Abang Long Fadil 3

Filem aksi komedi Malaysia 2022 arahan Syafiq Yusof

Abang Long Fadil 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2022 arahan Syafiq Yusof dengan skrip oleh Syafiq dan MF Kencana terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.[1] Kesinambungan kepada Abang Long Fadil 2 (2017) dan siri ketiga dalam francais Abang Long Fadil, filem ini mengekalkan Zizan Razak sebagai Fadil dan dibintangi bersama oleh Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato' AC Mizal, Shuib, Kazar Saisi, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Wak Doyok dan Daniella Sya.[2] Filem ini mengisahkan tentang Fadil yang berkhidmat sebagai ejen perisik Perkhidmatan Rahsia Negara (NSS; National Secret Service), dalam misi untuk menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, sementara dia diburu oleh King Cobra kerana dendam dahulu.

Abang Long Fadil 3
PengarahSyafiq Yusof
Lakon layar
BerdasarkanKL Gangster oleh
Syamsul Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 8 September 2022 (2022-09-08)
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 6 juta
Pecah panggungRM 25 juta

Penggambaran dijalankan pada Mac 2019 di Kuala Lumpur, Klang dan Cyberjaya, dan berakhir pada Jun 2019. Filem ini ditayangkan pada 8 September 2022 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik sekaligus memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM25 juta, mengatasi kos pembikinannya sebanyak RM6 juta.[3][4][5]

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang mendapat tawaran daripada N.S.S. (National Secret Service) untuk menjadi seorang ejen atau perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan samseng terbesar S.S.O. (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han. Chow Han bersama kumpulannya mempunyai niat jahat untuk menakluki negara Nusantara dan mengambil alih kerajaan daripada Presiden Republik Nusantara tersebut. Ejen Fadil bersama Ejen Alice bekerjasama untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han tersebut.

Akan tetapi misi tersebut menjadi semakin rumit apabila bekas teman wanita Fadil iaitu Yana menggangu misi N.S.S. tersebut sekali gus melambatkan misi yang telah ditetapkan oleh Cif Kazar. Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh N.S.S., jadi dia menghantar seorang pembunuh King Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice.

Pelakon sunting

  • Zizan Razak sebagai Fadil dan Jefri (dua watak)
  • Johan Raja Lawak sebagai Chow Han, Ketua Secret Society Organization dan dalang Projek 666
  • Elizabeth Tan sebagai Alice, Ejen National Secret Service
  • Maya Karin sebagai Ejen Maya, Ejen Korup National Secret Service (anak kepada Cif Kazar dan kakak kepada Prof. Amirul dan Jefri)
  • Dato' AC Mizal sebagai King Cobra dan King Kali Kong[a], kembar ketiga & keempat kepada King Kong dan Cobra
  • Ozlynn Waty sebagai Ocy Lin, Isteri kepada Chow Han
  • Tania Hudson sebagai Yana, Wartawan TVKL dan teman wanita Fadil
  • Kazar Saisi sebagai Cif Kazar, Ketua National Secret Service dan ayah kepada Ejen Maya dan Prof Amirul dan juga Jefri
  • Khir Rahman sebagai Presiden, Ketua Negara Republik Nusantara
  • Shuib sebagai Inspektor Shuib
  • Siraj Alsagoff sebagai Inspektor Sahab, Pegawai Polis Republik Nusantara
  • Joey Daud sebagai Prof. Joey
  • Jay Iswazir sebagai Prof. Amirul, adik kepada Ejen Maya, anak kepada Cif Kazar dan pencipta Projek 666
  • Daniella Sya sebagai Sherina, pembantu King Cobra (crossover dari KL Gangster Underworld)
  • Wak Doyok sebagai dirinya sendiri
  • Hairul Azreen sebagai Pegawai Penjara
  • Datuk Yusof Haslam sebagai Pengarah Filem

Hamdan Ramli, Deen Maidin dan Farid Amirul membuat penampilan khas. Selain itu, Fattah Amin juga membuat penampilan kameo melalui gambar dalam filem ini.

