Abdul Karim Sulaiman
YB Datuk Kapten (B) Haji Abdul Karim Bin Haji Sulaiman merupakan bekas ahli politik untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Udang di Melaka sejak menang dalam pilihan raya negeri tahun 1999. Beliau bertanding atas Parti Barisan Nasional (UMNO) pada ketika itu.
Yang Berbahagia Datuk Abdul Karim Bin Sulaiman D.M.S.M., A.M.N., B.K.T., P.J.K., J.P. | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Tanjung Bidara | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Digantikan oleh | YB Md Rawi Mahmud |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N11 Sungai Udang | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | YB Nordin Yaani |
Digantikan oleh | YB Yaakub bin Md Amin |
Majoriti | 2,592 (PRU-10) |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | UMNO (sehingga 2018) PPBM (2018-kini) |
Politik
suntingDalam Pilihan raya umum ke 10, beliau memenangi kerusi DUN Sungai Udang dengan mengalahkan Hassan Md. Dahan calon PAS dengan majoriti 2,592.
Dalam Pilihan raya umum ke 11, beliau menang dengan majoriti 3,267 undi.
Beliau sekali lagi menang pada Pilihan raya umum ke 12 dan mendapat 4,664 undi dengan majoriti 3,304. Pencabar beliau, Imran Abdul Rahman dari (PAS) hanya mendapat 1,360 undi. [1]
Atas faktor kesihatan, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka ketika itu telah menarik diri dari manjadi calon Pilihan raya umum ke 13 bagi kawasan Tanjung Bidara. Tempat beliau telah di ganti oleh Md Rawi Mahmud, seorang pesara guru.[2]
Rujukan
sunting- ^ Pilihanraya Umum ke-12 Melaka P134, N1, N2, N3, N4, N5 Diarkibkan 2016-06-23 di Wayback Machine Utusan Malaysia.
- ^ Calon BN Tanjung Bidara tarik diri, pesara guru diumum pengganti Diarkibkan 2016-09-24 di Wayback Machine Sinar Harian, 17 April 2013.