ATRP ataupun dikenali sebagai Polimerisasi Radikal Pemindahan Atom merupakan salah satu teknik polimerisasi "hidup" ataupun polimerisasi terkawal. Ia merupakan salah satu kaedah bagi membentuk ikatan karbon-karbon melalui pemangkin logam transisi dan ligand terkompleks.[1]

Pertama kali diperkenalkan oleh Profesor Krystof Matyjaszewski pada tahun 1995.ATRP melibatkan langkah pemindahan atom yang membolehkan pembesaran sekata rantaian polimer menjadi suatu kenyataan.Selain itu, teknik ini juga menghasilkan polimer yang mempunyai taburan molekular yang rendah (Mw/Mn).[2]

Prinsip kerja bagi teknik polimerisasi ini melibatkan pemindahan atom halogen dari satu molekul (spesies dorman iaitu alkyl halida) oleh kompleks pemangkin logam-ligand. Ini akan menjanakan spesies radikal R• dan seterusnya mengoksidakan kompleks pemangkin logam-ligand. [1]

Spesies R•, akan ditambah kepada alkena dan menghasilkan spesies R-Y• yang akan kembali bertindakbalas dengan kompleks pemangkin logam-ligand yang teroksida. Ini akan menghasilkan satu dorman spesies yang mana akan kembali menjanakan semula kompleks pemangkin logam-ligand (dalam keadaan belum teroksida). Tindak balas ini akan menyebabkan kompleks pemangkin logam-ligand ini bertindak balas seterusnya dengan alkyl halida yang masih ada.[1]

Langkah ini akan berterusan dengan syarat terdapat lebihan monomer dan halida polimer terbentuk reaktif terhadap pemangkin logam.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Wang, J. S; Matyjaszewski, K (1995). "Controlled/"Living" Radical Polymerization. Halogen Atom Transfer Radical Polymerization Promoted by Cu(I)/Cu(II) Redox Process". Macromolecules. 28: 7901. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  2. ^ Xia, J.; Matyjaszewski, K (2001). "Controlled/"Living" Radical Polymerization. Halogen Atom Transfer Radical Polymerization Promoted by Cu(I)/Cu(II) Redox Process". Chem. Rev. 101: 2921. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Pautan luar sunting