Abang Muda adalah sebuah Cerekarama terbitan TV3 yang pernah disiarkan pertama kalinya sekitar tahun 1996. Cerekarama ini dibarisi bintang-bintang hebat dan popular seperti Seniwati Uji Rashid, aktor tampan Edika Yusof, dramatis Khatijah Tan, Raja Noor Baizura, Rozie Othman dan juga Noralbaniah.

Plot sunting

Seorang janda cantik berusia 40 tahun berasa kesunyian setelah sekian lama tidak berteman. Yong- janda tersebut setelah didesak rakan-rakan rapatnya (Umi & Maz) mula menjalinkan hubungan baru dengan seorang kenalan lelaki.

Apa yang menariknya, si jejaka adalah seorang doktor muda yang baru berusia 25 tahun. Abang Muda yang tampan ini bukan sahaja cuba berdamping dengan Yong yang jauh lebih berusia daripadanya tapi juga si doktor ini sebenarnya telah berumahtangga (watak isteri lakonan Noralbaniah)!

Namun, bibit-bibit percintaan yang romantis di antara Yong dan Abang Mudanya masih terus terjalin mesra sehingga mereka menikmati percutian di tepi pantai yang indah. Apa yang mengejutkan, salah seorang dari rakan baik Yong sendiri- Kay telah membocorkan rahsia percintaan mereka kepada isteri doktor muda tersebut. Dapatkah Yong menagih cinta barunya daripada si Abang Muda untuk mengisi kekosongan hatinya selama ini? Atau adakah Yong Enggan meneruskan perhubungan ini setelah didatangi isteri kekasih hatinya sendiri? Mampukah Yong dan Abang Muda mengotakan janji supaya Jangan Ada Dusta di antara mereka?

Lakonan sunting

Lagu sunting

Lain-lain sunting

Ini merupakan satu-satunya gandingan Uji Rashid dan Edika Yusof dalam bidang lakonan. Setelah menghilang agak lama, Edika kembali popular pada tahun 2019 dengan Cinta Non Grata.

Ini mungkin juga satu-satunya kemunculan bersama Seniwati Uji Rashid dan aktres Raja Noor Baizura dalam produksi yang sama. Ironinya, mereka berdua adalah di antara calon-calon unggulan untuk award Pelakon Wanita Terbaik atau Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8 di mana rezeki kemenangan telah berpihak pada Raja Norbaizura melalui "Oh Fatimah". Uji Rashid tercalon sebagai finalis melalui watak Cik Jah (filem- Yassin) yang dizahirkan oleh beliau dengan berkesan sekali. Dikatakan Norbaizura hampir-hampir meninggalkan majlis festival pada malam bersejarah itu kerana berasakan yang beliau tiada peluang untuk meraih anugerah utama tersebut.