Aage Niels Bohr ([o-wĕ bo-ĕr] / [ˈɔːwə ˌnels ˈboɐ̯ˀ]; 19 Jun 1922 – 8 September 2009) merupakan seorang ahli fizik nuklear dari Denmark. Pada 1975, beliau berkongsi Hadiah Nobel dalam Fizik bersama Ben Mottelson dan James Rainwater "atas penemuan hubungan antara pergerakan kelompok dan pergerakan zarah nukleus atom serta pembangunan teori struktur nukleus atom berdasarkan penemuan tersebut".[1]

Aage Niels Bohr
Bohr in 1955
Kelahiran(1922-06-19)19 Jun 1922
Meninggal dunia8 September 2009(2009-09-08) (umur 87)
Copenhagen, Denmark
WarganegaraDenmark
Pusat pendidikanUniversiti Copenhagen
Terkenal keranaGeometri nukelus atom
Anugerah
Kerjaya saintifik
BidangFizik nuklear
Institusi
TesisRotational States of Atomic Nuclei (1954)

Awal hidup sunting

Aage Bohr lahir di Copenhagen pada 19 Jun 1922. Beliau merupakan anak keempat (dari enam adik-beradik) kepada Niels Bohr dan Margrethe Bohr (nama keluarga sebelumnya: Nørlund).[2] Abang sulungnya Christian meninggal dalam suatu kemalangan bot pada tahun 1934,[3] manakala abang ketiganya Harald mati selepas menghidap meningitis.[4]

Semasa Perang Dunia Kedua, serta kerjasama bersama ayahnya sunting

Beliau meneruskan pengajian di Universiti Copenhagen tidak lama selepas pihak Nazi Jerman menduduki Denmark pada bulan April 1940. Di sana, beliau membantu ayahnya membuat draf persuratan dan artikel berkaitan bidang epistemologi dan fizik.[2]

Pada September 1943, ayahnya Niels dan bapa saudaranya Harald mendapat tahu mereka berkemungkinan ditahan rejim itu disebabkan darah kacukan Yahudi mereka. Para pemberontak Denmark membantu Bohr dan isterinya melarikan diri ke Sweden pada 29 September.[5][6] Dari sana, Bohr tiba di Scotland atas jemputan Lord Cherwell pada 6 Oktober dalam sebuah pesawat British Overseas Airways Corporation (kini British Airways) yang mampu melepasi ruang udara Norway tanpa dikesan pihak Nazi di sana.[7][8] Aage berjumpa semula dengan ayahnya di Britain seminggu selepas itu.[9] Beliau bukan sahaja menjadi pembantu peribadi dan setiausaha kepada Niels, tetapi juga secara rasminya menjadi penyelidik junior Jabatan Kajian Sains dan Industri United Kingdom (Department of Scientific and Industrial Research).

Anak-beranak tersebut terlibat dalam projek bom atom Britain Tube Alloys. Pada 30 Disember 1943, mereka membuat lawatan ke Amerika Syarikat di mana ayahnya merupakan salah satu penasihat kepada Projek Manhattan;[10] kedua-duanya diberikan nama samaran "Nicholas" (untuk Niels) dan "James (untuk Aage) Baker" demi melindungi identiti mereka.[11]

Penemuan serta Hadiah Nobel bersama sunting

Selebihnya sunting

Aage mendapat kedoktoran beliau dari Universiti Copenhagen pada tahun 1954 selepas menulis tesisnya mengenai pusingan nukleus atom bertajuk "Rotational States of Atomic Nuclei").[12] Beliau menjadi profesor di sana pada tahun 1956 serta turut mengetuai Institut Niels Bohr sejak kematian ayahnya pada tahun 1962 sehingga 1970. Beliau terus aktif di Institut tersebut sehingga bersara pada 1992.[13]

Beliau meninggal dunia di Copenhagen pada 9 September 2009[13] meninggalkan isteri keduanya dan anak-anak mereka.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Nobel Prize in Physics 1975". The Nobel Foundation. Dicapai pada 2015-05-12.
  2. ^ a b "Aage N. Bohr – Biographical". The Nobel Foundation. Dicapai pada 12 May 2015.
  3. ^ Stuewer 1985, m/s. 204.
  4. ^ Pais 1991, m/s. 226, 249.
  5. ^ Rozental 1967, m/s. 168.
  6. ^ Rhodes 1986, m/s. 483–484.
  7. ^ Jones 1985, m/s. 280–281.
  8. ^ Powers 1993, m/s. 237.
  9. ^ Jones 1985, m/s. 280.
  10. ^ Gowing 1964, m/s. 248–249.
  11. ^ Hoddeson dll. 1993, m/s. 95.
  12. ^ "Rotational States of Atomic Nuclei". Columbia University. 1954. Dicapai pada 14 May 2015.
  13. ^ a b Anderson, Morten Garly (10 September 2009). "Nobelprisvinderen Aage Bohr er død ("Pemenang Hadiah Nobel Aage Bohr meninggal dunia")". Viden (dalam bahasa Denmark). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ Close, Frank (14 September 2009). "Aage Bohr". The Guardian. Dicapai pada 12 September 2015.
  • Hoddeson, Lillian; Henriksen, Paul W.; Meade, Roger A.; Westfall, Catherine L. (1993). Critical Assembly: A Technical History of Los Alamos During the Oppenheimer Years, 1943–1945. New York: Cambridge University Press. ISBN 0-521-44132-3. OCLC 26764320.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pais, Abraham (1991). Niels Bohr's Times, In Physics, Philosophy and Polity. Oxford: Clarendon Press. ISBN 978-0-19-852049-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rozental, Stefan (1967). Niels Bohr: His Life and Work as Seen by his Friends and Colleagues. Amsterdam: North-Holland. ISBN 978-0-444-86977-7. Previously published by John Wiley & Sons in 1964.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rhodes, Richard (1986). The Making of the Atomic Bomb. New York: Simon and Schuster. ISBN 978-0-671-44133-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stuewer, Roger H. (1985). "Niels Bohr and Nuclear Physics". Dalam French, Anthony; Kennedy, P. J. (penyunting). Niels Bohr: A Centenary Volume. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 197–220. ISBN 978-0-674-62415-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting