Ab Rauf Yusoh

Ketua Menteri Melaka ke-13 (2023-kini)

Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh (Jawi: اب رؤوف بن يوسف; lahir pada 20 September 1961) adalah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 sejak 31 Mac 2023 dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi kerusi Tanjung Bidara sejak November 2021. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka pada tahun pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga kenaikan jawatan sebagai ketua menteri pada Mac 2023. Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dari Mei 2020 hingga Oktober 2021. Di peringkat parti, beliau adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah, Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi BN dan UMNO Negeri Melaka sejak Julai 2018 sehingga sekarang.[2][3]


Ab Rauf Yusoh

PJN; SSAP (Pahang); DUNM,DGSM, DMSM (Melaka)
اب رؤوف يوسف
Ab Rauf pada 2024
Ketua Menteri Melaka ke-13
Memegang jawatan
31 Mac 2023
Didahului olehSulaiman Md Ali
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Tanjung Bidara
Memegang jawatan
20 November 2021
Didahului olehMd Rawi Mahmud
Pengerusi Badan Penyelaras
Barisan Nasional Melaka
Memegang jawatan
14 Julai 2018
TimbalanMohamad Ali Mohamad
Didahului olehIdris Haron
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka
Memegang jawatan
14 Julai 2018
TimbalanMohamad Ali Mohamad
Didahului olehIdris Haron
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
EXCO Kanan
Dalam jawatan
26 November 2021 – 29 Mac 2023
Didahului olehSulaiman Md Ali (Industri dan Pelaburan)
Norhizam Hassan Baktee (Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
Digantikan olehDirinya sendiri (Industri dan Pelaburan)
Allex Seah Shoo Chin (Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Melaka
Dalam jawatan
11 Mei 2020 – 5 September 2021
TimbalanGhazale Muhamad
Didahului oleh Omar Jaafar
Digantikan oleh Ibrahim Durum
Butiran peribadi
LahirAb Rauf bin Yusoh
(1961-09-20) 20 September 1961 (umur 62)
Masjid Tanah, Melaka, Malaysia[1]
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganZuriyah Aziz
PendidikanSK Jeram
Alma materInstitut Kemahiran MARA
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Ab Rauf bin Yusoh dilahirkan pada 20 September 1961 di Masjid Tanah, Melaka, Malaysia.[4] Beliau merupakan anak kepada seorang penoreh getah.[5] Beliau mendapat pendidikan awal di SK Jeram, Melaka. Beliau mempunyai kelulusan sijil profesional teknikal penyaman udara di Institut Kemahiran MARA (IKM), Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Kerjaya awal dan perniagaan sunting

Ab Rauf memulakan kerjaya beliau sebagai seorang pembaiki penyaman udara. Beliau lebih dikenali sebagai 'Rauf repair aircond’ (penghawa dingin). Setelah sekian lama, beliau membawa diri beliau ke sektor korporat. Beliau bertugas sebagai pegawai eksekutif yang tersenarai di bursa saham dan uruskan syarikat besar. Kini, beliau telah berjaya mempunyai villa sendiri di Tanjung Bidara serta juga kenderaan berjenama mewah dan sedia berkongsi kejayaannya menjadi kaya dengan orang ramai dan cara membina empayar perniagaan yang besar.[6]

Kerjaya politik sunting

Pada Pilihan raya negeri Melaka 2021, Ab Rauf membuat penampilan sulung bertanding pilihan raya dan dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi Tanjung Bidara menggantikan penyandang ketika itu, Md Rawi Mahmud yang bersara dalam kancah politik. Dalam pilihan raya yang sengit itu, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Parlimen dan Undang-undang serta Ahli Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti tipis hanya 364 undi sahaja.

Sebagai ahli EXCO Kanan (Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri), Ab Rauf bekerjasama rapat dengan organisasi kerajaan negeri seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka, Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) serta lain-lain tempatan dan syarikat dan syarikat swasta antarabangsa. Beliau juga membantu negeri Melaka mendapatkan pelbagai projek pembangunan dan pelaburan langsung. Beberapa projek penting yang dicadangkan antaranya ialah projek Sistem Kereta Api Transit Ringan (LRT) yang menggunakan Teknologi Magnetic Levitation (MagLev) untuk di implementasikan pembinaanya di seluruh negeri Melaka yang menghubungkan semua daerah di dalam negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka sunting

Pada 31 Mac 2023, Ab Rauf mengangkat sumpah dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 untuk menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 29 Mac 2023 akibat masalah kesihatan yang di hidapinya. Sebelum itu, kerap timbul spekulasi dan khabar angin bahawa Ab Rauf dan Sulaiman Md Ali tidak sehaluan ini kerana sebagai Pengerusi BN Melaka dan UMNO negeri Melaka tidak dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri 2021, tindakan itu dilihat melanggar konvensyen pemimpin parti politik terbesar itu dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebaliknya, Setiausaha UMNO negeri Melaka, Sulaiman Md Ali dilantik semula. Pertikaian ini membuatkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan campur tangan dengan mebgesahkan keputusan Sulaiman meletak jawatan adalah kerana masalah kesihatannya. Beliau kemudiannya mencadangkan nama Ab Rauf kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Melaka: N02 Tanjung Bidara[7]
Tahun Kawasan Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Peratus Keluar Undi
2021 N02 Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh (UMNO) 3,559 49.14% Mas Ermieyati Samsudin (BERSATU) 3,195 44.11% 7,243 364 71.48%
Zainal Hassan (PKR) 489 6.75%

Anugerah sunting

Anugerah Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ab Rauf ketepi kecaman demi misi majukan Melaka". 28 Mei 2023.
  2. ^ "Pakatan to challenge legitimacy of Ab Rauf as Melaka State Assembly Speaker | Malay Mail".
  3. ^ "Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia - UMNO Online". May 30, 2018.
  4. ^ "Ab Rauf ketepi kecaman demi misi majukan Melaka". 28 Mei 2023.
  5. ^ "Ab Rauf ketepi kecaman demi misi majukan Melaka". 28 Mei 2023.
  6. ^ "Rauf sedia kongsi kejayaan jadi kaya, jangan hina miliki 'sijil aircond'". 18 November 2021.
  7. ^ Senarai penuh calon PRN Melaka