Abad ke-15 SM
abad
Abad ke-15 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1500 SM hingga 31 Disember 1401 SM dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 1504 SM — 1492 SM — Mesir menaklukkan Nubia dan Levant.
- 1500 SM — 1400 SM — Karya Rig Veda digubah pada sekitar masa ini.
- 1500 SM — 1400 SM — Perang Sepuluh Raja berlaku pada sekitar masa ini.
- 1490-an SM — Cranaus, raja dongeng Athens, digulingkan selepas pemerintahan selama 10 tahun oleh menantu lelakinya, Amphictyon dari Thessaly (anak lelaki kepada Deucalion dan Pyrrha).
- 1487 SM — Amphictyon, anak lelaki kepada Deucalion dan Pyrrha, serta raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 10 tahun dan diwarisi oleh Erichthonius I dari Athens, cucu lelaki Cranaus.
- k.k. 1469 SM — Dalam Perang Megiddo, Mesir menewaskan Kanaan.
- 1460-an SM — Tentera Kass menakluki Babylonia dan mengasaskan sebuah dinasti di sana yang kekal selama 576 tahun dan 9 bulan.
- 1446 SM — Menurut sebilangan kronologi, Moses mengetuai Exodus orang-orang Yahudi dari Mesir.
- 1437 SM — Raja dongeng Erichthonius I dari Athens mangkat selepas pemerintahan selama 50 tahun dan diwarisi oleh anak lelakinya, Pandion I.
- k.k. 1420 SM — Kriti ditaklukkan oleh Mykenai — permulaan zaman Mikenaiah.
- 1400 SM — Istana Minos dimusnahkan oleh kebakaran.
- 1400-an SM — Beberapa mainan berpapan, termasuk Alquerque, diukir pada bumbung candi di Kurna, Mesir — sila lihat Sejarah mainan berpapan
- 1400-an SM — Linear A mencapai kemuncak kepopularannya.
- 1400-an SM — Kemuncak bandar Ugarit, sebuah bandar bagi masyarakat Kanaan.
- Tentera Mykenai menakluk Yunani dan sempadan Anatolia.
- Kebudayaan Tumulus berkembang maju.
Tokoh-tokoh
sunting- Hatshepsut dari Mesir, Firaun Wanita Dinasti Kelapan Belas (1498 SM - 1483 SM).
- Thutmose III dari Mesir, Firaun Dinasti Kelapan Belas (1479 SM - 1425 SM).
- Amenhotep II, Firaun Mesir (1427 SM - 1401 SM)