A Beautiful Mind (filem)

A Beautiful Mind ialah sebuah filem biografi Amerika Syarikat 2001 arahan oleh Ron Howard daripada lakon layar yang ditulis oleh Akiva Goldsman. Filem ini mengisahkan hidup John Forbes Nash Jr., seorang ahli matematik tersohor dan pemenang bersama Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi; tokoh tersebut dimainkan wataknya oleh Russell Crowe yang membintangi bersama Ed Harris, Jennifer Connelly, Paul Bettany, Adam Goldberg, Judd Hirsch, Josh Lucas, Anthony Rapp dan Christopher Plummer.

A Beautiful Mind
PengarahRon Howard
Lakon layarAkiva Goldsman
BerdasarkanA Beautiful Mind oleh
Sylvia Nasar
Dihasilkan olehBrian Grazer
Ron Howard
Dibintangi
SinematografiRoger Deakins
Disunting olehDaniel P. Hanley
Mike Hill
Muzik olehJames Horner
Syarikat
penerbitan
Imagine Entertainment
Diedarkan olehUniversal Pictures
(Amerika Utara)
DreamWorks Pictures
(Antarabangsa)
Tarikh tayangan
  • Disember 13, 2001
    (Beverly Hills)
  • Disember 21, 2001
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
135 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$58 juta[1]
Pecah panggung$313.6 juta[1]

Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember 2001. Ia mengutip $313 juta di seluruh dunia dan memenangi empat Anugerah Akademi, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Solekan Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Pelakon sunting

Tayangan sunting

Penerimaan kritis sunting

A Beautiful Mind menerima tayangan terhad pada 21 Disember 2001. Filem ini menerima ulasan positif dengan Crowe menerima pujian meluas untuk lakonannya. Ia kemudiannya ditayangkan secara meluas di Amerika Syarikat pada 4 Januari 2002. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 75%.[2] Roger Ebert dari Chicago Sun-Times memberi filem ini empat daripada empat bintang.[3]

Box office sunting

Filem ini mengutip $170,742,341 di Amerika Utara dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $313,542,341.[1]

Anugerah sunting

Filem ini memenangi empat anugerah di Anugerah Akademi ke-74 untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik (Akiva Goldsman), Filem Terbaik (Brian Grazer dan Ron Howard), Pengarah Terbaik (Ron Howard) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jennifer Connelly). Ia juga menerima empat pencalonan lain untuk Pelakon Lelaki Terbaik (Russell Crowe), Suntingan Filem Terbaik (Mike Hill dan Daniel P. Hanley), Solekan Terbaik (Greg Cannom dan Colleen Callaghan) dan Skor Muzik Asal Terbaik (James Horner).[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "A Beautiful Mind (2001)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 2010-11-08.
  2. ^ "A Beautiful Mind". Rotten Tomatoes. Flixter. Dicapai pada 2007-08-14.
  3. ^ Ebert, Roger. "A Beautiful Mind". Chicago Sun-Times. RogerEbert.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-11. Dicapai pada 2021-09-21.
  4. ^ "74th Academy Awards". Oscars.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-24. Dicapai pada 2007-08-27.

Pautan luar sunting