oleh lima rejimen dari Artileri Kuda Diraja dan Artileri Diraja bagi mengantikan penggunaan meriam gerak sendiri berkaliber 105 mm FV433 Abbot SPG, M109 155 mm atau meriam tunda FH-70 155 mm.

AS 90 telah direka dan dibina oleh divisyen persenjataan dari Vickers Shipbuilding and Engineering (VSEL, dimiliki oleh BAE Systems sejak 1999), yang telah membekalkan 179 buah kenderaan bermula pada tahun 1992-1995 pada harga £300 juta.

Pada tahun 2002, BAE Systems telah diberi kontrak bagi meningkat upaya 96 pucuk AS-90 milik Tentera Darat Britain kepada laras berkaliber 52 mm bagi meningkatkan jarak tanpa bantuan kepada 30 km dan menggunakan peluru jarak jauh ERA kepada 60 ke 80 km.[2] Walau bagaimanapun, oleh kerana ketidakmampuan sistem cas bi-modular yang dibekalkan oleh firma Somchem dari Afrika Selatan memenuhi keperluan menyebabkan program ini kemudian dibatalkan.[3]

Lihat juga sunting

  • PzH 2000 - Panzerhaubitze 2000, artileri 155mm buatan firma Rheinmetall, Jerman telah digunakan sejak 1998.

Rujukan sunting