Penerbitan sunting

Susulan kejayaan Abang Long Fadil 2, Datuk Yusof Haslam berkata pihaknya mengesahkan kesinambungan ketiga untuk Abang Long Fadil akan diteruskan melibatkan kos sebanyak RM4 juta dan penggambaran akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri sekitar penghujung Jun 2018,[6] dengan Zizan kekal sebagai watak utama.[6] Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force ditayangkan pada 8 Mac 2018.[7][8] Syafiq dilaporkan berhasrat untuk menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah produk francais.[9][10][11]

Proses suntingan dilakukan sendiri oleh Syafiq tanpa bantuan tenaga teknikal lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.[12] Kos pembikinan filem ini dilaporkan berjumlah RM6 juta.[13] Zizan Razak dan Johan kembali digandingkan dalam filem ini selepas setengah dekad.[14][15] Wak Doyok, Shuib Sepahtu dan Tania Hudson kembali menjayakan watak masing-masing dengan penambahan barisan pelakon baharu termasuk Ozlynn Waty, Kazar Saisi, Maya Karin, Elizabeth Tan dan Daniella Sya. Turut kembali menjayakan francais filem ini ialah AC Mizal dengan melakonkan watak sebagai King Cobra, kembar ketiga King Kong dan Cobra yang pernah dilakonkannya dalam filem terdahulu. Penggambaran dijalankan pada Mac sehingga Jun 2019 di Kuala Lumpur, Klang, Selangor dan Cyberjaya dengan kos pembikinan dianggarkan mencecah RM6 juta termasuk RM1 juta untuk reka bentuk props di lokasi penggambaran.[16][17] Ini menjadikan set prop filem ini sebagai set terbesar pernah dibina untuk filem tempatan dan mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.[18]

Muzik sunting

Lagu tema filem ini, "Payung" dipersembahkan oleh Elizabeth Tan dan Zizan Razak. Lagu ini merupakan hasil nukilan oleh John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K dan dikeluarkan pada 9 Ogos 2022 oleh Rocketfuel Entertainment dan Warner Music Malaysia. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, diarahkan oleh Lily Samsuddin dan dikeluarkan pada 7 September 2022 di saluran YouTube rasmi Rocketfuel.[19][20]

Keluaran sunting

Tayangan sunting

Abang Long Fadil 3 pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Datuk Yusof Haslam kemudian mengumumkan bahawa filem ini bersama-sama dengan Polis EVO 3, juga arahan Syafiq akan ditayangkan pada 2021, namun tidak menjadi kenyataan.[21][22][23]

Ia telah diumumkan pada Jun 2022 bahawa filem ini dijangka akan ditayangkan pada 8 September 2022 di 159 pawagam di seluruh negara, Singapura dan Brunei, serentak dengan tayangan filem Juang (yang juga dilakonkan oleh Zizan Razak).[3][4][24] Treler rasmi filem ini telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 2 Ogos 2022,[25] manakala poster keluaran tayangan rasminya juga dikeluarkan pada hari yang sama.[26]

Filem ini juga boleh ditonton melalui langganan di Astro First mulai 17 November 2022.[27]

Promosi sunting

Bagi mempromosikan Abang Long Fadil 3, Skop Productions dan Astro Shaw akan mengadakan sesi jelajah filem ini yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 9, 10, 11 September 2022 di Selatan dan 16, 17, 18 September di Utara.[28][29][30]

Sambutan sunting

Kutipan pecah panggung sunting

Abang Long Fadil 3 membuka rekod cemerlang tayangan apabila berjaya mengaut RM1.2 juta dalam tempoh satu malam.[31] Kutipan itu direkodkan menerusi tayangan pratonton awal filem itu pada hari sebelum tayangan perdana rasmi.[32][33][34] Filem ini berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM3 juta pada hari pertama tayangan.[35][36][37] Pada hari kelima tayangannya, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta.[38][39][40][41] Kutipan terus meningkat sebanyak RM18 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di pawagam.[42][43] Astro Awani melaporkan bahawa filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM22 juta sekali gus memecah rekod filem kesinambungan terdahulu, Abang Long Fadil 2 yang meraih RM18 juta dalam masa 45 hari.[44] Dalam tempoh sebulan selepas ditayangkan, kutipan filem ini meningkat sebanyak RM24 juta.[45]

Ulasan kritis sunting

Filem ini menerima pelbagai ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik filem. Portal filem Rollo de Pelicula memuji filem ini dan menulis: "Secara keseluruhannya, filem Abang Long Fadil 3 ini berbaloi untuk ditonton di pawagam terutama buat mereka yang inginkan hiburan yang berpanjangan dan menggembirakan jiwa".[46] Hazique Zairill dari The Sun Daily menulis: "Filem ini secara keseluruhannya cukup menghiburkan untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan, dan tidak dinafikan ia sebuah filem yang patut ditonton sambil ketawa terbahak-bahak di pawagam".[47] Shazwan Zulkifli dari Rojak Daily memuji plot dan persembahan para pelakon dalam filem ini.[48]

Perancangan kesinambungan sunting

Ditanya mengenai kesinambungan untuk Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof tidak menolak kemungkinan bahawa filem keempat Abang Long Fadil mungkin akan dihasilkan jika filem ketiganya mendapat kutipan yang memuaskan. Beliau berkata: "Insyaallah, kalau filem ini meletup, kita sambunglah".[49]

