ASML ialah sebuah syarikat Belanda dan kini merupakan pembekal terbesar dalam dunia sistem fotolitografi untuk industri semikonduktor. Syarikat itu mengeluarkan mesin bagi pengeluaran litar bersepadu. Syarikat itu merupakan komponen dari indeks pasaran saham Euro Stoxx 50.[3]

ASML Holding N.V.
Jenis/bentuk sahNaamloze Vennootschap
Didagangkan sebagai
ISINNL0010273215 Sunting ini di Wikidata
IndustriSemikonduktor
Ditubuhkan1984; 40 tahun yang lalu (1984)
PengasasASM International
Philips Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatVeldhoven, Belanda
Tokoh pentingPeter Wennink (CEO), Gerard Kleisterlee (Pengerusi lembaga penyeliaan)
KeluaranSistem fotolitografi untuk industri semikonduktor
Hasil10.944 billion (2018)[1]
Pendapatan bersih2.592 billion (2018)
Jumlah aset€18.196 bilion (2017)
Jumlah ekuiti€10.676 bilion (2017)
Bilangan kakitangan>26,000 (2020), 123 warganegara berbeza[2]
Anak syarikatASML (United States) Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.asml.com
Facebook: asml Twitter: ASMLcompany Instagram: asmlcompany Youtube: UCIT9d3JjHEnsVi_w9guSXvA Sunting ini di Wikidata
Catatan kaki/rujukan
>12,000 patents (2019)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Produk sunting

 
Ibu pejabat korporat ASML di Veldhoven

Mesin fotolitografi yang dihasilkan oleh ASML digunakan dalam pengeluaran cip komputer. Dalam mesin ini, corak optik digambarkan pada wafer silikon yang ditutup dengan filem bahan sensitif cahaya (fotorintang). Prosedur ini diulangi puluhan kali pada wafer tunggal. Fotorintang kemudiannya diproses untuk menghasilkan litar elektronik sebenar pada silikon. Pengimejan optik yang digunakan oleh mesin ASML digunakan dalam pembuatan hampir semua litar bersepadu, dan pada tahun 2010, ASML mempunyai 67 peratus jualan mesin litografi di seluruh dunia,[4] dengan persaingan yang terdiri daripada Ultratech, Canon dan Nikon.

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.asml.com/press/factsheet/en/s226
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-05-16. Dicapai pada 2020-07-20.
  3. ^ "Frankfurt Stock Exchange". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-08. Dicapai pada 2019-01-30.
  4. ^ ASML: Sustainability - performance and targets. ASML.com (2011)

Pautan luar sunting