Abd. Aziz Mat Kiram

Dato' Abd. Aziz bin Haji Mat Kiram Tarikh lahir 1960 adalah seorang ahli politik Barisan Nasional yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Batu Talam, Raub, Pahang pada pilihan raya kecil 2007. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-12 (2008) dan PRU-13 (2013).[1] Pada masa ini beliau menjawat jawatan Setiausaha UMNO Bahagian Batu Talam.

Pilihan raya kecil Batu Talam sunting

Beliau merupakan calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Batu Talam 2007 setelah disenarai pendek bersama-sama dengan enam yang lain iaitu Datuk Mustafa Kamal (Timbalan Ketua Bahagian Raub), Datuk Ir. Azinuddin Abdul Rahim (Naib Ketua Bahagian), Tengku Abdul Rahman Tengku Perang (Ketua Pergerakan Pemuda), Datuk Abdullah Abu Bakar (Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Presiden Majlis Belia Felda Pahang).

Beliau berjaya menewaskan calon bebas Ng Chee Pang dengan majoriti 5,857 undi. PAS dan Keadilan memboikot pilihan raya ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "N6 Batu Talam - PRU13". Sinar Harian. 22 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 12 Julai 2013.