Trivia sunting

  • Zizan Razak memegang dua watak berbeza iaitu ejen perisikan/anak ketua NSS (Jeffri) dan samseng jalanan (Fadil), jadi apabila scene berdua watak pendua (stand in) akan berada di setiap babak kecuali adegan bersama Johan.
  • Daniella Sya yang bawa watak Sherina Butcher dari pertengahan sampai akhir, tidak ada satu dialog keluar mulutnya hanya bahasa tubuh dan fizikal saja berjalan. Watak Sherina diambil dari drama web KL Gangster: Underworld
  • Watak Inspektor Wahab sepatutnya digalas oleh Syamsul Yusof namun kerana terikat untuk filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan maka watak itu dimatikan dan diganti dengan karakter baru (Inspektor Sahab) dibawa oleh Siraj Al Sagof seorang pelakon pembantu selalu berlakon dibawah terbitan Skop Production.
  • Penampilan ketiga Johan dalam Skop Production selepas filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam & drama Farah Syakira (2009) manakala isterinya Ozlynn Waty penampilan kesepuluh selepas terlibat beberapa drama terbitan syarikat berkenaan.
  • Lokasi adegan opera di Istana Budaya dan kejar mengejar King Cobra termasuk pengunaan senapang crossbow dilakukan Tempat Letak Kereta Bukit Aman

