Abad ke-20 SM
abad
Abad ke-20 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 2000 SM hingga 31 Disember 1901 SM dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: |
|
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 2000 SM - 1000 SM: Dinasti Shang di China. Peradaban Olmec (Mesoamerika).
- 2000 SM – Kuda-kuda dijinakkan dan digunakan untuk pengangkutan.
- 2064 SM - 1986 SM: Perang-perang Dinasti Kembar di Mesir.
- 1991 SM – Mesir: Kemangkatan Firaun Mentuhotep IV. Keakhiran Dinasti Kesebelas, dan permulaan Dinasti Kedua Belas. Firaun Amenemhat I memulakan pemerintahannya.
- k.k. 1991 SM - 1785 SM: Makam-makam potongan batuan di Beni Hasan dibina (Dinasti Kedua Belas).
- k.k. 1962 SM - 1895 SM: Arca "Badak Air" dari kubur Senbi (gabenor) (Kubur B.3) di Meir dicipta (Dinasti Kedua Belas), dan kini berada di Muzium Seni Metropolitan, New York.
- 1932 SM – Penaklukan Ur oleh tentera Amorite.
- k.k. 1928 SM - 1895 SM: "Pemandangan penuaian", faksimili tempera oleh Nina de Garis Davies untuk lukisan dinding di makam Khnumhotep yang terletak di Beni Hasan (Dinasti Kedua Belas).
- 1913 SM - 1903 SM: Perang Mesir-Nubia.
- 1900 SM – Serangan-serangan Proto-Greek ke atas Greece.
- k.k. 1900 SM – Kejatuhan Dinasti Sumer yang terakhir.
Kelahiran
sunting- 1973 SM - Reu, anak lelaki Peleg, menurut takwim Ibrani
- 1941 SM - Serug, anak lelaki Reu, menurut takwim Ibrani
- 1911 SM - Nahor, anak lelaki Serug, menurut takwim Ibrani
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
sunting- 1950 SM – Hasta jongkong tembaga Nippur mentakrifkan hasta Sumer sebagai 51.72 sentimeter