Dato' Dr. Ab. Halim bin Tamuri (lahir 9 Oktober 1967) ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah dilantik menjadi Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bermula 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2021[1]. Beliau telah dilantik menggangotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) di bawah Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik pada Oktober 2018 hingga April 2019[2].


Ab. Halim Tamuri

DSIS (Selangor); PhD (Birmingham)
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Paya Jaras
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehMohd Khairuddin Othman
Pesuruhjaya PAS Selangor ke-16
Memegang jawatan
31 Oktober 2023
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehAhmad Yunus Hairi
Pengerusi Lembaga Pengarah TV AlHijrah
Dalam jawatan
1 Julai 2022 – 17 Mei 2023
Didahului olehHussamuddin Yaacub
Digantikan olehMohd Khair Ngadiron
Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Dalam jawatan
1 Julai 2013 – 30 Jun 2021
Didahului olehAziuddin Ahmad
Digantikan olehMohd Farid Ravi Abdullah
Butiran peribadi
LahirAb. Halim bin Tamuri
(1967-10-09) 9 Oktober 1967 (umur 56)
Tanjung Karang, Selangor, Malaysia
Pendidikan
  • B.A Pengajian Islam (Syariah) UKM
  • Diploma Pendidikan UKM
  • M.Litt Pendidikan Islam, Universiti Birmingham
  • Ph.D Pendidikan Islam, Universiti Birmingham
PekerjaanAhli politik, pensyarah

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Ab Halim Tamuri dilahirkan pada 9 Oktober 1967 di Tanjung Karang, Selangor. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Tanjung Karang (1974-1979), dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang (1980-1983) dan Kolej Islam Klang (1984-1985). Kemudian, beliau melanjutkan pengajian STPM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (1986).

Di peringkat pengajian tinggi, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di UKM (1987-1991), Diploma Pendidikan UKM (1993-1995), Sarjana Pendidikan Islam (M.Litt) (1995-1997) dan ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Islam (2000) di Universiti Birmingham, United Kingdom.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Anugerah Maulidur Rasul sunting

  • Anugerah Maulidur Rasul Negeri Selangor - Anugerah Imam Al-Ghazali - 2015[3]

Darjah kebesaran sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ab Halim Tamuri di UKM Sarjana
  2. ^ "Maszlee lantik pakar pendidikan anggotai jawatankuasa khas". Suara Pakatan Daily. 19 Oktober 2018. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  3. ^ Saiful Bahri Kamaruddin (3 Januari 2015). "Pengarah PKK UKM Tokoh Maulidur Rasul Selangor Tahun 1436 Hijrah". UKM. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  4. ^ Nor Hatina Shuib (11 Disember 2010). "Sultan Johor, Kelantan terima anugerah tertinggi". BHarian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2010. Dicapai pada 22 Julai 2021.