Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng
Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng (lahir 27 Ogos 1921) adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari tahun 1977 hingga 1981 dan sekali lagi dari tahun 2001 hingga 2014. Beliau merupakan orang pertama untuk menjadi gabenor dua kali. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Abang Louis, oleh rakan-rakan lama dan kenalan beliau, terutamanya di negeri kelahirannya iaitu Sibu. Tempoh perkhidmatan beliau tamat secara rasmi pada 28 Februari 2014 dan digantikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, pada 1 Mac.
Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng | |
---|---|
![]() | |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-6 | |
Dalam jawatan 22 Februari 2001 – 28 Februari 2014 | |
Didahului oleh | Ahmad Zaidi Adruce |
Digantikan oleh | Abdul Taib Mahmud |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3 | |
Dalam jawatan 2 April 1977 – 2 April 1981 | |
Didahului oleh | Tuanku Bujang Tuanku Othman |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Ya'kub |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Nangka, Sibu, Kerajaan Sarawak | 27 Ogos 1921
Pasangan | Toh Puan Hajjah Dayang Umi Kalthum (meninggal dunia) Toh Puan Hajah Norkiah |
Anak-anak | 12 |
Kediaman | Astana, Kuching |
Kehidupan awalSunting
Dilahirkan pada tahun 1921, Salahuddin, atau Abang Louis, adalah satu-satunya anak Abang Barieng bin Abang Anyut, seorang tokoh yang terkenal di Bahagian Ketiga (kini Bahagian Sibu).
Selepas pendudukan Jepun, beliau bekerja sebagai Inspektor Perbandaran sehingga 1947 di bawah pentadbiran kolonial British yang baru. Beliau terus berkhidmatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kerja Raya.
Kerjaya politikSunting
Beliau aktif dalam politik negeri, membantu untuk membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Salahuddin bertindak sebagai wakil masyarakat Melanau itu kepada Suruhanjaya Cobbold pada tahun-tahun sebelum pembentukan Malaysia.
Pada tahun 1963, beliau bertanding dan memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri. Walau bagaimanapun, beliau meletak jawatan pada tahun 1968 dan kembali ke perkhidmatan awam. Beliau akhirnya menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
KegabenoranSunting
Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai Gabenor Sarawak yang ketiga dan berkhidmat untuk satu penggal selama empat tahun. Pada tahun 2000, beliau menjadi Pemangku Gabenor apabila Gabenor Ahmad Zaidi Adruce sedang sakit. Zaidi Adruce meninggal dunia pada Disember 2000, dan Salahuddin sekali gus dilantik semula kepada kegabenoran pada Februari 2001, dan berkhidmat sehingga 28 Februari 2014.