Catatan sunting

  1. ^ Watak King Kali Kong tidak dikreditkan dalam filem ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Helmi Anuar (8 September 2022). "Selepas Dunia Gangster Dan Mafia, Abang Long Fadil Kini Terjun Ke Dunia Perisikan". Getaran. Dicapai pada 12 September 2022.
  2. ^ Najiy Jefri (6 Ogos 2022). "Sekuel ketiga Abang Long Fadil". Harian Metro. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  3. ^ a b Zaidi Mohamad (9 Jun 2022). "Abang Long Fadil 3 masuk pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  4. ^ a b Tahir Alhamzah (9 Jun 2022). "#Showbiz: 'Abang Long Fadil 3' to open in cinemas in September". New Straits Times. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (9 Oktober 2022). "Abang Long Fadil 3 filem aksi komedi paling laris". Harian Metro. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
  6. ^ a b "'Abang Long Fadil 3' mula penggambaran 2018, kualiti bertaraf Hollywood!". Astro Awani. 2 November 2017.
  7. ^ Zaid Salim (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 3 bertaraf Hollywood". Astro Gempak. Dicapai pada 3 April 2018.
  8. ^ "Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan". My News Hub. 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 3 April 2018. Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo.
  9. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 September 2017). "ALF bakal jadi karya francais Syafiq Yusof". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-13. Dicapai pada 29 September 2017.
  10. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (21 September 2017). "Filmmaker Syafiq mulls movie sequel". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017.
  11. ^ Angelin Yeoh (19 Februari 2018). "What's next for director Syafiq Yusof". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-01. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  12. ^ Najiy Jefri (6 Ogos 2022). "Syafiq ambil masa lama sunting Abang Long Fadil 3". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  13. ^ "Syafiq Yusof sedia terima kritikan netizen bagi filem Abang Long Fadil 3". Oh My Media. 8 Ogos 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  14. ^ "Abang Long Fadil 3 Tampilkan Cerita Lebih Mantap, Gandingkan Zizan Razak & Johan Selaku Teraju Utama". Kopiplanet. 8 Ogos 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  15. ^ Dennis Chua (6 September 2022). "#Showbiz: 'Abang Long Fadil 3' marks Jozan's grand return". New Straits Times. Dicapai pada 12 September 2022.
  16. ^ "Skop Productions Belanja RM1 Juta Hanya 'Setting' Abang Long Fadil 3". Kafebuzz. 26 Jun 2019. Dicapai pada 12 September 2019.
  17. ^ Zaidi Mohamad (2 September 2022). "'Bikin filem dalam gelak ketawa'". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2022.
  18. ^ Izwan Isa (5 September 2022). "Abang Long Fadil 3 Menampilkan Set Terbesar Yang Pernah Dibina Untuk Filem Tempatan". Astro Gempak. Dicapai pada 12 September 2022.
  19. ^ Budiey (7 Ogos 2022). "PAYUNG Lagu Tema ABANG LONG FADIL 3 Kolaborasi Zizan & Elizabeth Tan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 September 2022.
  20. ^ Izwan Isa (14 September 2022). ""The Best Duo! Menyanyi, Berlakon Pun Sama-Sama" - Netizen Puji Zizan & Elizabeth Tan Dalam MV Payung". Astro Gempak. Dicapai pada 15 September 2022.
  21. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Julai 2020). "Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 ditayang 2021". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  22. ^ "#Showbiz: Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 only to hit cinemas next year". New Straits Times. 3 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  23. ^ Tahir Alhamzah (1 Disember 2021). "#Showbiz: Yusof Haslam laments fate of 'Abang Long Fadil 3' and 'Polis EVO 3'". New Straits Times. Dicapai pada 13 September 2022.
  24. ^ Izwan Isa (2 Ogos 2022). "Abang Long Fadil 3 Bakal Hangatkan Pawagam Bermula 8 September 2022". Astro Gempak. Dicapai pada 15 Ogos 2022.
  25. ^ "Saksikan Trailer Filem Abang Long Fadil 3, Bakal Ditayangkan September Ini". Sembang Filem. 3 Ogos 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  26. ^ "Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!". Kakimuvee. 3 Ogos 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  27. ^ Izwan Isa (15 November 2022). "Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini". Astro Gempak. Dicapai pada 30 November 2022.
  28. ^ "FRANCAIS KOMEDI AKSI BLOCKBUSTER NO 1 MALAYSIA, ABANG LONG FADIL 3 SEDIA GEGARKAN PAWAGAM TANAH AIR!". Femag Online. 16 Ogos 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  29. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Ogos 2022). "Aksi 'real' Abang Long Fadil 3". Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  30. ^ Afiq Amin (28 Ogos 2022). "What Happened At The "Abang Long Fadil 3" Gala Night Premiere In Suria KLCC". Hype.my. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
  31. ^ Budiey (8 September 2022). "Abang Long Fadil 3 Berjaya Raih Kutipan Sneak Preview RM1.2 Juta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Oktober 2022.
  32. ^ Wafa Aula (8 September 2022). "'Abang Long Fadil 3' Kutip RM1.2 Juta Dalam Masa Satu Malam!". Getaran. Dicapai pada 12 September 2022.
  33. ^ Muhammad Al Faizal Abdul Karim (8 September 2022). "Tayangan awal Abang Long Fadil 3 raih RM1.2 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 September 2022.
  34. ^ Georgie Joseph (8 September 2022). "Tayangan awal sekuel Abang Long Fadil kutip RM1.2 juta". Berita Harian. Dicapai pada 12 September 2022.
  35. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (12 September 2022). "Abang Long Fadil 3 kaut RM3 juta hari pertama tayangan". Kosmo!. Dicapai pada 12 September 2022.
  36. ^ Muhammad Al Faizal Abdul Karim (9 September 2022). "Abang Long Fadil 3 kutip RM3 juta hari pertama tayangan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 September 2022.
  37. ^ Siti Zubaidah Mohd Zaini (9 September 2022). "Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM3 juta hari pertama". Malaysia Gazette. Dicapai pada 12 September 2022.
  38. ^ Hanisah Selamat (12 September 2022). "Lima hari tayang, Abang Long Fadil 3 kutip RM10 juta". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2022.
  39. ^ Syafil Syazwan Jefri (13 September 2022). "Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2022.
  40. ^ Wawann Mohd (9 September 2022). "Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM3 juta pada hari pertama tayangan". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 15 September 2022.
  41. ^ "Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM10 Juta, Bukti Karya Filem Ini Diterima Penonton". Getaran. 12 September 2022. Dicapai pada 15 September 2022.
  42. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (20 September 2022). "11 hari kutip RM18 juta". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2022.
  43. ^ Ain Norman (19 September 2022). "'Abang Long Fadil 3' raih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari tayangan". mStar Online. Dicapai pada 8 Oktober 2022.
  44. ^ "Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM22 juta, pecah rekod sekuel terdahulu". Astro Awani. 30 September 2022. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
  45. ^ Fatin Farhana Ariffin (9 Oktober 2022). "Abang Long Fadil kutip RM24 juta tempoh sebulan". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
  46. ^ Hans Hanis (9 September 2022). "Review Filem Abang Long Fadil 3". Rollo de Pelicula. Dicapai pada 15 September 2022.
  47. ^ Hazique Zairill (27 September 2022). "Spy vs Spy". The Sun Daily. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
  48. ^ Shazwan Zulkifli (1 September 2022). "[SPOILER-FREE REVIEW] Abang Long Fadil 3". Rojak Daily. Dicapai pada 21 Oktober 2022.
  49. ^ "'Abang Long Fadil 4' Akan Datang Jika Filem Ketiga Berjaya! - Syafiq Yusof". Suka Filem. 11 September 2022. Dicapai pada 15 September 2022.

Pautan luar sunting