Abbas Alias

Ahli politik dan doktor di Malaysia; Presiden PAS (1953–1956)

Dato' Dr. Haji Abbas Haji Alias merupakan Yang Dipertua Agung PAS yang Ke-2 iaitu dari 1953-1956. Beliau mengambil alih kepimpinan PAS selepas Yang Dipertua PAS yang Pertama, Haji Ahmad Fuad Hassan meletakkan jawatan kerana mahu menyertai Parti Negara yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar.

Dato' Dr. Haji

Abbas Haji Alias
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1953–1956
Didahului olehAhmad Fuad Hassan
Digantikan olehBurhanuddin al-Helmi
Butiran peribadi
Lahir(1914-07-14)14 Julai 1914
Selangor Banting, Selangor
Meninggal dunia9 Ogos 2004(2004-08-09) (umur 90)
Selangor Petaling Jaya, Selangor
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Namun beliau tidak dapat memimpin PAS dengan berkesan kerana bekerja dengan kerajaan sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur dan pegawai perubatan jemaah haji Malaya.

Pendaftaran PAS sunting

Dr Haji Abbas Alias adalah orang yang bertanggungjawab mendaftarkan PAS dengan Pendaftar Pertubuhan sebelum menyertai Pilihan Raya Pertama Persekutuan pada Julai 1955. Di bawah kepimpinannya lah PAS memenangi kerusi tunggal dalam pilihan raya tersebut melalui Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein di Parlimen Kerian, Perak. Pada 28 Februari 1955, beliau menerima sepucuk surat daripada Dato Mohd Asri Muda berkenaan perjuangan dana hala tuju PAS.

Pada 1956, beliau berundur dari memimpin PAS dan kepimpinan PAS diterajui oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi yang menewaskan Prof Zulkifli Muhammad dalam Muktamar PAS ke-5.

Pada 1970-an, beliau kembali menjadi pimpinan PAS apabila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS hingga awal tahun 80-an.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kelantan
    • Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) 1965
  •   Malaysia
    • Johan Mangku Negara (JMN) 1968
  •   Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' (2001)

Rujukan sunting


Penyandang Terdahulu Yang Dipertua Agung/Presiden PAS
19531956
Penyandang Kemudian
Haji Ahmad Fuad Hassan Burhanuddin al-Helmi